Ads

Nika Linz Harris Ungguli Mrs International Global 2026, Ternyata Status Perkahwinan Dan Usia Bukan Halangan Untuk Kejar Impian

Nika Linz Harris
Nika Linz Harris

Bangga dengan kejayaan Nika Linz Harris, ternyata status perkahwinan dan pertambahan usia bukan halangan untuk setiap orang mengejar impian, mengembangkan potensi diri serta menyumbang kepada masyarakat.

Nika Linz Harris Ungguli Mrs International Global 2026

Nika Linz Harris Ungguli Mrs International Global 2026, Ternyata Status Perkahwinan Dan Usia Bukan Halangan Untuk Kejar Impian

Mereka juga perlu diberi peluang untuk mengenali potensi diri, memperluas jaringan dan membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Hal ini turut diterapkan menerusi penganjuran Mrs International Global 2026 di ibu negara baru-baru ini.

Menghimpunkan lebih 30 peserta dari lebih 15 negara, pertandingan berkenaan bukan sekadar mengangkat kecantikan luaran, sebaliknya menyediakan pentas antarabangsa untuk wanita berkahwin menampilkan bakat, berkongsi pengalaman hidup dan membina keyakinan diri.

Ternyata Status Perkahwinan Dan Usia Bukan Halangan Untuk Kejar Impian

Nika Linz Harris Ungguli Mrs International Global 2026, Ternyata Status Perkahwinan Dan Usia Bukan Halangan Untuk Kejar Impian

Ads

Menurut pengasasnya, Sharon Too, Mrs International Global memperkenalkan tanda dagangannya pada 2016 dengan misi memperkasa wanita menerusi slogan ‘Be Brave, Stop Bullying’ (Berani dan Hentikan Buli).

“Usaha itu membawa mesej bahawa wanita tidak seharusnya dibataskan oleh tanggapan masyarakat terhadap peranan mereka selepas berkahwin, termasuk anggapan bahawa tanggungjawab terhadap keluarga perlu mengatasi cita-cita dan pembangunan diri.

“Sebaliknya, wanita yang sudah berkeluarga tetap mempunyai ruang untuk meneroka kebolehan, membina kerjaya dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan tanpa perlu mengetepikan identiti serta aspirasi peribadi,” katanya lagi.

Nika Linz Harris Ungguli Mrs International Global 2026, Ternyata Status Perkahwinan Dan Usia Bukan Halangan Untuk Kejar Impian

Ads

Begitulah yang sepatutnya ada jiwa seorang wanita, terus bangkit kejar impian tanpa endahkan apa yang bakal menyinggah. Usia atau status perkahwinan bukan halangan dan anda patut pastikan berjaya ‘memeluk’ kejayaan walau masa terus berjalan.

Semoga semua wanita mampu menjadi wanita hebat dan buat anda yang masih kurang yakin, mungkin sertai bengkel Wanita Mula Semula:

Setiap wanita berhak untuk mula semula!

Nika Linz Harris Ungguli Mrs International Global 2026, Ternyata Status Perkahwinan Dan Usia Bukan Halangan Untuk Kejar Impian
WANITA MULA SEMULA

Jom bersama Mingguan Wanita dalam acara yang menghimpunkan bengkel percuma, sesi sembang hati ke hati, dan bazar komuniti. Singgah membeli-belah dari usahawati tempatan kita!

Ads

📅 Sabtu, 5 Dis 2026 | 9 pagi–5 petang
📍 Jalan Negara Kita, Taman Melawati, KL

Anda mungkin berminat dengan

Pengisian Acara

9.30 pagi | Bina Kembali Kewangan Kita
Bersama Jaymee Chan dari Ibupreneur

11.30 pagi | Bangkit Urus Mental Emosi
Bersama kaunselor Sabrina Sivajothi

2 petang | Wanita Milenial Mula Semula
Perbualan jujur tentang perjalanan wanita milenial memulakan semula hidup, membina identiti dan diri, kerjaya serta cabaran ibu tunggal, bersama personaliti Syafa Nisa dan Wani Ardy.

Jom, meriahkan!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Maggi Wanita Cukup Berani

Kenali Lima Wanita Cukup Berani MAGGI® Musim 4, Masing-Masing Ada Impian...

Kemahiran menghias kek memerlukan latihan berterusan sehingga seseorang mahir menghasilkan dekorasi mengikut kreativiti sendiri. Itulah perjalanan Anita Othman, pembuat kek dari rumah di Selangor...