mata kanan tiada bebola tapi hafal surah

Sebaik lahir anak ini tidak membuka mata. Dari pemeriksaan pakar, didapati mata kanannya tiada bebola mata, KOSONG. Mata sebelah kiri pula berwarna putih. Penyakit yang ada kaitan dengan saraf membuatkan anak kecil ini disahkan buta kedua belah mata. Istimewanya tanpa penglihatan, anak kecil ini dapat menghafal surah Yasin seawal 3 tahun.

Masuk umur 6 bulan, anak kecil ini, Ahmad Aqeel makin aktif. Emosinya berlebihan, suka mengamuk malah menghantukkan kepala. Sampailah mak ayahnya, Faiz Mohammad Noor B Kamaruzaman, 34 dan Nur Izzah Bt Mohamad Kamil, 34 merujuk ke pakar psikologi di Kajang.

Keputusan ujian.. Aqeel disahkan autisme (mild). Kami redha dan positif.” tutur ibu bapa anak istimewa ini.

Sampailah satu hari ketika saya membaca surah Yasin, tiba-tiba Aqeel yang berumur 3 tahun tu sambung bacaan saya sampai habis surah itu.”

Walaupun belum boleh bercakap sepenuhnya, Aqeel selalu membaca ayat-ayar Al Quran.

Orang akan ingat di bercakap bahasa Arab, padahal dia melafaskan ayat-ayat Al Quran.”

Mata Kanan Tiada Bebola, Belah Kiri Mata Semua Putih, Disahkan Pula Mild Autisme Ajaibnya Anak Ini, Mampu Hafal Surah Seawal Usia 3 tahun
Ibu bapa hebat yang tak pernah menghargai ‘anugerah’ yang Allah berikan kepada mereka.

Ini Cara Ibu Ayah Hebat Didik Anak Istimewanya Hafal Al Quran

1. Perdengarkan Ayat Al Quran Sejak Bayi

Sejak bayi sampai sekarang, ibu dan ayah sering pasangkan alunan ayat Al Quran untuk Aqeel. Baik di rumah mahupun dalam kenderaan.

2. Nak Bezakan Malam Siang, Pasangkan Surah Dalam Al Quran

Dulu Aqeel sukar bezakan waktu malam atau siang. Buatkan dia tak tidur waktu malam. Kami akan pasangkan ayat suci Al Quran sepanjang malam. Dan dia akan mendengarnya. Dari situ juga dia dapat hafal ayat-ayat Al Quran.

IKLAN

3. Berjumpa Ibu Bapa Idola Remaja Cacat Penglihatan

Kami ke Kelantan berjumpa ibu bapa remaja cacat penglihatan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang juga johan qari Tilawah AL Quran peringkat negeri Kelantan 2017.

Bertanya bagaimana mereka mampu mendidik Qayyim menghafal Al Quran. Caranya dengan memainkan semula perakam suada dan dia akan hafal. Konsep yang sama kami terapkan pada Aqeel.

4. Ibu Bapa Ini Persiapkan Diri Setahun Belajar Al Quran Braille

Kami ikuti program Al Quran Braille di bawah kelolaan USIM selama setahun. Agar kami dapat persiapkan diri untuk mendidik Aqeel tentang Al Quran.

Kami juga membuat kempen CSR dengan orang ramai yang mahu menyumbang untuk mewakafkan Al Quran Braille untuk diinfaqkan kepada sekolah-sekolah pendidikan khas, murid cacar penglihatan.

5. Tak Pernah ‘Simpan’ Aqeel

Aqeel berhak nikmati kehidupannya. Biarpun dia anak istimewa tak bermakna Aqeel perlu ‘disimpan’ dalam rumah. Tak pernah sekalipun rasa malu bawa dia ke mana-mana.

IKLAN

Dia suka berenang, jiwanya tenang bila dekat dengan air. Aqeel juga ke PDK di Brickfield untuk belajar urus diri. Alhamdulillah, perubahannya positif.

6. Didik Anak-anak Lain Sayangi Aqeel

Aqeel anak kedua. Abang sulung, Ahmad Abqari, 8 dan anak ketiga, Aisyah Azzahra, 1 sayangi Aqeel. Abangnya tak pernah sekalipun memarahi Aqeel. Ajar tanggungjawab pada abang. Dari kecil dia dah bawa Aqeel ke taman permainan dan kenalkan dengan kawan-kawannya.

7. Aqeel Adalah Anugerah

Anak keduanya itu tak pernah dianggap beban bahkan satu anugerah dan membawa rezeki pada mereka.

“Kehadiran Aqeel membuatkan kami lebih redha dan lebih dekat dengan Allah SWT. Ibu bapa yang ada anak istimewa seperti kami, berusahalah untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita.”

IKLAN

“Yang penting, jangan pernah rasa malu dan sedih di atas kurniaan Allah itu. Berdampinglah dengan rakan-rakan yang dapat memberikan sokongan kepada kita.

Mata Kanan Tiada Bebola, Belah Kiri Mata Semua Putih, Disahkan Pula Mild Autisme Ajaibnya Anak Ini, Mampu Hafal Surah Seawal Usia 3 tahun

Pernah Alami Kesedihan, Turning Point Ini Buat Mereka Bangkit

“Satu ‘turning point’ selepas berjumpa seorang kaunselor (kini pegawai khas Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Mohd Hafiz Halim”

Dia jemput saya dan isteri ke rumahnya dan melihat sendiri kehidupannya. Yang juga cacat penglihatan. Jemputan itu membuka mata dan minda saya.”

Saya yakin Aqeel mampu hidup normal seperti orang lain. Isteri Encik Hafiz sendiri pun cacat penglihatan tapi kehidupan mereka sempurna. Dapat pula membesarkan 4 orang anak normal dengan baik sekali.

VIDEO : Aqeel Dapat Menyambung Bacaan Surah Dengan Baik

Foto: Ahmad Shahir Osman
Video : Youtube Dengan Kebenaran Ibu Bapa Aqeel

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI