Aneka hidangan Thai memang mempunyai peminat yang ramai. Betul tak? Sebab ia kaya dengan aroma dan rasanya yang tersendiri.
Aneka Masakan Thai Sedap
Tak lama lagi hari raya haji dan ramai yang menjalankan ibadah korban. Ketika ini stok daging lembu dan kambing akan banyak bila saudara mara dan jiran tetangga bersedekah. Semua masakan berasaskan daging korban.
Ha…Sebelum kita pulun makan daging, kita layan dulu masakan berasaskan ayam. Cubalah aneka hidangan ayam Thai ini. Konfim sedap.
KEPAK AYAM PANGGANG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
10 ketul kepak ayam
4 sudu makan sos Thai
3 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan minyak bijan
6 ulas bawang putih – cencang halus
4cm halia – cencang halus
4 helai daun limau purut – hiris halus
1 sudu makan gula atau secukup rasa
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk cili Thai
Minyak untuk menumis secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaul kepak ayam dengan kesemua bahan dan perap semalaman simpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih optimum.
Untuk memasak ayam, susun ayam di dalam loyang pembakar serta sapukan sedikit sos perap pada kepak ayam. Bakarlah di dalam ketuhar selama 30-45 minit menggunakan api atas bawah. Masaklah lebihan sos perap di dalam kuali sehingga agak pekat. Bolehlah ditambahkan sos cili Thai dan sos ikan jika perlu.
Dari masa ke semasa lebih kurang 15 minit, sapukan sos tersebut pada kepak ayam agar kepak masak cantik dan berkilat serta menambah perisa pada kepak ayam. Sedia dinikmati panas. Garam tidak perlu masukkan kerana pelbagai jenis sos sudah ada rasa masin.
GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong 6-8 ketul
250ml santan pekat
250ml air
6 biji terung kampung – belah dua
1 biji bawang besar – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
3cm lengkuas – hiris dan kisar
3cm kunyit – hiris dan kisar
6 tangkai cili padi hijau – kisar
2 batang serai – hiris halus dan kisar
Ads
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 helai daun limau purut – carik
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
Setelah ayam agak empuk, masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau wangi.
Kemudian masukkan isi ayam, daun limau purut, sos ikan, jus limau nipis, gula, serbuk pati ayam, santan pekat dan air, kacau sebentar. Masaklah sehingga kuah mereneh dan agak pekat.
Kemudian masukkan hirisan kacang panjang dan daun ketumbar. Masaklah selama lebih kurang 5 minit, kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Rasa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resipi cheesekut cukup popular dan menjadi kesukaan bukan saja anak- anak tapi mak-mak juga. Cara nak buat pun agak mudah, tak perlu bakar atau kukus pun, letak dalam peti ais saja.
Tapi ada mak-mak yang fikir panjang nak buat resipi cheesekut ini. Makalum sajalah harga cream cheese pun boleh tahan juga harganya. Namun, kalau dah teringin memang tak kisah pun harganya.
Ini ada solusi yang boleh mak-mak buat resipi cheesekut tanpa menggunakan cream cheese. Rasanya, bahan-bahan ini memang sentiasa ada saja kat rumah. Rasanya pun lebih kurang sama saja.
Perkongsian daripada Hasliza Suboh ini boleh mak-mak buat nanti untuk diberikan pada anak-anak. Makan sejuk-sejuk memang best sangat!
Pertama kali cuba resipi pun senang saja, cuma 4 bahan saja. Tak perlu bakar atau kukus. Lapiskan siap-siap dan masukkan dalam peti ais. Nanti bila sudah sejuk, boleh potong dan makan.
Ini bahan-bahan yang digunakan:
1 tin susu pekat
1tin susu cair
Biskut marie secukupnya (boleh juga gantikan dengan biskut biasa)
5 biji limau nipis (potong ambil airnya) – Kalau tak ada boleh guna serbuk limau nipis (2 sudu besar)
Caranya:
1. Masukkan susu cair, susu pekat, air limau nipis dalam blender. Kisar sehingga pekat. Tuangkan ke dalam loyang yang dialas dengan plastik.
