Ads

10 Minit Selepas Gempa Bumi, Pembaca Berita Jepun Terus Lari Ke Studio Demi Sampaikan Info Terkini

Gempa Bumi
Gempa Bumi

Bayangkan tengah lena tidur pukul 1 pagi, tiba-tiba telefon berbunyi amaran gegaran kuat petanda gempa bumi. Itulah yang berlaku pada 8 November 2026 lalu apabila gegaran bermagnitud 5.7 melanda kawasan barat Shizuoka dan Aichi di Jepun.

10 Minit Selepas Gempa Bumi

10 Minit Selepas Gempa Bumi, Pembaca Berita Jepun Terus Lari Ke Studio Demi Sampaikan Info Terkini

Hanya 10 minit selepas kejadian itu, pembaca berita NHK Nagano bernama Inai Kiyoka sudah terpacak di depan kamera. Dia langsung tidak sempat bersiap, malah muncul tanpa secalit mekap dengan rambut yang masih serabai.

Lengkap berkaca mata biasa dan hanya menyarung baju turtleneck biru, penampilannya jauh berbeza daripada sut formal yang selalu dipakai. Namun, nada suaranya kekal tenang dan sangat jelas ketika menyampaikan laporan terkini kepada orang ramai.

Ads

Pembaca Berita Jepun Terus Lari Ke Studio Demi Sampaikan Info Terkini

10 Minit Selepas Gempa Bumi, Pembaca Berita Jepun Terus Lari Ke Studio Demi Sampaikan Info Terkini

Menurut Inai, dia sebenarnya sedang berada di rumahnya di Nagano City ketika amaran kecemasan itu berbunyi. Tanpa berfikir panjang, dia terus bergegas keluar dan memecut ke studio demi menjalankan tugas.

Ads

Rakaman siaran langsung itu pantas tular di aplikasi X dan mendapat pujian melambung daripada warga maya Jepun. Ramai menyifatkan tindakannya sebagai lambang profesionalisme sebenar kerana sanggup mengutamakan keselamatan awam berbanding rupa paras.

Ads

10 Minit Selepas Gempa Bumi, Pembaca Berita Jepun Terus Lari Ke Studio Demi Sampaikan Info Terkini

Anda mungkin berminat dengan

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama dia bertindak pantas sebegitu kerana pernah melakukan hal sama ketika kejadian gegaran di Nagano pada bulan April lalu. Kisah ini membuktikan bahawa dalam situasi cemas, kepantasan dan ketepatan maklumat jauh lebih bernilai daripada penampilan di kaca televisyen.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

haliza maysuri

Haliza Maysuri Seram Kerap Didatangi Seekor Lalat & Belalang Hijau, “Duduk...

Haliza Maysuri berasa seram apabila kerap didatangi lalat dan belalang hijau di mana sahaja dia berada. Peliknya, serangga itu hanya muncul seekor pada satu-satu masa.