Mak-Mak Kena Kreatif Walau Sekadar Masak Manisan Simple, Baru Anak Suka

Mesti ramai yang gema manisan, tak kira tradisional atau moden. Petang nanti nak masak apa pula ye untuk minum petang sekeluarga? Biasanya hidangan manisan menjadi pilihan seperti kuih muih, kek, pengat dan sebagainya. Mungkin anda boleh cuba tiga resipi ini juga.

Walau pun manisannya mudah, tapi mak kena kreatif sikit supaya nampak menarik. Budak-budak memang suka warna warni, jadi tambah elemen warna warni dalam manisan untuk tarik perhatian mereka. 

Mak-Mak Kena Kreatif Walau Sekadar Masak Manisan Simple, Baru Anak Suka

 PUTERI MANDI PELANGI

BAHAN UNTUK TEPUNG:

2 cawan tepung pulut

2-3 titik perwarna merah dan kuning – atau ikut selera masing-masing

1/2 sudu teh garam

Air  secukupnya

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:

1 1/2 cawan santan pekat

1  1/2 cawan gula

1 sudu besar tepung beras

3 cawan air

1 helai daun pandan

IKLAN

1/2 sudu teh garam

CARA MEMBUAT:

  1. Gaulkan tepung pulut dengan garam dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan pewarna merah dan selebihnya dengan pewarna kuning. Setiap adunan dimasukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Bentukkan bulat, kemudian tekan di tengah-tengah doh untuk leperkan.
  2. Jerang air di dalam periuk hingga mendidih. Kemudian masukkan tepung yang telah dibentuk tadi. Apabila tepung itu timbul, angkat rendam di dalam air sejuk supaya ia tidak melekat. Tos dan ketepikan.
  3. Untuk membuatk uah; Masukkan santan, gula, tepung beras, air, daun pandan dan garam ke dalam periuk hidupkan api kacau hingga sebati dan kuah agak pekat.
  4. Setelah itu, letak di dalam mangkuk dan sedia untuk dimakan.

Mak-Mak Kena Kreatif Walau Sekadar Masak Manisan Simple, Baru Anak Suka

KUIH KETAYAP GULA MERAH

Bahan-bahan untuk kulit:

1 cawan air

4 helai daun pandan

*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam

* 1 cawan susu segar / santan
*Sedikit pewarna hijau (jika suka)

* Sedikit esen pandan (jika suka)

Minyak untuk mendadar

IKLAN

Bahan Inti:

1/2 biji kelapa separuh tua yang diparut

Sedikit gula melaka

1 cawan air

1/2 sudu teh garam

Daun pandan

1 sudu teh tepung jagung

IKLAN

1 sudu besar minyak masak untuk mengilatkan inti

 CARA MEMBUAT:

  1. Untuk menyediakan inti ketayap; masukkan air dan gula ke dalam periuk masak sehingga gula melaka itu cair.
  2. Kemudian masukkan  kesemua bahan yang selebihnya tadi ke dalam adunan, masaklah sehingga inti kelapa tersebut agak kental. Tutp api dan ketepikan.
  3. Untuk membuat kulit ketayap; kisar daun pandan dengan satu cawan air dan tapis. Kemudian kisar semua bahan yang bertanda (*) menjadi satu adunan.
  4. Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadar nipis adunan tadi hingga masak. Angkat.
  5. Masukkan inti dan gulung. Ulangi langkah hingga selesai. Siap untuk dihidang.

Mak-Mak Kena Kreatif Walau Sekadar Masak Manisan Simple, Baru Anak Suka

PENGAT UBI KAYU BERSAGU

BAHAN-BAHAN:

300 gram ubi kayu

200 gram santan pekat

100 gram sagu mata ikan

1 liter air

1 ketul gula Melaka

2 sudu besar gula pasir atau secukupnya

1 helai daun pandan (simpul)

1/2 sudu teh garam

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
  2. Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul
  3. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Terima kasih: Majalah RASA

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI