Ads

Hasil Sawah Padi Jadi Rezeki Keluarga, Wanita Besarkan 15 Orang Anak Serba Sederhana

sawah padi
sawah padi

Sawah padi jadi sumber rezeki wanita dan arwah suaminya membina keluarganya, mungkin tidak mewah tetapi cukup sampai akhirnya 12 orang anak berjaya masuk universiti.

Hasil Sawah Padi Jadi Rezeki Keluarga

Hasil Sawah Padi Jadi Rezeki Keluarga, Wanita Besarkan 15 Orang Anak Serba Sederhana

Yang Walad, 82, merupakan ibu kepada enam anak lelaki dan sembilan anak perempuan. Kehidupan keluarganya dulu cukup sederhana. Dia bekerja sebagai pesawah dan daripada rezeki itulah anak-anak dibesarkan.

Apa yang menarik, wanita kelahiran Kuala Kurau, Perak ini mencari makan dan membesarkan keluarga yang cukup besar. Pasangan ini akui, kehidupan mereka ketika itu sederhana.

Setiap kali turun ke sawah, ada satu benda yang tak pernah tinggal. Doa untuk anak.

“Hari-hari ke sawah, saya minta doa pada Allah beri rezeki bagi anak-anak berjaya. Niat saya itu saja.”

Apa yang ada, itulah rezeki keluarga. Tapi ada satu perkara yang dia dan suaminya cukup tekankan kepada anak-anak.

Ads

Belajar.

Dia tak mahu anak-anak melalui kesusahan sama seperti dirinya yang setiap hari perlu turun ke sawah mencari rezeki. Jadi walaupun duit tak banyak, pendidikan anak tetap menjadi keutamaan.

Usaha bertahun-tahun itu akhirnya membuahkan hasil. Daripada 15 orang anak, 12 berjaya melanjutkan pengajian ke universiti. Mereka kemudian membina kerjaya dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kejuruteraan dan perbankan.

Ketika suaminya meninggal akibat komplikasi kencing manis pada 2010, hampir semua anak mereka sudah berjaya menamatkan pengajian di universiti.

Ads

Wanita Besarkan 15 Orang Anak Serba Sederhana

Hasil Sawah Padi Jadi Rezeki Keluarga, Wanita Besarkan 15 Orang Anak Serba Sederhana

Pada usia 82 tahun, Yang Walad menerima Anugerah Keluarga Ammar bin Yasir atau Tokoh Keluarga Mithali sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak pada 2026.

Tapi kalau ditanya apa pencapaian paling besar seorang mak seperti ini, mungkin bukan anugerah yang diterima ketika usia sudah lebih 80 tahun.

Ads

Sebaliknya 15 orang anak yang pernah dibesarkan daripada hasil sawah. Mak ayah mungkin tak mampu tinggalkan tanah luas atau duit berjuta.

Anda mungkin berminat dengan

Hasil Sawah Padi Jadi Rezeki Keluarga, Wanita Besarkan 15 Orang Anak Serba Sederhana

 

Tetapi mereka berusaha supaya anak-anak mendapat sesuatu yang mereka sendiri tak pernah ada. Peluang untuk belajar dan mengubah kehidupan.

Kisah nenek kepada lebih 40 cucu ini boleh dijadikan inspirasi buat wanita yang besarkan anak tanpa suami, terus berusaha cari rezeki halal dan tidak lupa berdoa pada yang Maha Memberi.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Buang barang

Buang Barang Tak Guna Bantu Bebaskan Diri Daripada Stres, Jangan Sayang...

Jangan rasa sayang nak buang barang tak guna kalau anda suka rumah bersih dan tidak bersepah. Bila rumah bersepah, kita menjadi mudah stres.