Punyalah Teruja Balik Kampung Beraya, Tak Sedar Tertinggal Isteri Tepi Jalan. Dalam keterujaan untuk balik ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Hara Raya, macam-macam ragam dan kerenah boleh terjadi.
Tertinggal Isteri Tepi Jalan
Seorang lelaki yang teruja untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak sedar dia tertinggal isterinya di sebuah pos pemantau ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Jawa Pos hari ini.
Lelaki dikenali sebagai Adam itu menunggang motosikal bersama isteri dan anaknya yang membonceng di bahagian belakang.
Tak Sedar Isteri Turun Motorsikal
Semasa dalam perjalanan, Adam berasa keliru terhadap laluan, menyebabkan dia berhenti di tepi jalan. Dia tidak sedar bahawa isterinya sudah turun dari motosikal sebelum meneruskan perjalanan tanpa isterinya.
Ads
Anak mereka yang membonceng motosikal kemudian bertanya di mana ibunya selepas mereka bergerak dengan agak jauh, menyebabkan Adam baru menyedari ketiadaan isterinya serta menyangka wanita itu terjatuh daripada motosikal.
Ads
21 Panggilan Telefon Bimbit
Adam kemudian memeriksa telefon bimbitnya lalu mendapati terdapat 21 panggilan tidak dijawab daripada nombor yang tidak dikenali. Setelah menghubungi nombor itu, Adam dimaklumkan bahawa ia adalah daripada pos polis Brebes yang memberitahu isterinya berada dalam keadaan selamat bersama pihak berkuasa.
Ketua Polis Brebes, Gunut Muhammad Tariq berkata, Adam berpatah balik untuk mengambil isterinya dari Pekalongan ke Brebes dalam perjalanan yang mengambil masa sekitar dua jam.
Trend “jual diri” sewa jadi kekasih di hari raya, bayar RM80 dapat pegang tangan. Jaga maruah perempuan walau trend hanya gurauan. Di media sosial, terutama di twitter kecoh tentang sewaan menjadi kekasih di hari raya.
Di mana gadis yang merasakan diri “hot market” dan memiliki wajah menarik memberanikan diri menyewa diri sendiri untuk dibawa pergi beraya dan rumah terbuka.
Dengan hanya bayaran antara RM200-RM250, iklan “menjual diri” ini meletakkan ciri-ciri seperti boleh berlakon menjadi girlfriend, friendly, pandai berborak, boleh betulkan sampin/ songkok/ rambut, tukang dengar masalah, boleh suap makanan dan extra charge RM80 jika nak pegang tangan.
Sekali pandang, ia dilihat seperti ada unsur-unsur gurauan kerana dari tweet di media sosial, baik gadis bertudung dan free hair turut mengiklankan perkhidmatan ini dan disebar luas di media sosial.
Tetapi kalau benar ia gurauan, perlu diingati malu itu adalah sebahagian dari iman. Zaman Jahiliyah dahulu, mereka menanam anak perempuan kerana dianggap beban sehinggalah kedatangan Islam yang memuliakan golongan ini dan meletakkan darjat mereka ke tempat tertinggi.
Tetapi semakin menghampiri penghujung dunia, gurauan meletakkan maruah perempuan ke bawah tapak kaki.
Dari satu tweet @Amirul Ruslam, katanya, sewa diri jadi kekasih ini adalah trendyang merosakkan sifat malu seseorang muslim.
Dengan tambahan lain @add on RM10, R70,RM80 dah dapat pegang tangan. Begitulah murahnya maruah dan kehormatan diri kita.Katanya lagi, no wonder hilang dara/teruna kerana berzina makin dianggap suatu kebanggaan.
Ntah lah, bagi aku trend/gurauan “sewa diri jd + 1” adlh trend yg merosakkn sifat malu seseorang muslim itu.
— 𝙍𝙈𝙄𝙍𝙐𝙇 (Inni Mutazawwij) (@AmirulRuslam) April 26, 2023
Apa yang menusuk dari kata-katanya bahawa perempuan jangan nak demand tinggi-tinggi hantaran kalau semurah ini.
Ini kalau jenis perempuan dah pernah “dipegang” ni duit hantaran kahwin pun dah tak yah la minta tinggi2 ye.
Yg lelaki yg bt service + 1 ni pun tak pyh nk demand ciri2 isteri yg baik lebih2.
Yela kan, maruah & kehormatan diri sendiri pun dijual sekitar RM10-90 je.
Sedar diri.
— 𝙍𝙈𝙄𝙍𝙐𝙇 (Inni Mutazawwij) (@AmirulRuslam) April 27, 2023
Carian Mingguan Wanita juga dapati selepas trend ini tular, ia menerima kecaman yang banyak dari orang ramai. Dan akaun twitter gadis-gadis yang mengiklankan diri juga sudah dinyah aktifkan selepas bertalu-talu menerima kecaman.
