cemburu

Normal kalau sesekali cemburu sesama mereka, tetapi jangan sampai sikap itu makan diri dalam diam dan terbawa-bwa hingga mereka dewasa. Itu sangat bahaya!

Mak ayah kena pantau perkembangan anak-anak dan didik dari kecil untuk mereka faham keadaan sebenar. Apa yang patut dibaiki, cuba selami pandangan Ustazah Sharifah Zahidah kali ini.

Bila Anak Cemburu

“Anak-anak saya kuat bergaduhlah Puan, macam mana ya saya nak buat?”

Ini antara soalan femes yang masuk ke inbox dan whatsapp saya.

Apa yang saya nak beritahu di sini,

Sebenarnya, itu bukan masalah Puan-puan saja. Tapi itu adalah masalah global sebenarnya.
Anak-anak memang akan bergaduh sesama sendiri. Itu normal.
Dan kita tak perlu terlalu risau jika anak bergaduh sebenarnya.
SATU DUNIA, kanak-kanak memang akan bergaduh.

Cuma,
Yang perlu kita risau adalah,
Apakah pergaduhan tersebut bertitik hasil daripada perasaan cemburu, dengki atau hasad?
Jika YA, maka kita perlu risau.
NYALAAN LAMPU MERAH TELAH MENYALA!

Pergaduhan sebab berebut mainan atau tidak mahu berkongsi peralatan, TANPA MOTIF DENGKI, CEMBURU DAN HASAD – adalah sesuatu yang normal.

Mungkin kerana kurang sabar, tidak pandai lagi bertolak ansur atau simply kerana terlalu sayangkan barang yang dimiliki dan tidak percaya/takut apabila ianya diberi pinjam kepada adik beradik mereka.

Dengki dan Cemburu Itu Penyakit Hati

Ini adalah pergaduhan biasa yang boleh diselesaikan mengikut tahap perkembangan emosi dan usia anak-anak. Semakin mereka besar, semakin mereka boleh berfikir dan kemahiran interaksi dan sosial mereka akan menjadi semakin baik, jika ada didikan yang betul.

Tetapi, jika sesebuah pergaduhan itu terjadi dalam keadaan wujudnya motif cemburu dan dengki, maka di sini bahaya. Kerana dengki, cemburu, iri hati BUKAN penyakit yang boleh diubati dengan masa dan usia. Walau dengan didikan yang baik, jika ada unsur dengki dan iri, ianya tetap signal merbahaya.

Kenapa?

Ini apa yang kita WAJIB pelajari dari sejarah.

Sejarah mencatatkan, persengketaan dan pertumpahan darah yang pertama yang berlaku di atas dunia ini adalah berlaku KERANA CEMBURU DAN IRI HATI.

Dan pembunuhan pertama ini juga berlaku antara 2 ADIK BERADIK yang SUDAH DEWASA.
Bukan anak-anak kecil!

Manakala PERSENGKETAAN PERTAMA YANG BERLAKU di alam SEBELUM DUNIA pula, ialah persengketaan yang berlaku antara Iblis dan Nabi Adam A.S.

Puncanya? Juga kerana CEMBURU DAN IRI HATI Iblis terhadap Nabi Adam yang diberikan kedudukan lebih mulia darinya.

Persengketaan ini juga berlaku antara sosok yang hebat dan asalnya dimuliakan. Bukan kanak-kanak yang helpless atau kurang akal!

Bahkan persengketaan ini juga yang menyebabkan Iblis RELA DILAKNAT ALLAH untuk selamanya. Walhal bukan Iblis tak tahu, MAHA KUASANYA ALLAH DAN MAHA BERAT AZAB MURKANYA.

Tapi, ada Iblis kesah?

Tak kisah…!

Sebab? Sebab dengki, cemburu dan iri hati memang penyakit yang amat sukar diubati dan boleh membuatkan seseorang bertindak gila dan hilang waras fikirnya!

Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf yang turut hampir dibunuh adik beradik sendiri, gara-gara dengki dan cemburu. Walhal bukankah bapanya yang juga seorang Nabi yang penuh dengan hikmah dan ilmu, tentu saja mendidik anak-anak dengan didikan yang betul dan cemerlang.

Tetapi kenapa ini tetap terjadi di kalangan anak-anak seorang Nabi?
Ini kita kena fikir dan tadabbur dengan panjang dalam membesarkan anak-anak kita.

Kerana itu saya katakan sebelum ini,

“Walau dididik dengan betul, kalau api cemburu dan iri tetap ada, itu tetap menunjukkan signal berbahaya.”

Tak Habis Di Sini, Tetap Bersambung…

Kisah-kisah iri dan dengki ini ALLAH tak cerita saja-saja. Apatah lagi ia disebut dengan jelas di dalam Al Quran bahawa ia berlaku antara adik beradik dengan motif cemburu dan dengki. Ia bukan motif yang datang dari ijtihad ulamak. Tetapi secara jelas diceritakan kepada kita dalam Al Quran.

Sebab?
ALLAH nak kita ambil pengajaran dengan serious dalam bab ni.
Kerana betapa buruk akibatnya apabila adik beradik hidup dalam nyalaan cemburu dan iri sesama sendiri. Sayangnya, itulah yang banyak terjadi hari ini.

Cemburu dan dengki sesama adik beradik ini kesannya adalah lebih teruk apabila mereka meningkat lebih dewasa, dan kesannya adalah KESAN JANGKA PANJANG YANG MEMBAWA KEKERUHAN HUBUNGAN SEHINGGA HARI TUA MEREKA.

Belum cerita, kesahnya pada mental mereka yang boleh membawa kepada pelbagai jenis character disorder.

Banyak bahayanya, apabila pergaduhan anak-anak adalah disebabkan cemburu dan hasad yang menyala antara mereka.

Api cemburu dan hasad ni, masih kecil ketika anak-anak kita kecil. Dan turut membesar seiring anak-anak yang semakin membesar.

Jadi sementara tengah kecil ni, lebih mudah untuk dipadam. Dah besar nanti, takat boleh tengok sajalah drama tak bertegur sapa, sindir menyindir, berebut harta, bermasam muka dan sebagainya.

Anak-anak saya juga kerap bergaduh. Kadangkala, saya biarkan saja.
Kadangkala, saya leraikan. Tapi yang paling takkan saya biarkan, apabila pergaduhan itu saya dapati puncanya adalah iri hati, dengki dan cemburu.

Pentingnya Didikan Dari Kecil

Ianya amat toksik untuk anak-anak kita SEPANJANG HAYAT MEREKA. Studies menunjukkan, ianya samai tahap boleh membawa depression untuk tempoh jangka panjang. Tak mustahil, mangsa depresi hari ini, terdiri dari mereka yang puncanya adalah apa yang dia lalui sejak dari usia 5 tahun kerana pergaduhan dengan adik beradik.

Kita ni ibubapa, sangat perlukan ilmu parenting supaya kita senang detect dan membezakan, di mana masalah besar yang melanda anak-anak kita, apa cara nak atasi, dan apa masalah kecil yang tidak perlu dikhuatirkan sangat.

Kalau tak ada ilmu. Yang kecil kita anggap besar. Yang besar kita anggap kecil. Tiba tiba anak-anak tak berapa menjadi, kita tanya “Di mana salah kita?”

Dengan ilmu, InshaALLAH parenting will become so effortless or at least, less struggle.

ALLAHUALAM.

Jangan Lupa Komen

komen