Lori terlebih muatan. Malang tidak berbau. Jangan fikir semua nak cepat, semua barangan dimasukkan tanpa fikir keselamatan orang lain. Inilah yang mengundang bahaya.

Gara-gara lori terlebih muatan inilah turut menyebabkan berlakunya kemalangan sehingga sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suami terbalik sehingga meragut nyawa anak sulung dan isteri mengalami kecenderaan parah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ibu Dah Tak Ada Kan? Kemalangan Di Setiawan 2 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

“Ayah Minta Maaf Nak…” 4 Beranak Meninggal Dalam Kemalangan, Tak Sempat Sambut Birthday Datuk

Lori Terlebih Muatan, Ragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan

Menerusi Kumpulan Facebook, Dashcam Owners Malaysia, lelaki tersebut berkongsi luahannya kerana berang dengan tindakan cuai pemandu lori yang menjadi punca kepada insiden berkenaan.

Difahamkan, beberapa kenderaan lain turut terlibat dalam insiden tersebut disebabkan muatan yang dibawa lori berkenaan terjatuh ke atas jalan raya secara tiba-tiba.

Dalam perkongsian oleh Ding Sheng Koh, dia turut kecewa dan sedih dengan kemalangan yang telah meragut nyawa anak dalam kandungan isterinya. Kejadian itu berlaku di lokasi Grik, sebelum sampai ke Titiwangsa.

“Sebelum ini, saya dan isteri dangat gembira dan mengalu-alukan kedatang bayi kami ke dunia. Tapi disebabkan kejadian yang sepatutnya boleh dielakkan tetapi sebab kecuaian pemandu, kejadian ini berlaku.

“Saya tidak akan memaafkan kamu semua. Setelah kejadian berlaku sehingga setakat ini, tiada sesiapa pun dari pihak syarikat kamu dan pihak syarikat transportation telefon untuk meminta maaf ataupun tanya khabar,” luahnya dalam facebook.

“Selepas kejadian itu, saya lihat isteri saya menangis dan sedih, apatah lagi luka pada badannya. Saya harap pihak syarikat logistik kamu boleh memberikan penjelasan tentang kenapa menggunakan jenis truck ini untuk membawa barangan muatan ini, ia telah melebihi paras ketinggian yang selamat.

“Disebabkan kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya terbelah, 3 tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera, semua ini boleh membawa banyak kelanjutan. Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam sangat nak rampas dia dari kami,” soalnya.

Kerana Lori Terlebih Muatan, Lelaki Hilang Anak, Isteri Parah Dalam Kemalangan
.

Kerana Lori Terlebih Muatan, Lelaki Hilang Anak, Isteri Parah Dalam Kemalangan
.

Kerana Lori Terlebih Muatan, Lelaki Hilang Anak, Isteri Parah Dalam Kemalangan

Menurutnya lagi, lori tersebut dipandu melebihi had laju sepatutnya selain membawa muatan secara bertindih dan melebihi paras pintu pagar lori.

Lebih menambah kemarahannya, pemandu lori tersebut telah bertindak melarikan diri dari tempat kejadian namun, berjaya ditahan pihak polis semasa operasi sekatan jalan raya sekitar Jeli, Kelantan.

Daripada maklumat, pemandu lori tersebut akhirnya ditahan oleh anggota polis yang sedang dijalankan sekatan jalan raya (road block) di Jeli.

Bawa Kelajuan Melebihi 90 (km/h)

Ketika kejadian berlaku, saya lihat lori datang dengan kelajuan tinggi sehingga keseluruhan badan lori sudah condongkan, mujur pengalaman saya memandu agak lama, sebelum kejadian berlaku saya sudah kurangkan kelajuan kereta saya, jika tidak saya agak saya sudah meninggal dunia.

(Dari anggaran saya kelajuan pemandu lori tersebut membawa melebihi 90(km/h)
Semasa saya nampak kedatangan lori tersebut, saya sudah mengurangkan kelajuan saya dari 80km/h hingga ke 60km/h, tetapi masih tidak dapat mengelak dari kejadian ini berlaku, saya rasa bersalah terhadap baby dalam kandungan ibu sebab ayah tidak mampu melindung awak dengan baik.

No. Plate lori itu ialah PJF 9890. Saya harap pemandu lori tersebut dapat balasan yang patut tindakan undang-undang yang sewajarnya, saya juga harap pihak syarikat kamu boleh menjelaskan mengapa selepas kejadian, tiada sesiapa pun meminta maaf dan tanya khabar.

Kerana Lori Terlebih Muatan, Lelaki Hilang Anak, Isteri Parah Dalam Kemalangan

Saya harap selepas kejadian ini, pihak syarikat kamu gunakan truck yang betul untuk menghantar barang, mengenai pihak logistik saya harap kamu mengupah pemandu yang bersikap bertanggungjawab. Walaupun truck adalah sejenis alat untuk kamu semua mencari rezeki, tetapi kamu tidak boleh pentingkan diri sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kerana Lori Terlebih Muatan, Lelaki Hilang Anak, Isteri Parah Dalam Kemalangan

Mingguan Wanita: Moga keluarga Ding Sheng Koh tabah menghadapinya dan salam takziah.

Sumber: Ding Sheng Koh & Tanpa Nama

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI