Roti boleh dijadikan pelbagai juadah. Selalunya roti digunakan untuk membuat roti telur goreng, roti sardin atau roti sandwic. Hmm..bosan juga kalau yang sama je kan? Apa kata anda cuba pulak resipi ini, untuk kelainan. Tapi insya-Allah rasanya konfim sedap!

Anak-anak pun ada dah mula bersekolah. Boleh jadikan roti goreng ini sebagai bekal anak ke sekolah dan anak tak perlu ke kantin sekolah waktu rehat. Bukan anak-anak saja, mak ayah pun boleh bawa bekal ke tempat kerja. Selamat dah bajet untuk minum pagi kan?

Ha..apa lagi. Jom cuba resipi ini.

ROTI GORENG BERINTI

Bahan-Bahan Kulit:

Roti
Telur
Breadcrumbs / serbuk roti

Minyak masak – untuk menggoreng

Bahan Inti:

4-5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4-5 ketul ayam dicencang halus (blender pun boleh)
1bungkus sayur campur
Sedikit sos tiram
Sos cili cap arnab (jenama lain pun boleh)
Serbuk lada putih dan hitam

IKLAN

Cara Membuat:

Roti Goreng Berinti Super Sedap, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Mula-mula, tumis bawang merah dan putih ssehingga naik bau, masukkan ayam cencang dan biar sekejap. Kemudian apabila nampak daging ayam dah bertukar warna menjadi putih, masukkan sayur campur, masak lagi sehingga air kering.

Setelah itu barulah masukkan bahan perasa seperti lada hitam, lada putih, sos cili. Masukkan lebih sedikit dan sos tiram dalam dua sudu sahaja. Masak sampai inti itu tidak berair. Boleh ditambah garam dan gula jika perlu, saya dah tak tambah sebab cukup rasa. Inti siap. Ketepikan.

Baca artikel ini juga:

IKLAN

Mini Pizza Guna Roti Burger Je, Sangat mudah Guna Enam Bahan!

Cekodok Roti Mudah, Lelaki Pun Sambil Pejam Mata Boleh Buat!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

IKLAN

Roti Goreng Berinti Super Sedap, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Untuk membuat roti goreng berinti; ambil sekeping roti. Letak sedikit inti di bahagian tengahnya. Lapis dengan satu keping lagi roti. Kemudian bentukkan bulat (rujuk gambar). Boleh guna permukaan cawan, mangkuk kecil dan sebagainya. Ulangi langkah hingga selesai.

Roti Goreng Berinti Super Sedap, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Dalam satu mangkuk, sediakan serbuk roti. Dalam satu mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul sedikit. Ambil roti yang telah dibentukkan bulat tadi, celup ke dalam larutan telur dan kemudian masukkan ke dalam bread crumb (lihat gambar di atas).

Roti Goreng Berinti Super Sedap, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Dalam masa yang sama, panaskan minyak dan goreng secara deep fried roti tadi. Balik-balikkan dan gunakan api sederhana agar tak rentung.

Roti Goreng Berinti Super Sedap, Boleh Buat Bekal Anak Ke SekolahAngkat dan toskan. Siap untuk dinikmati! Sedapnya!!

Tip Tambahan:
Untuk elakkan roti berminyak ketika digoreng, pastikan minyak betul-betul panas dan goreng sekejap sahaja. Jangan biar terlalu lama. Bila dah nampak garing terus angkat sebab semua bahan inti dah cukup masak. SELAMAT MENCUBA!

Resipi: https://www.facebook.com/munierah.eyra.1

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI