
Isi Kandungan
ToggleMee Bandung cukup popular di Muar, Johor. Rahsia kesedapan kuah Mee Bandung yang asli adalah menggunakan air rebusan daging dan campuran kacang tanah yang dikisar. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan nak buat pun simple je.
Boleh cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha ini.
“Jemput minum petang..hujan-hujan ni menu “Mee Bandung”. Ada yang minat ke? Ikut resepi arwah mak saya dulu,simple je.”
Bahan-Bahan:
2 senduk Cili kering, bawang besar dan bawang putih (dikisar)
Kacang tanah (goreng & kisar)
Udang kering (dikisar)
Daging direbus (air rebusan asingkan)
Udang basah
Telur
Sawi/Kailan
Cara Membuat:
1.Tumis cili sehingga naik minyak, masukkan udang kering dan kacang tanah, kemudian masukkan air rebusan daging.
2.Kacau sebati, biarkan mendidih pastikan garam gula secukup rasa.
3.Masukkan pula udang basah, biarkan seketika, masukkan pula daging, pecah telur dan masukkan sayur.
Siap..Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Cara Buat Sizzling Yee Mee Lagi SEDAP Dari Food Court,Puas Makan!
Buat Mee Kuning Sendiri Di Rumah Tanpa Pengawet, Hanya Guna 4 Bahan!
Mee Rebus Mama, Punyalah Sedap Boleh Ulang Makan 5 Kali Sehari!
MW: Jemu hari-hari masak nasi berlauk je, boleh cuba resipi Mee Bandung ni pula. Bahan-bahannya tak banyak dan nak buat pun cukup simple.
Sumber : SuiSan Aliezsha
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Saja-Saja Buat Makan Sampai Jadi Duit Poket, Perkongsian Resipi ROTI JALA SOS COKLAT Yang Dibuat Bisnes

Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka bermula dengan saja-saja dibuat makan, Roti Jala Sos Coklat yang dibuat mampu jadi duit poket dan pendapatan sampingan buat lelaki ini apabila ia kian mendapat sambutan. Mungkin kerana keunikan resipinya kerana roti jala selalunya berwarna kuning dan dihidangkan bersama kari ayam atau daging. Tapi sebaliknya roti jala ini rasa manis berwarna coklat dan dihidangkan bersama sos coklat.
Berikut perkongsian resepi oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar sebagai rujukan mak-mak yang nak cuba sendiri dirumah atau boleh juga dibuat pendapatan sampingan.
“Dari saja-saja buat makan..sampai la menjadi duit poket..hari ini saja saya dapat tempahan 70 set.Saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. saya nak sis2 yang tak buat apa-apa kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama-sama kita kongsi ilmu.yang mana dah share sebelum ni bagus la. Yang belum share silakan.saya halalkan.Tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn
Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.Saya jual 1 bekas RM5 ada 7 Keping
Bahan-Bahan (Roti Jala):
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
3 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jangan cair sangat.
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Kacau semua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus.
2.Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar dekat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.kalau blend adunan tu tiada pusar atau pusar kecik.. masukkan air bagi ada pusar kat tengah.
3. Bolehlah ‘menjala’ menggunakan botol 3 kaki atas kuali nonstik.
Bahan-Bahan (Sos Coklat):
200gm coklat masakan.. (selbourne brand saya guna)
200gm susu fullcream / Susu cair
Cara Membuat:
Guna kaedah ‘Double boiler’ bagi bahan-bahan tersebut sehingga cair.
Siap! Sedia dihidang.
Sumber: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar
Jom rebut peluang buat bisnes sendiri dari rumah, DAFTAR secara PERCUMA pautan di bawah ini.

WEBINAR BANGKIT WANITA: SENANG-SENANG BUAT DUIT BISNES BAKERI DARI RUMAH
toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-senang-senang-buat-duit-bisnes-bakeri-dari-rumah/
WEBINAR BANGKIT WANITA: BUAT PART RIME BISNES AISKRIM JANA INCOME RM5K!
toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-buat-part-rime-bisnes-aiskrim-jana-income-rm5k/
WEBINAR BANGKIT WANITA: PADU… JANA INCOME BISNES TUDUNG TANPA KEDAI
toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-padu-jana-income-bisnes-tudung-tanpa-kedai/
WEBINAR BANGKIT WANITA: CAPAI 4 ANGKA BISNES MOBILE SPA
toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/
WEBINAR BANGKIT WANITA: TAK SUSAH PUN BUAT DUIT KENCANG BISNES DI SHOPEE
toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-tak-susah-pun-buat-duit-kencang-bisnes-di-shopee/
#bangkitwanita
#mingguanwanita
#bisnesdarirumah
#langkahyakinlakarkejayaan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi IKAN GORENG Mak Mentua, Rasa Memang Padu Buat Macam Ni!

