
Pengacara dan personaliti media sosial RARETV, Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA, meninggal dunia di Muscat, Oman pada Khamis selepas menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru.
Akhmal Asyraf Hembus Nafas Terakhir Di Oman

Menurut sumber berita, Akhmal menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.58 petang waktu Oman, selepas waktu Maghrib.
Berita pemergian Allahyarham disahkan keluarganya menerusi hantaran di platform Threads, sebelum turut dikongsikan rakan rapatnya, Saiful Nang.

Sekitar jam 8 malam, Saiful Nang memaklumkan bahawa Najihah, isteri Akhmal Asyraf (pengacara RARETV), bakal berangkat ke Muscat untuk menemani suaminya yang kritikal akibat jangkitan paru-paru. Tulisnya,
“Tak apa, kita dah terbangkan Jiha siap Intan escort sekali. Jangan bangun dulu, nanti Jiha sampai, kau surprise dia. Masa itu kau bangun. Jantung kau jadi macam kuda, BP terus normal, paru-paru terus clear dari pneumonia. Aku standby nak buat video.

“Video yang aku percaya, aku akan tengok pun aku banjir. Aku harap kau baca Thread aku walaupun kau dalam alam tidur. So. kau akan catch up with the plan.”
Namun takdir Allah, belum sempat Najihah tiba, kira-kira tiga jam kemudian, khabar duka tiba – Akhmal Asyraf telah menghembuskan nafas terakhirnya.
Hasrat Isteri Nak Temani Suami Di Saat Akhir Tidak Kesampaian

Hasrat seorang isteri untuk berada di sisi suaminya pada saat-saat terakhir itu tidak kesampaian.
Tular juga satu posting daripada arwah Akhmal Asyraf tentang dirinya dengan Negara Oman, tulisnya:
“Hari ini cuba mencari jalan untuk masuk ke Oman. Ingin mencari jalan laluan darat dari Sharjah ke Muscat. Ada sesiapa tahu tips untuk kami dapatkan bas ke Oman dari Sharjah?
Anda mungkin berminat dengan
“Saya dan Oman berjodoh sudah. Asal Ramadan mesti muka ni yang ada di Oman. Macam ada satu rahsia Allah nak khabarkan ini.”
Tanpa diduga, rupanya arwah ‘pergi’ di bumi Oman. Itulah rahsia Allah yang menjadi satu petanda buat arwah. Ada personaliti yang istimewa dalam diri arwah, walaupun ramai tidak pernah kenal secara peribadi, cara beliau menyapa di ruangan komen pun sudah cukup tunjukkan beliau seorang insan yang baik dan rendah diri.
Ya Allah, terimalah kembalinya hamba-Mu Akhmal Asyraf dengan sebaik-baik penerimaan. Ampunkan dosanya, luaskan kuburnya, dan tempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman. Cucuri rahmat ke atas rohnya. Jaga dan tenangkan hati keluarganya.
Al-Fatihah.

download sekarang!

