Kek buah boleh dikukus atau pun dibakar. Terpulang pada cita rasa si pembuatnya. Namun, ramai juga yang gemar ia dikukus. Kata mereka, kek ini lebih moist (lembap) bila dikukus berbanding dibakar di dalam oven. Sekali lagi, selera masing-masing.

KEK KUKUS ATAU BAKAR

Hari raya Aidiladha tak lama lagi. Mungkin ada yang rancang nak buat kek buah. Boleh cuba kek buah kukus yang pakai sukatan cawan. Jadi, yang tak ada penimbang di rumah, jangan risau. Guna cawan je.

Kek buah lembap ini, makin lama dikukus, ia akan jadi tambah moist dan sedap! Selain itu, perisa oren boleh diganti dengan oren sunquick. Selamat mencuba!

Baca di sini juga:

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

BAHAN-BAHAN:

1 cawan buah-buahan kering
1 cawan kismis
1 cawan mentega/marjerin
1 cawan gula pasir
1/3 cawan air panas
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu makan cuka makan
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh perisa oren (optional)
3 biji telur

IKLAN

JOM IKUTI CARA MEMBUAT KEK BUAH KUKUS:

Kek Buah Kukus Guna Sukatan Cawan, Lebih Moist Dan Super Sedap
Cuci 1 cawan buah-buahan kering dan 1 cawan kismis kemudian rendam dengan air biasa selama 15 minit. Ayak 2 ½ cawan tepung gandum bersama ½ sudu teh baking powder dan ½ sudu teh soda bikarbonat. Toskan air buah-buahan kering dan kismis yang telah direndam tadi. Masukkan 1 cawan gula pasir ke dalam kuali dan buka api kecil.

Baca resipi lain di sini:

Hampir 50 Tahun Mak Wanita Ini Buat Kek Kukus Buah Legend & Ini Resipi Yang Diperturunkan!

IKLAN
Kek Buah Kukus Guna Sukatan Cawan, Lebih Moist Dan Super SedapBiarkan sehingga separuh daripada gula menjadi perang, barulah masukkan 1/3 cawan air panas. Bila gula dah cair sepenuhnya, masukkan 1 cawan mentega dan buah-buah kering tadi. Kacau sedikit dan biarkan selama 5 minit. Selepas 5 minit, kacau rata semua bahan dan tutup api.

Kek Buah Kukus Guna Sukatan Cawan, Lebih Moist Dan Super Sedap

Lepas tutup api, boleh terus masukkan tepung yang telah diayak tadi dan kacau hingga sebati. Masukkan 1 sudu makan cuka makan dan kacau lagi.

Kek Buah Kukus Guna Sukatan Cawan, Lebih Moist Dan Super Sedap
Kemudian pukul 3 biji telur sehingga sedikit berbuih. Masukkan telur ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan ½ sudu teh perisa oren dan ½ sudu teh esen vanila. Kacau hingga sebati.

IKLAN

Kek Buah Kukus Guna Sukatan Cawan, Lebih Moist Dan Super SedapSediakan loyang, guna yang saiz 7” x 7”. Lenser dengan butter dan alaskan dengan baking paper.

Kek Buah Kukus Guna Sukatan Cawan, Lebih Moist Dan Super SedapMasukkan dengan senduk dan ratakan adunan sehingga ke tepi loyang. Balut loyang dengan plastik food wrap supaya nanti air kukusan tak menitis ke ata kek.

Kek Buah Kukus Guna Sukatan Cawan, Lebih Moist Dan Super SedapKukus dengan api sederhana selama 2-4 jam. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Kek buah yang dikukus lebih lama akan lebih moist. Siap!! Boleh lah bawa balik sebagai buah tangan pada hari raya haji nanti. 🙂

Sumber resipi: Mai Siti 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI