Ads

Baru Enam Hari Diijabkabulkan, Suami Dijemput Ilahi Waktu Keluar Beli Makanan

Diijabkabulkan
Diijabkabulkan

Baharu enam hari diijabkabulkan, suami tersayang dijemput Ilahi. Tidak layak untuk mengatakan perkataan ‘sabar’ atas ujian yang  menimpa, cuma beberapa hari sempat mendengar perkataan ‘sayang’ daripada mulut suami.

Baru Enam Hari Diijabkabulkan

Baru Enam Hari Diijabkabulkan, Suami Dijemput Ilahi Waktu Keluar Beli Makanan

Meskipun pahit, kenyataan itu perlu diterima Nur Nasywani Mohd Romzi, 25, dengan reda selepas melihat sekujur jasad suaminya, Allahyarham Muhammad Firdaus Norasmahisham, 28, dalam keadaan tidak bernyawa selepas terbabit kemalangan pada awal pagi 15 November lalu.

Berkongsi kisah memilukan itu, Nur Nasywani yang bekerja sebagai pembantu klinik berkata, dia dan Allahyarham suami bertolak dari rumah di Taman Medan, di sini, ke Port Dickson, Negeri Sembilan pada 14 November lalu dan sampai ke destinasi dituju kira-kira jam 10 malam.

Suami Dijemput Ilahi Waktu Keluar Beli Makanan

Baru Enam Hari Diijabkabulkan, Suami Dijemput Ilahi Waktu Keluar Beli Makanan

“Setibanya di sana, arwah suami mengajak saya keluar ke tapak acara bersama rakannya, namun saya menolak ajakan itu kerana terlalu penat dan ingin berehat di inap desa.

“Sekitar jam 12 malam, arwah keluar untuk mencari alat ganti motosikal sebelum pulang semula ke inap desa.

“Dia kemudian keluar sekali lagi kira-kira jam 3 pagi bersama anak kawan saya untuk pergi makan masakan panas.

“Tak lama kemudian, saya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan bahawa suami terbabit kemalangan.

“Apa yang lebih menyayatkan hati, saya dapat dengar orang di tempat kejadian membantu suami mengucapkan kalimah syahadah,” katanya.

Baru Enam Hari Diijabkabulkan, Suami Dijemput Ilahi Waktu Keluar Beli Makanan

Ads

Menurutnya, tanpa berlengah, dia terus bergegas ke tempat kejadian dan cuba mengejutkan suaminya untuk bangun sebaik tiba di lokasi.

“Saya panggil dan cuba menyedarkan suami, tetapi arwah langsung tidak memberikan sebarang respons.

“Ketika itu saya masih berharap arwah akan membuka mata dan bangun, namun ambulans tiba dan mengesahkan bahawa arwah sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika itu apabila lelaki yang beberapa jam sebelumnya masih ada bersama saya, memanggil saya ‘sayang’ dan baru enam hari menjadi suami akhirnya pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.

“Saya tak pernah menyangka perjalanan kami ke Port Dickson menjadi kenangan terakhir bersama kerana banyak lagi impian dan perancangan yang belum sempat kami realisasikan,” katanya yang berasal dari Tumpat, Kelantan.

Baru Enam Hari Diijabkabulkan, Suami Dijemput Ilahi Waktu Keluar Beli Makanan

Ads

Mengimbas kenangan bersama, Nur Nasywani yang juga anak sulung daripada enam beradik berkata, dia berkawan dengan suami selama tiga bulan sebelum bercinta dan mengikat tali pertunangan pada 23 Mac lalu.

Katanya, hubungan mereka mendapat restu kedua-dua belah keluarga sebelum sepakat mendirikan rumah tangga pada 9 November lalu.

“Saya memilih tarikh itu (9 November) bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah kerana mahu ia jadi hari yang paling bermakna buat kami berdua.

“Pada hari perkahwinan, saya berasa seperti menjadi wanita paling bahagia dalam hidup kerana hari dinantikan tiba dan insan tersayang sah bergelar suami.

“Majlis kenduri kami sangat meriah dengan kehadiran saudara-mara dan rakan, malah saya masih ingat suasana pada hari itu penuh dengan kegembiraan, senyuman dan doa daripada orang sekeliling.

“Jadi, tak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa tarikh yang sepatutnya menjadi detik paling bahagia dalam hidup kami akhirnya menjadi satu kenangan yang akan saya rindui sepanjang hayat,” katanya.

Ads

Baru Enam Hari Diijabkabulkan, Suami Dijemput Ilahi Waktu Keluar Beli Makanan

Anda mungkin berminat dengan

Nur Nasywani mengakui masih mengumpul kekuatan kerana bukan mudah untuk menerima hakikat dan meneruskan hidup tanpa suami.

“Dunia saya terasa gelap waktu dapat tahu suami tiada kerana baru sahaja merasai kebahagiaan sebagai isteri, namun semuanya berubah dalam sekelip mata.

“Ada hari saya kuat, ada hari saya kembali menangis apabila terkenangkan suami dan perkara yang paling saya rindukan tentang arwah ialah gelak tawanya.

“Di sebalik kesedihan itu, saya bersyukur kerana tidak berseorangan kerana Allah SWT hadirkan keluarga, saudara-mara dan rakan yang tidak pernah putus menghubungi serta banyak memberikan kata semangat.

Dalam emosi sedih, dia berdoa, semoga Allah SWT melapangkan kubur suaminya, mengampunkan segala dosanya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman.

Sesungguhnya, ajal dan maut merupakan ketentuan Allah SWT. Tiada siapa mampu menjangka bila masanya perpisahan itu akan berlaku.

Al Fatihah.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Gempa Bumi

10 Minit Selepas Gempa Bumi, Pembaca Berita Jepun Terus Lari Ke...

Bayangkan tengah lena tidur pukul 1 pagi, tiba-tiba telefon berbunyi amaran gegaran kuat petanda gempa bumi. Itulah yang berlaku pada 8 November 2026 lalu apabila gegaran bermagnitud 5.7 melanda kawasan barat Shizuoka dan Aichi di Jepun.