“Anak Pesan Minta Jaga Bayinya,” Wanita Berpantang 36 Hari Maut, Kesan Tusukan Pisau Di Leher. Sungguh ajal dan maut ditangan tuhan. Wanita di dalam tempoh berpantang cenderung untuk mengalami tekanan selepas bersalin. Mereka perlu diberi perhatian sebaiknya bagi mengelak tindakan di luar batasan.
Siapa sangka pesanan untuk menjagakan bayi yang keempatnya, merupakan pesanan terakhir daripada wanita yang maut ketika dalam tempoh berpantang ini.
Kesan Tusukan Di Leher
Wanita dalam pantang 36 hari ditemukan maut dengan kesan tusukan di leher di Kampung Beris Panchor, Tawang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa berusia 35 tahun ditemui berlumuran darah dalam bilik tidur oleh ahli keluarga.
Ibu mangsa, Zuraizah Mat, 58 berkata, mangsa ditemui di bawah katil dengan sebilah pisau pemotong sayur berada di bahagian tengah lehernya.
Anak Pesan Jaga Bayi
Katanya, sebelum kejadian, dia berada di ruang tamu dan mangsa menyerahkan anak lelakinya untuk bercakap di telefon dengan suaminya yang berada di Kedah.
Ads
“Anak pesan minta jaga bayinya dan dia kemudian masuk ke dalam bilik tidur, namun disebabkan dia berada lama dalam bilik, saya minta anak bongsu intai guna tangga sebab bimbangkan keselamatannya.
“Kami cuba pecah pintu bilik beberapa kali sebelum berjaya memecah masuk namun terkejut mendapati anak terbaring berlumuran darah dengan pisau tertusuk pada lehernya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Panchor, Tawang, di sini, hari ini.
Zuraizah berkata, dia melihat anaknya masih bernyawa dan mencabut pisau berkenaan sebelum meminta ahli keluarga membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Beris Panchor.
Sakit Bahagian Perut
Katanya, selepas melahirkan anak ke empat, mangsa banyak mengadu sakit di bahagian perut.
“Pagi tadi, dia baharu sahaja ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana masalah kesihatan dan doktor ada nasihatkan dia ambil ubat, sejak balik dia macam tertekan,” katanya.
Pulang Berpantang Di Kampung
Zuraizah berkata, mangsa dipercayai mengambil pisau di stor luar rumah dan masuk ke bilik tidur sebelum mengunci diri.
Katanya, mangsa sebelum ini tinggal di Kedah bersama suami dan tiga anak sebelum pulang ke kampung untuk berpantang.
Ads
Katanya, menantunya turut terkejut dengan kejadian ngeri itu berikutan mereka baharu sahaja selesai bercakap di telefon.
“Saya terpaksa bagi menantu bercakap dengan doktor untuk sahkan anak saya sudah meninggal dunia kerana dia tidak percaya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk tindakan lanjut.
Ads
“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Ismail berkata, pihak polis turut menasihatkan orang awam yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami tekanan perasaan untuk mendapatkan bantuan polis atau pihak bertanggungjawab bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Mingguan Wanita:Aduhai kasihan sungguh ibu ini. Buat mak-mak yang sedang dalam berpantang dan alami tekanan, jangan pendam sendiri. Segera dapatkan bantuan bagi mengatasinya.
Kejamnya! Hajat seorang wanita yang juga merupakan seorang ahli perniagaan datang ke India untuk menjalani rawatan penyakit kemurungan dialaminya, berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati dalam keadaan mengerikan.
Liga Skromane, 33, dipercayai diberi dadah, dirogol dan kepalanya dipenggal sebelum mayatnya ditemui tergantung dalam keadaan terbalik di dalam hutan bakau di Selatan India setelah lebih sebulan kehilangannya.
Menurut laporan CBS News, wanita yang berasal dari Dublin, Ireland itu datang ke Kerala bersama adiknya pada Februari lalu untuk menjalani rawatan Ayurveda di sebuah pusat rawatan tradisional India yang terkenal di negeri itu.
Keratan iklan yang menunjukkan seorang wanita hilang di India selepas menjalani rawatan.
Dia dilaporkan hilang pada 14 Mac selepas keluar dari pusat rawatan berkenaan untuk berjalan-jalan di pantai sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan reput berhampiran sebuah hutan bakau di Thiruvallam pada 21 April lalu.