Kasih sayang antara ibu dan anak adalah kasih sayang abadi dan ikatannya takkan pernah terputus.Meskipun dihalau dan diharamkan susu diberi, jauh di sudut hati perasaan kasih dan sayang terhadap ibu kandung tetap ada.
Demikian kata penghuni paling lama di rumah gelandangan milik Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KMM) di sini yang hanya ingin dikenali sebagai Mohamad, 20, yang turut mengakui dirinya tidak pernah membenci wanita yang melahirkannya itu.
“Biarpun lebih setahun berlindung di rumah kebajikan dan diberi layanan jauh lebih sempurna berbanding oleh keluarga sendiri, perasaan rindu, sayang dan ingin kembali kepada keluarga tetap menebal.
“Anak mana tak sayangkan emaknya….setiap kali puasa atau raya, mesti teringatkan emak dan teringin nak bersama mereka, namun emak dan ayah tiri bersikap seperti orang asing pada saya.
“Tak tahu di mana salah saya kerana dari kecil lagi dihantar ke sekolah tahfiz sehinggalah umur 12 tahun.
“Selepas itu ayah meninggal dunia dan apabila mak berkahwin pula dengan bapa tiri beberapa tahun lalu, saya sentiasa menerima layanan buruk sehinggalah dihalau keluar dari rumah pada awal Januari tahun lalu,” katanya ditemui selepas menerima kunjungan Taiping Medical Centre (TMC) sempena program jelajah sahur bersama Agensi Kerajaan dan Rakan Media.
Mohamad berkata, selepas dihalau dia dibawa seorang penduduk sebelum dihantar ke rumah gelandangan itu pada 14 Januari tahun lalu.
“Benar hidup di sini serba serbi lengkap dan ibarat syurga bagi saya. Namun saya masih terasa kekurangan iaitu kasih sayang daripada ibu sendiri.
“Namun apakan daya mereka dah ‘buang’ saya dan walau apa pun kesalahan mereka, saya tetap maafkan dengan seikhlasnya,” katanya yang kini baru berkerja di sebuah hotel di bandar ini.
Mohamad berkata, bapa tirinya yang berusia lingkungan 50-an seorang penagih dengan kerja tidak menentu, manakala ibunya berusia lewat 30-an hanya mengambil upah mencuci rumah penduduk.
Selain dirinya, dua adik perempuan berusia 13 hingga 17 tahun kini tinggal bersama ibu dan bapa tirinya di bandar ini.
Setakat ini, katanya, sudah dua kali dia menyambut hari raya di rumah perlindungan itu dan reda dengan kehidupannya serta menganggap apa yang berlaku adalah ujian Allah.
Sementara itu Presiden KMM Taiping, Faizzul Amri Shahabuddin, berkata rumah transit rakan jalanan itu dibuka pada 2020 dan menempatkan lebih 70 penghuni mempunyai enam penjaga, manakala penghuninya sentiasa bertukar ganti dengan maksikum boleh menempatkan 10 orang pada satu masa.
“Selain tempat perlindungan sementara untuk mereka yang mempunyai masalah, rumah ini turut menyediakan khidmat nasihat berkaitan kesedaran mental.
“Syarat pemilihan untuk penghuni mendiami rumah ini adalah mereka boleh mengurus diri, tidak terbabit dengan dadah, bersikap mahu berkerja dan boleh menetap selama dua bulan kecuali kes tertentu (seperti Mohamad),” katanya.
Bila tiba hari raya, pasti semua orang akan sanggup berhabisan untuk memastikan hari raya disambut dengan gembira dan mampu bergaya. Raya setahun sekali. Begitu juga buat pekerja, inilah masa yang ditunggu-tunggu apa yang akan bos umumkan.
Seronok pula bila tengok instafamous resipi yang sangat dikenali di media sosial, Khairul Aming. Setiap resipi yang ditunjukkan di medai sosial membuatkan kita pun tergoda dan teringin untuk mencuba.
Bukan itu saja, terkenal dengan sambal nyet yang beroperasi di Kelantan sehingga berjuta-juta jualan dan digelar usahawan berjaya, walaupun hanya menjual sambal nyet saja.
Terbaru, KA berkongsi rezeki kegembiraan dengan sanggup berhabisan belanja staf untuk menyambut hari taya tak lama lagi.
Bukan setakat belanja pakaian hari raya kepada 60 staff tetapi turut menyediakan duit raya dan majlis berbuka puasa bersama. Ramai yang rasa nak bekerja di bawah Khairul Aming pula ye.
Daripada perkongsian Siti Suryani Yaakop turut menyokong dengan apa yang dilakukan oleh Khairul Aming ini.
Khairul Aming bawa staff dia pergi beli baju raya. Sorang satu pilih baju dia suka hati nak apa. Bukan yang murah-murah. Tudung pun dah jenama Ariani.
