Apam Pisang memang ramai yang suka. Rasanya yang manis,lembut dan gebu memang sedap dimakan ketika minum petang. Kalau selalu buat Apam Pisang leper, tak gebu boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norizah Othman ini. Memang menjadi elok, gebu gebas apamnya.

Berikut perkongsian tersebut;

“Tudia…kelmarin hari tu sis buat Apam pisang gebu… terkejut, tengok naik begitu mendadak gebu gebasnya.”

Apam Pisang Gebu Gebas

Bahan-Bahan:

1cawan pisang berangan
(Lenyekkan perap 30 minit dalam bekas bertutup (kalau nak dapat urat yang cantik)

2 cawan tepung gandum
1sdk baking powder
2sdk bikarbonat
2sdb susu tepung(Ayakkn bahan-bahan di atas)

1 cawan gula halus
1 cawan minyak kelapa@minyak jagung
4 biji telur gred B
1/2sdk esen pisang@1penutup esen vanila
1sdk oveltte(tak nak letak pun takpe)

Apam Pisang Gebu, Nak Warna Cantik Selepas Bancuh Biarkan Adunan 30 Minit

Cara Membuat:

1.Gula dan telur blenderkan agak-agak je sampai gula separuh hancur.

IKLAN

2. Masukkan telur, pisang yang dah lenyek dengan minyak oveltte & esen pisang @ esen vanila. Lepas tu terus blendkan lagi.

3.Dah sebati adunan tu,masukkan dalam tepung yang diayak tadi, kacau rata dan sebati.

4.Nak warna cantik lagi,selepas dah bancuh,biarkan adunan 30 minit.

IKLAN

5.Masukkan dalam acuan yang dah disapu minyak.Letak hiasan hirisan pisang di atasnya.

Posted by Norizah Othman on Wednesday, 23 September 2020

6.Kukus selama 10 minit @15 minit dengan api besar dalam acuan kecil.
Siap!

IKLAN

Selamat Mencuba!

Apam Pisang Gebu, Nak Warna Cantik Selepas Bancuh Biarkan Adunan 30 Minit

Baca Lagi Di Sini:
Resepi Kek Pisang Coklat MOIST, Godek Pakai Senduk Pun Takde Hal
Cekodok Pisang Bulat-Bulat. Nak Cantik Kejadiannya, Inilah Caranya!

MW: Gebunya apam pisang ni. Boleh cuba buat untuk minum petang dengan anak-anak. Nak buat jual pun boleh sangat.

Sumber: Norizah Othman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI