Ads

Haliza Maysuri Seram Kerap Didatangi Seekor Lalat & Belalang Hijau, “Duduk Diam Macam Tengah Tenung Saya…”

haliza maysuri

Haliza Maysuri seram kerap didatangi seekor lalat & belalang hijau, “duduk diam macam tengah tenung saya…

Pengasas jenama tudung mewah Bawal Exclusive, Haliza Maysuri meluahkan rasa seram apabila kerap didatangi seekor lalat atau belalang hijau ke mana sahaja dia pergi termasuk semasa menginap di tingkat paling atas hotel.

Menerusi satu hantaran video di platform Threads, usahawan jutawan itu memperlihatkan kelibat seekor belalang hijau yang berada di ruangan luar tingkap hotel di aras tertinggi ketika berkongsi pengalaman pelik tersebut.

Haliza Maysuri Seram Kerap Didatangi Seekor Lalat & Belalang Hijau
haliza maysuri
“Yang buat saya rasa seram, dia tak buat apa-apa pun. Duduk diam je, macam tengah tenung saya. Setiap kali nampak, automatik badan saya meremang, hati rasa tak sedap,”Haliza Maysuri

Menurutnya, serangga berkenaan tidak hanya muncul di hotel malah sentiasa mengekorinya termasuk ke butik, rumah dan ruang dapur.

“Saya pun tak tahulah kenapa. Ke mana saja saya pergi, mesti ada seekor lalat atau belalang hijau. Duduk hotel tingkat paling atas pun ada.

Ads
haliza maysuri
Inilah belalang hijau yang muncul di tingkap hotel pada kedudukan tingkat tinggi selain kerap muncul dan mengekori ke mana pergerakan Haliza Maysuri sehingga menimbulkan rasa seram di hatinya.

“Yang buat saya rasa seram, dia tak buat apa-apa pun. Duduk diam je, macam tengah tenung saya. Setiap kali nampak, automatik badan saya meremang, hati rasa tak sedap,” kongsinya.

Pengasas rangkaian Telekung Haliza Maysuri itu berkata, keadaan menjadi semakin pelik apabila dua jenis serangga ini sering muncul seekor sahaja  pada satu-satu masa dan sukar dihentikan.

Ads

“Kadang-kadang lalat tu dah saya bunuh. Tak lama lepas tu muncul pula seekor lagi. Pergi butik ada, balik rumah ada, masuk dapur pun ada. Tak kira siang atau tengah malam. Peliknya, mesti seekor je,” katanya.

 

View on Threads

 

Ads

Dalam pada itu, usahawan wanita turut bertanya pendapat orang ramai  sekiranya mereka mempunyai pengalaman serupa dengan apa dilaluinya kini. Bahkan dirinya turut  meminta pandangan  punca binatang ini hadir serta cara menghalau lalat dan belalang hijau tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing di ruangan komen.

Sebilangan pengguna media sosial mengaitkan kemunculan serangga secara berulang di ruang tertutup dan bertingkat tinggi itu dengan unsur sihir atau gangguan makhluk halus, di samping menasihatkan beliau supaya memperbanyakkan amalan pendinding diri.

haliza maysuri
Ada berkongsi pengalaman sama iaitu didatangi lalat yang mana kemudiannya mereka disihir. Komen dari threads @halizamaysuri
haliza maysuri
Ramai menyifatkan kehadiran lalat atau belalang adalah berkaitan unsur sihir di mana binatang ini menjadi CCTV. Komen netizen dari threads @halizamaysuri

Untuk rekod, Haliza bersama suaminya, Mohd Rosli Awang, memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di pasar malam dan sebuah kedai kecil di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) pada tahun 1998 sebelum Bawal Exclusive dikenali sebagai rakan penjenamaan dan pemborong kristal Swarovski terbesar di dunia dengan penghasilan tudung tempahan khas bernilai sehingga ratusan ribu ringgit.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

C by camel active

C by camel active Kini Dibuka di Melaka, Tampilkan Koleksi Fesyen...

C by camel active membuka concept store baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka, menawarkan koleksi kasut, beg dan aksesori untuk gaya kasual harian.