Lepas habis tu dia bawa balik kilang. Nak bagi bonus. Saya keluar jugak la air mata masa tu. Sebab nampak dalam video tu ada staff yang menangis bila dengar dia nak umum bagi bonus tu. Time-time tercekik macam ni dapat duit lebih, Tuhan saja lah tahu betapa bersyukurnya rasa.
Lepas tu dia bawa pergi makan. Kat hotel. Dia kata bulan puasa ni sambal dia punya order naik 3 kali ganda. Tapi dia tetap buat yang sama je. Sebab tak nak staff dia burn out. Kesian pada staff dia.
Takda la pula dia tamak haloba mengerah keringat staff dia. Untuk memenuhi keperluan pelanggan. Untuk memastikan bisnes mencapai sasaran. Untuk kena bagi buat juga tak kisah la teruk mana staff kepenatan.
Dalam bulan-bulan Ramadan yang penuh baik ni saya berdoa. Satu hari ni nanti kalau anak-anak saya tak jadi macam Khairul Aming, moga dapatlah bekerja dengan pemimpin sebaik, sebijak, sereleven dia pun takpa dah. Cukup bahagia dah.
Sebab kebanyakkan orang bila duduk atas jarang dia punya level nak turun bawah. Dia auto jadi tak faham. Dan kadang sampai tahap jadi kejam. Kononnya atas nama kerja. Sampai lupa yang bekerja ni adalah manusia. Ada kederat dia. Ada rasa. Ada jiwa.
Semoga Allah limpahkan kebaikan demi kebaikan buat KA. Sebab jadi manusia yang baik. Faham emosi. Dan berempati tinggi.
Dalam pada itu, perkongsian daripada Faridzul Asyraf Mat Ariffin membuat anggaran jumlah yang dibelanjakan oleh KA pada staff, belum lagi KA ‘loss’ sebab 2 hari tutup operasi.
BERAPA KHAIRUL AMING “LOSS” BELANJA STAFF?
.
Dia bawak staff 60 orang pergi belanja baju raya, lepas tu bawak kilang bagi bonus raya then makan buffet kat hotel
.
+ Baju Raya : RM300 x 60 = RM 18k
+ Bonus Raya : RM1000 x 60 = RM 60k
+ Buffet Raya : RM100 x 60 = RM6k
Total = 84k
.
Dia tutup 2 hari operasi. Ini lagi loss besar
+ Sehari 5000 botol = 70k
+ 2 hari = 140k
+ Let saylah COGS 50% so 70k kerugian
.
Total “loss” – 154k
.
Benda ini loss kalau kita fikir ia loss. Tapi kalau ada ilmu, ia boleh jadi advantage
.
1) Boleh kurang cukai dari company bayar. Itu pun kalau KA issue voucher dan claimlah. Let saylah revenue 20 juta (saya tak jumpa apa nama company so xleh nak validate anggar-angar ajelah) dan ada untung. FnB ni 10% net profit dah dikira tinggi jadi 2 juta kena bayar which is 480k dah ada extra expenses macam ni bolehlah tolak so net profit kurang, cukai pun kurang dibayar
.
Pengiraan lengkap kena rujuk accountant ya
.
2) Staff diraikan macam ni siapa yang nak keluar ya tak? FnB ni turn over tinggi, itu loss yang orang tak nampak. Bila hargai staff macam ni, staff kekal dan happy maka produktiviti meningkat berganda
.
3) Saya pun macam nak kerja dengan KA jugaklah Yes company bagi macam macam benefit ni dia boleh tarik good talents, talents ni akan growkan lagi company
.
4) Perjalanan sambal nyet masih jauh, dia baru tackle 1 produk di jualan online sahaja
+ Dia belum keluarkan produk lain
+ Dia belum buka channel jualan lain (pasang agent)
+ Dia belum buka jualan retail
+ Dia belum export
+ Dia belum explore niche berkaitan (biasa buka restaurantlah)
.
Dan banyak lagi possibility yang lain di hadapan. Base dia buat tu persiapkan staff2 dialah, dah semua ready, senang nak grow
Cuma
As majikan, kita doalah supaya company kita pun macam ni. KA takdelah ini 1st bisnes dia, dah buat few sebelum ni yang tak jadi. So jangan rasa tertekan, kita main ikut apa kekuatan kita
.
As staff, doalah supaya company korang kerja tu maju macam ni. Company nak grow, staff ni aset paling penting nak kena grow jugak. Kalau company tak grow sebab staff yang tak grow jugak. Tapi kalau rasa dah give the best but still takuk lama, pindahlah bukan tak leh pindah
.
Good luck!
Mingguan Wanita : Rezeki masing-masing. Syukur dapat bos yang memahami macam ni.
Bukan sedikit nilainya, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diperintahkan membayar RM67.5 juta kepada syarikat barangan kemas Lubnan selepas didapati bertanggungjawab atas kehilangan 43 barang kemas bernilai AS$14.57 juta.