2. Susun biskut dan tuangkan bahan yang diblend tadi. Lapiskan dengan biskut sehingga habis.
3. Siap. Boleh simpan dalam peti sejuk.
Ini yang sudah disejukkan. Kalau nak cepat sejuk, boleh saja masukkan dalam peti sejuk beku.
Bahan yang telah siap diblend. Lapiskan dengan biskut. Sebab biskut marie tak ada, guna bisukut tawar kecil saja.
Selamat mencuba.
Tip: Boleh kurangkan susu pekatnya, kalau mak-mak tak nak terlalu manis.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Rupanya bila rebus pucuk ubi letak sedikit baking soda ia jadi lembut elok warnanya cantik kehijauan. Bukan apa pucuk ubi adakalanya ia tak berapa lembut malah warnanya juga tak cantik seperti lebam dan berbirat selepas direbus.
Pucuk Ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan. Malah banyak khasiatnya apabila dijadikan ulaman.
Boleh ikut cara rebus pucuk ubi lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.
Sayur-sayur dah naik harga, kita masak pula sayur kampung. Pucuk ubi pun jadi la. Pucuk ubi ni kalau direbus, makan pulak dengan sambal belacan…laju je. Boleh juga masak lemak kuning dan lain-lain.
Lagi Menarik: Nak Makan Pucuk Ubi, Petua Ini Elak Kena Serang Angin
Bahan-Bahan:
Pucuk Ubi
Garam Kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda
Cara Rebus Pucuk Ubi:
1.Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2.Bilas kemudian toskan.
3.Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
4.Masukkan pucuk ubi tadi.
5.Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
Ada caranya untuk pastikan Kek Marjerin yang dibuat elok ‘moist’, lembut, sedap dan berlemak. Iaitu dengan menggunakan teknik ‘mix’ dalam mesin pengadun selama 3 minit sehingga dapat adunan yang gebu dan beralun. Bukan apa, jika terkurang mahupun terlebih ‘mix’ memang boleh menyebabkan kek bantat atau tak jadi.
Kek marjerin merupakan antara kek mudah yang disediakan dan selalu dihidangkan waktu minum petang untuk anak-anak, mahupun diberikan pada saudara mara jika ada buat kenduri. Mungkin kerana bahan-bahannya yang tak banyak, cara nak buat pun senang je membuatkan kek ini selalu menjadi pilihan.
Boleh cuba resipi dan cara buat kek marjerin mudah, lemak gebu dan lembap daripada Puan Nor Aini Abd Rahman ini sebagai panduan;
Kek marjerin lemak ,gebu dan moist.
Bahan-Bahan:
160gm marjerin (Butterlite/buttercup)
150gm gula (blend halus)
Esen vanilla
1 sudu teh ovallette
4 biji telur A
1/4 cawan susu uht
180gm tepung naik sendiri (Self Raising Flour)
Cara Membuat:
1. Mix marjerin 3 minit, masukkan gula halus, esen vanilla, ovallette.
2. Mix lagi 3 minit, masukkan telur 1 per satu, mix sehingga gebu. Lepas masuk telur mix dengan speed tinggi 3-4 minit.
3. Ayak tepung self raising dan masuk susu segar, mix lagi sehingga jadi adunan yang gebu dan beralun.
4. Siapkan loyang ukuran 7 inci, sapu marjerin dan alas kertas baking.
5.Masukkan adunan, ratakan permukaan kek dengan spatula. Lorekkan dengan lidi untuk pecahkan bubble halus.
Mingguan Wanita:Boleh cuba buat sendiri kek marjerin ni di rumah. Sesuai buat untuk minum petang, atau jamuan nanti. Memang sedap, lemak gebu dan moist rasanya!
Saharul Ridzwan jual kereta honda milik isteri. Sebelum ini ramai yang berasa sebak apabila pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya terpaksa menjual kereta milik isterinya,...