Jurucakap polis, Nazneen Bhasin berkata, polis menahan dua suspek yang mengaku memberi dadah jenis ganja kepada wanita itu sebelum merogol dan membunuh mangsa dengan kejam.Polis juga berkata, keadaan mangsa ditemui tergantung bagi menggambarkan mangsa sebenarnya ‘membunuh diri’.
Ada segelintir isteri terutama yang bekerja, mempraktikkan cara menyejukbeku lauk pauk yang dimasak di dalam peti sejuk. Apabila seorang suami berkongsikan gambar lauk pauk yang banyak hasil masakan isteri yang akan disimpan dalam peti beku dalam sebuah grup masakan, ramai mula mempersoalkan ketahanan makanan yang disejukbeku.
Sama ada makanan itu elok lagi untuk di makan dan sebagainya. Bagi menjawab persoalan yang berlegar, Dr Azila Mohd Kasim berkongsi penjelasan pakar kimia, Dr Fatimah Salim mengenainya.
Kongsi Dr Azila,
Viral dari group
Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Kisah seorang isteri masak pelbagai lauk-pauk dan di sejukbekukan.
Menjadi persoalan, berapa lama ketahanan bahan-bahan ini?
Saya kongsikan tulisan pakar kimia, Dr Fatimah Salim
Lauk Disejukbeku Boleh Tahan Lama?
Makanan yang disejukbeku boleh tahan lama 3 bulan.
Ini kerana suhu yang rendah ini merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan iaitu punca makanan rosak.
Bergantung kepada jenis makanan yang dibekukan ini (terutamanya yang sudah dimasak), boleh bertahan sepenuhnya berkualiti sekitar 3 bulan simpanan. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Namun masih lagi selamat dimakan.
Sekian, semoga memberi manfaat.
Cara Betul Simpan Lauk Dibekukan Agar Kekal Nutrisinya
Sebelum ini MW juga pernah berkongsi catatan idea simpan lauk sejuk beku oleh Dato’ Dr Suriyakhatun Osman. Iaitu, cara betul simpan lauk yang disejukbeku selepas dimasak.
1. Pastikan setiap lauk yang akan dibekukan untuk sekali makan. Selepas masak, sejukkan (jangan tunggu lama) dan terus bekukan. 2. Bila nak makan, keluarkan awal untuk nyahbeku. Boleh juga panaskan dalam steamer. Sebaiknya elak guna ketuhar mikro gelombang. 3. Pastikan bekas simpan lauk freezer safe.
Ramai yang ternanti-nanti apakah perubahan dalam pentadbiran negara yang akan dilakukan oleh kerajaan pakatan harapan yang baru dibentuk ini. Adakah manifesto 100 hari yang dijanjikan dapat ditunaikan.
Dalam masa 14 hari membentuk kerajaan, angin perubahan positif dalam pentadbiran negara kian dapat dirasakan. Pagi tadi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Kabinet Persekutuan di Perdana Putra. Ia merupakan mesyuarat pertama kali Kabinet selepas 14 hari kerajaan baru ditubuhkan.Pelbagai perkara telah diperbincangkan dalam mesyuarat kabinet ini.
Berikut adalah antara intipati 9 keputusan yang dicapai yang diumumkan didalam sidang media selepas mesyuarat pertama Kabinet tersebut.
1. Mengenal pasti langkah bagi menangani hutang negara yang sudah mencecah RM1 trilion.
2. Memotong gaji jemaah Menteri sebanyak 10 peratus, berkuat kuasa serta-merta.
3. Mengkaji semula Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) penjawat awam yang dijanjikan kerajaan terdahulu.
4. Mengkaji semula beberapa projek mega.
5. Membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
6. Menamatkan kontrak pegawai lantikan politik.
7.Membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tanggungjawab dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.
8. Mengekalkan harga bahan api untuk masa ini.
9.Menyatakan tiada hasrat untuk membeli balik PROTON.
Menerusi sidang media ini juga Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) akan mengadakan sidang media setiap kali selepas mesyuarat kabinet diadakan.Ia bertujuan berhubung rapat dengan pihak media supaya semua dapat maklum jelas mengenai apa yang akan kerajaan sampaikan. Dr Mahathir juga berkata mesyuarat kabinet kali pertama itu lancar termasuk komunikasi bersama jemaah menteri lain.
Mingguan Wanita mengharapkan semoga perubahan pentadbiran negara kearah lebih positif, efisyen, amanah dan ditadbir urus dengan lebih baik oleh kerajaan baru ini.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...