Ads

Buang Barang Tak Guna Bantu Bebaskan Diri Daripada Stres, Jangan Sayang Kalau Nak Rumah Kemas!

Buang barang
Buang barang

Jangan rasa sayang nak buang barang tak guna kalau anda suka rumah bersih dan tidak bersepah. Bila rumah bersepah, kita menjadi mudah stres.

Tak semua barang yang diperlukan dan item tersebut boleh dikemas secara elok dan dibuang atau didermakan bagi mengelakkan memakan ruang rumah.

Kadang kala apabila tetamu datang, kita yang menanggung malu. Kalut nak kemas rumah yang akhirnya buat kita rasa stres berlipat ganda sebab buntu macam mana nak sorokkan barang-barang yang ada.

Buang Barang Tak Guna Bantu Bebaskan Diri Daripada Stres

Buang Barang Tak Guna Bantu Bebaskan Diri Daripada Stres, Jangan Sayang Kalau Nak Rumah Kemas!

1. Kaedah KonMari

Kaedah yang pernah dikongsikan oleh Marie Kondo dalam karya tulisannya, KonMari Clean-Up Method, Marie menggalakkan pembaca untuk membuang barangan yang tidak memberi kebahagiaan. Menurutnya, anda perlu mulakan dari bilik ke bilik dan fokus pada barangan mengikut susunan ini:

Pakaian
Buku
Kertas
Barangan biasa
Sentimental

Menurutnya juga, anda tidak perlu rasa bersalah jika tidak menyimpan hadiah:

“Tujuan sesuatu hadiah itu telah pun tercapai sebaik sahaja ia diberikan dan diterima.”

2. Kaedah ‘3 rumah’

Apa itu kaedah 3 rumah?

Kaedah 3 Homes membantu anda mengemas rumah melalui tiga soalan mudah untuk menentukan hala tuju setiap barang: sama ada ke ‘Rumah Harian’, ‘Rumah Musim’, atau ‘Rumah Keluar’. Teknik ini mengelakkan anda daripada sekadar mengalihkan barang dari satu sudut ke sudut lain. ‘Rumah’ dari konteks di sini ialah tempat tempat barang anda sepatutnya berada.

Tiga ‘destinasi’ tersebut merangkumi:

Rumah Harian: Tempat menyimpan barang guna harian yang wajib mudah dicapai dan disimpan kembali.

Rumah Musim: Tempat untuk barang yang masih berguna tetapi hanya dipakai pada waktu tertentu (contoh: perkhemahan atau pakaian musim dingin).

Ads

Rumah Keluar: Tempat transit barang yang ingin dilepaskan—sama ada untuk didermakan, dijual, atau dikitar semula.

Kaedah ini menekankan bahawa mengemas tidak bermakna anda perlu membuang segala-galanya. Sesetengah barang hanya memerlukan tempat simpanan yang lebih wajar, manakala yang lain memang patut dikeluarkan. Dengan destinasi yang jelas, proses mengemas menjadi jauh lebih teratur dan tenang.

Buang Barang Tak Guna Bantu Bebaskan Diri Daripada Stres, Jangan Sayang Kalau Nak Rumah Kemas!

3. Kaedah 12-12-12

Kaedah ini memerlukan anda memilih satu ruang dan menentukan 12 barangan untuk dibuang, 12 untuk didermakan, dan 12 lagi untuk diletakkan kembali di tempat asalnya.

Jika jumlah ini terasa terlalu banyak untuk dikendalikan dalam satu sesi mengemas, anda boleh mengurangkan bilangannya mengikut kemampuan anda.

4. Kaedah 5 Minit

Kaedah pengemasan 5 minit merupakan satu strategi pengurusan ruang yang berasaskan konsep kebiasaan mikro (micro-habits). Strategi ini berkesan bagi mengurangkan beban mental dan keletihan fizikal yang sering dikaitkan dengan aktiviti pengemasan berskala besar, seterusnya memastikan persekitaran rumah kekal teratur secara berperingkat.

Kaedah Mengemas 5 Minit ini membimbing anda kekal konsisten melalui langkah-langkah mudah:

Tetapkan Masa: Gunakan timer selama 5 minit sahaja setiap hari.

Ads

Fokus Satu Ruang Kategori: Tumpukan pada satu sudut kecil (contoh: kaunter dapur, rak kasut, atau beg tangan).

Tindak Balas Pantas: Buang sampah, letakkan barang di tempat asal, atau asingkan barangan yang tidak lagi digunakan.

Henti Apabila Masa Tamat: Sebaik sahaja loceng berbunyi, berhenti mengemas untuk elak rasa penat.

Matlamat utamanya bukanlah untuk mengemas keseluruhan rumah dalam satu hari, tetapi untuk membina tabiat mengemas secara berterusan tanpa rasa tertekan.

Jangan Sayang Kalau Nak Rumah Kemas!

Buang Barang Tak Guna Bantu Bebaskan Diri Daripada Stres, Jangan Sayang Kalau Nak Rumah Kemas!

Mulakan dengan barang-barang kecil yang tidak berguna seperti resit, kotak, packaging barang pembelian, dan seumpama dengannya.

One In, One Out. Mulakan membuang barang lama selepas anda membeli barang baharu. Beli barang baru, buang satu barang lama.
Berhenti membeli barang yang tidak diperlukan.

Jika mengemas rumah, berhenti membeli barang baru untuk dekorasi rumah anda. Tong sampah lama masih elok tak perlu buang dan beli yang baharu bagi mengelakkan pembaziran.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Move on. Jangan sayang barang yang tak digunakan. Tak usah dikenang barang yang lama.

Kenal Pasti Barang Yang Worth Disimpan

Buang Barang Tak Guna Bantu Bebaskan Diri Daripada Stres, Jangan Sayang Kalau Nak Rumah Kemas!

Bagaimana Nak Tahu Barang Tu Worth It Untuk Disimpan?

Kriteria Barang Yang Berbaloi Disimpan (Worth Keeping):

Guna Harian: Barang yang kerap dipakai dalam tempoh 1–3 bulan lepas.

Penting & Khusus: Barang yang spesifik untuk situasi tertentu (contoh: perkakas pertukangan, kit perkhemahan).

Kenangan Benar: Barang yang membawa kegembiraan murni, bukan sebab rasa bersalah pada pemberi.

Kondisi Elok: Masih boleh berfungsi dengan baik tanpa memerlukan kos pembaikan yang tinggi. Selain itu, buang makanan-makanan yang dah basi dari peti sejuk anda.

Buang barang yang tidak perlu ini bukan sahaja membersihkan ruang di rumah, malah akan membersihkan ruang di minda anda. Rumah bersih, minda tenang.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

dicekup khalwat

Wanita Dalam Edah Dicekup Khalwat Bersama Duda di Kluang, Beri Alasan...

Seorang wanita yang masih dalam tempoh edah penceraian ditahan bersama seorang duda selepas didapati berkhalwat di sebuah bilik sewa rumah kedai di sini dalam serbuan penguatkuasa JAINJ pada awal pagi semalam.