Ads

Meninggal Dunia Selepas Menjadi Imam Maghrib, Anak Perempuan Arwah Kongsi Cerita Sebelum Kejadian

Menjadi Imam
Menjadi Imam

Satu pengakhiran hidup yang cukup dicemburui ramai, sempat menjadi imam waktu maghrib dan kemudian bapa kepada lima anak, Allahyarham Norhan Abu Bakar, disahkan meninggal dunia akibat asma kira-kira jam 8.20 malam pada Jumaat lalu.

Meninggal Dunia Selepas Menjadi Imam Maghrib

Meninggal Dunia Selepas Menjadi Imam Maghrib, Anak Perempuan Arwah Kongsi Cerita Sebelum Kejadian

Kisah pemergian Allahyarham Norhan dikongsi anak keduanya, Najiea Naiela Norhan, 30, di media sosial dengan rata-rata warganet menitipkan buat keluarga dengan menyifatkannya kematian dicemburui.

Menceritakan kisah memilukan itu, Najiea Naiela berkata, pada hari kejadian, bapa bersama ibu, Rohani Abu Bakar, 53, tiga adik dan ipar mengikuti rombongan ke Pulau Pinang dari Kuala Nerang, Kedah.

Menurut Najiea Naiela, dia dan abang sulungnya, Najmu Shahir Norhan, 32, tidak ikut sama kerana anak bersekolah.

“Arwah nak sangat pergi kerana katanya sudah lama tak ke Padang Kota, Pulau Pinang… abah teruja sampai tak tidur kerana bertolak dari rumah jam 6.30 pagi.

“Waktu di sana, saya dimaklumkan abah sihat malah makan banyak. Saya sempat berhubung dengannya jam 6.48 petang hari kejadian sebelum masuk waktu Maghrib.

Ads

“Cuma, kami bersembang tak lama dan dalam jam 7.35 malam, saya terima panggilan daripada adik abah pengsan. Sebaik dapat berita itu, saya dan suami bersama anak ke Pulau Pinang,” katanya.

Anak Perempuan Arwah Kongsi Cerita Sebelum Kejadian

Meninggal Dunia Selepas Menjadi Imam Maghrib, Anak Perempuan Arwah Kongsi Cerita Sebelum Kejadian

Menurut Najiea Naiela, sebelum meninggal dunia, bapanya tidak mengadu sakit atau mengeluh keletihan kerana berjalan.

Sebaliknya, Najiea Naiela berkata, dia diberitahu ibu dan adik bapanya cergas malah berseloroh dalam bas persiaran.

Ads

“Cuma sebelum solat, abah bentang dua sejadah iaitu untuk dirinya dan adik ipar. Rakaat pertama tiada masalah…tapi masuk rakaat kedua iaitu ketika bacaan surah al-Fatihah, suara tersekat-sekat.

“Kemudian abah berundur keluar dari saf dan adik ipar ganti sebagai imam. Selesai solat, adik ipar nampak abah duduk di kerusi. Wajahnya nampak kebiruan dan selepas itu, abah rebah.

“Difahamkan ada pembantu pegawai perubatan di surau cuba memberi bantuan pernafasan namun abah tak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di dalam ambulans iaitu ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang,” katanya yang mengakui tidak nampak petanda bapanya akan meninggal dunia walaupun ada masalah asma.

Meninggal Dunia Selepas Menjadi Imam Maghrib, Anak Perempuan Arwah Kongsi Cerita Sebelum Kejadian

Sebagai anak, Najiea Naiela mengakui sedih pemergian bapa yang sering jadi sandaran untuknya berkongsi curahan hati.

Ads

Lebih menyedihkan kerana dia tidak dapat menghabiskan masa bersama buat kali terakhir dan hanya sempat bersua seminggu sebelum bapanya meninggal dunia.

Anda mungkin berminat dengan

Meninggal Dunia Selepas Menjadi Imam Maghrib, Anak Perempuan Arwah Kongsi Cerita Sebelum Kejadian

“Nak kata rapat, abah layan semua anak sama rata malah tak berkira, sangat mendahulukan anak dan suka melawak.

“Tapi kami sekeluarga memang terasa kehilangan kerana banyak memori dicipta bersama dan tak lama lagi pun nak menyambut Ramadan.

“Apa pun, saya reda kerana Allah SWT ambil abah pada hari baik iaitu penghulu hari dan mudah urusan terakhirnya. Saya pasti itu yang abah harapkan kerana di kampung pun, abah pegang jawatan pengerusi surau,” luahnya sedih.

Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Nika Linz Harris

Nika Linz Harris Ungguli Mrs International Global 2026, Ternyata Status Perkahwinan...

Bangga dengan kejayaan Nika Linz Harris, ternyata status perkahwinan dan pertambahan usia bukan halangan untuk setiap orang mengejar impian, mengembangkan potensi diri serta menyumbang kepada masyarakat.