
Setiap wanita mempunyai keunikan tersendiri. Ada yang menyerlah melalui kelembutan, ada yang memikat dengan keyakinan, manakala ada juga yang menonjol menerusi keberanian mengekspresikan diri.
Keistimewaan inilah yang diterjemahkan oleh Eternity by Elfi menerusi koleksi terbaharunya, Her 4 Facets, yang membuat penampilan sulung di pentas peragaan Fashionably Modest Asia 2026 pada 14 November lalu.
Berlangsung di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur, kemunculan ini menandakan langkah baharu Eternity by Elfi, jenama barang kemas tempahan khas daripada Elfi Jewellery, dalam memperkenalkan kreativiti dan identiti rekaannya kepada khalayak industri fesyen.
Elfi Jewellery dan Eternity by Elfi turut menjadi Rakan Barang Kemas Rasmi Fashionably Modest Asia 2026.
Baca artikel: Mingguan Wanita Ketengahkan Inna Ddin Dan Jeff Yeong Di Fashionably Modest Asia 2026, Angkat Kreativiti Fesyen Wanita
Her 4 Facets, Empat Sisi Keunikan Setiap Wanita
Bertemakan Her 4 Facets, koleksi ini menampilkan lapan set barang kemas yang diinspirasikan daripada empat sisi keperibadian wanita, iaitu Grace, Allure, Power dan Vibrance.

Seperti batu permata yang mempunyai pelbagai faset untuk menyerlahkan keindahannya, setiap wanita juga mempunyai sisi tersendiri yang membentuk identiti dan personaliti mereka.
Grace melambangkan keanggunan, Allure menggambarkan daya tarikan, Power mewakili keyakinan, manakala Vibrance meraikan kebebasan mengekspresikan diri.
Menariknya, lapan set barang kemas ini turut merangkumi empat kategori acara dan gaya kehidupan, iaitu perkahwinan atau pengantin, ulang tahun dan majlis makan malam, penampilan formal atau eksekutif serta sambutan dan perayaan.
Kepelbagaian ini memperlihatkan bagaimana barang kemas bukan sekadar aksesori pelengkap penampilan, sebaliknya boleh menjadi sebahagian daripada momen dan kenangan penting dalam kehidupan seseorang.
Eternity by Elfi, Realisasikan Rekaan Mengikut Idea Pelanggan


Salah satu keistimewaan Eternity by Elfi ialah pendekatannya dalam menghasilkan barang kemas tempahan khas berdasarkan imaginasi pelanggan.
Menurut Pengarah Urusan dan Pengasas Elfi Jewellery, Mohd Nazrin Abdul Rahim, pelanggan boleh membawa gambar, lakaran atau sekadar idea untuk diterjemahkan menjadi rekaan barang kemas yang dihasilkan khusus buat mereka.
Pendekatan ini memberikan ruang kepada pelanggan untuk memiliki rekaan yang lebih peribadi, berbeza daripada pilihan sedia ada di pasaran.
Malah, pelanggan boleh memilih material seperti emas 10K hingga 22K atau platinum, selain pilihan batu seperti berlian lab-grown, moissanite dan batu permata lab-grown.
Harga bagi rekaan Eternity by Elfi bermula daripada RM3,000, berdasarkan spesifikasi asas 3 gram emas 10K bersama batu moissanite satu karat. Harga akhir bergantung pada reka bentuk yang dipilih.
Bagi pelanggan yang mempunyai idea tersendiri, perkhidmatan konsultasi rekaan turut disediakan bagi membincangkan konsep dan pilihan yang bersesuaian.
Hannah Delisha Turut Hadir, Serlahkan Keanggunan Rekaan Elfi Jewellery

Anda mungkin berminat dengan
Penampilan sulung Eternity by Elfi di Fashionably Modest Asia 2026 turut diserikan dengan kehadiran Hannah Delisha, yang telah menjadi duta Elfi Jewellery sejak tahun 2025.
Pemilihan Hannah sebagai duta jenama dibuat berdasarkan penampilannya yang anggun dan elegan, selari dengan karakter rekaan Elfi Jewellery.
Selain itu, daya tarikannya di layar turut membantu jenama berkenaan mendekati peminat daripada pelbagai generasi, termasuk golongan milenial dan Gen Z.
Kehadiran Hannah dalam acara tersebut turut memberi peluang kepada peminat untuk melihat hubungan antara dunia fesyen, gaya hidup dan seni rekaan barang kemas.
Ditubuhkan pada tahun 2014, Elfi Jewellery merupakan jenama barang kemas Malaysia yang turut dikenali menerusi rekaan cincin perak. Jenama ini mempunyai cawangan di Toppen Johor Bahru, IOI Mall Damansara, Central i-City dan Pavilion Bukit Jalil.
Menerusi kemunculan sulung Eternity by Elfi di Fashionably Modest Asia 2026, jenama ini bukan sahaja memperkenalkan koleksi baharu, malah membawa pendekatan yang lebih peribadi dalam dunia barang kemas.
Baca artikel: Fashionably Modest Asia 2026 Bakal Berlangsung 13-15 November, Himpunkan Pereka Fesyen Asia Tenggara

download sekarang!