Walaupun hanya resipi ikan goreng, tapi rasanya memang padu dan sedap lain daripada yang lain bila guna ramuan ni. Mak-ak yang inginkan kelainana buat ikan goreng, boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Puan Nur Darwisya Qasdina ini. Makan dengan nasi panas atau ratah begitu sahaja pun memang sedap!
Berikut perkongsian tersebut;
Selama 35 tahun hidup, ni la first time makan ikan goreng sedap.Ikan goreng je kan, tu pun nak kecoh orang cakap. Try buat..baru tau kecoh ke tak kecoh. Nikmat sangat rasa dia, lain dari yang lain.
Mak mertua yang ajar;
Asam jawa+garam+serbuk kunyit.
Lumurkan bahan tu dekat ikan.
Nak perap kejap boleh, terus goreng pun boleh. Ikan memang akan bertukar colour hitam. Sama jugak minyak pun akan tukar colour.Tapi rasa dia sedap sangat.
Buat ratah memang tak sedar 2@3 ekor sorang-sorang hadap. Cubalah!
Jangan kecam tau..even ikan goreng rasa dia memang padu kalau buat macam ni.
Mesti Baca:Resipi IKAN BAKAR Tapi Versi Garing, Goreng Dulu Separuh Masak!
Baca Lagi Di Sini:Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup, Renjis & Gaul Sedikit Dengan Cuka!
Artikel Menarik:Resipi IKAN LENGAT GORENG Garing, Lauk Legend Nikmat Tak Terkata!

Mingguan Wanita:Boleh cuba buat ikan goreng macam ni. Sedapnya makan panas-panas dan ratah begitu sahaja.
Sumber: Nur Darwisya Qasdina
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Salah ke wanita bermata duitan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
KIMCHI Stail Tekak Melayu, Kos Tak Sampai RM10 Boleh Dapat 3 Bekas!

Isi Kandungan
ToggleBagi yang selalu tengok drama Korea, pasti perasan hidangan tradisi masyarakat di sana antaranya seperti Kimchi ini. Rasa sayur jeruk kobis, pedas manis dan masam yang sangat sesuai dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng dan mee segera. Kimchi memang ada jual di pasaran namun sebenarnya nak lebih jimat dan berbaloi, boleh buat sendiri di rumah je. Kos tak sampai RM10 boleh dapat 3 bekas. Malah terjamin kebersihan serta status halalnya kerana kita tahu ramuan dan bahan-bahan yang digunakan.
Sebelum cuba resipi ni, admin nak share kalau ada yang nak beli mesin pengisar baru yang elok dan tahan lama boleh cuba Primada Smart Cooking Blender ini. Best tau lagi murah kalau guna code yang disediakan berbaloi sangat harganya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Noor Azmawani Ismail ini sebagai rujukan;
Bila encik suami minta belikan kimchi, tetiba rasa kedekut. Benda kita boleh buat, boleh jimat kenapa nak kena beli. Anggaran kos bahan mentah tak sampai RM 10 boleh dapat 3 bekas. Secukup rasa seadanya.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
Bahan-bahannya:
Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
Sebiji lobak merah – hiris nipis
Sebiji lobak putih – hiris nipis
Segenggam daun bawang – potong sederhana panjang
5 ulas bawang putih *
Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
Satu inci halia tua *
5 sudu sos ikan *
2 sudu kecil gula merah *
3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
Garam halus secukupnya
3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
Cara Membuat:
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dengan bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan lobak dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* Kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* Kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* Simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* Nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* Sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh….berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gambar tak beresepi. Ingatkan tak laku. Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.
Pada yang suka kimchi…sukalah. Yang kata masam atau tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.
Baca Lagi Di Sini:
‘Gilgeori Korean Street Sandwich’, Inti Macam Murtabak Makan Dengan Roti Bakar & Butter
Masak Sendiri Makanan Korea ‘Jjajangmyeon’, Buat Sos Blackbean Guna Taucu!
Ini Trip Jalan-jalan Ke Korea Lapan Hari, Dengan Bajet RM1400

Resepi Lengkap Bulgogi Daging BBQ Korea, Yang Penting ‘Tekak Melayu’ Pun Boleh Layan
Mingguan Wanita: Menarik juga buat kimchi sendiri di rumah. Sesekali nak tukar selera Korea atau nak layankan anak-anak yang suka makanan korea ni, boleh cuba buat sendiri. Lebih jimat dan yakini bersih dan halalnya. Kos tak sampai RM10 boleh dapat 3 bekas, memang berbaloi.
Sumber: Noor Azmawani Ismail
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI