
Kemahiran menghias kek memerlukan latihan berterusan sehingga seseorang mahir menghasilkan dekorasi mengikut kreativiti sendiri. Itulah perjalanan Anita Othman, pembuat kek dari rumah di Selangor yang menjadi antara lima peserta terpilih Program MAGGI® Wanita Cukup Berani (WCB) Musim 4.
Menerusi program ini, MAGGI® membantu wanita mengembangkan idea perniagaan berasaskan makanan. Sebelum dipilih sebagai peserta terbaik, mereka mengikuti empat modul pembelajaran dalam talian merangkumi entrepreneurial mindset, confident communication, digital strategy serta nutrition and food safety.
Modul ini turut dibuka kepada wanita lain yang berminat untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang perniagaan makanan.
Pengalaman mengusahakan tempahan kek dan biskut premium dari rumah membuka ruang untuk Anita melihat potensi lebih besar dalam bidang bakeri. Dia bukan sahaja mahu mengembangkan tempahan sedia ada malah bercita-cita membina pusat pembelajaran bakeri bagi membantu pembuat kek dari rumah, suri rumah dan ibu tunggal menjadikan kemahiran sebagai sumber pendapatan.
Menerusi bimbingan MAGGI®, Anita berpeluang memahami cara mengembangkan kemahirannya menjadi perniagaan lebih tersusun termasuk dari segi kos, sasaran pelanggan dan pengurusan operasi.
Baca Artikel: Buat Sendiri Kerabu Maggi Thai, Resipi ‘Mengidam’ Khairul Aming, Kecur Air Liur!
Lima Wanita, Lima Impian Besar Bersama MAGGI®

Selain Anita, empat lagi peserta terpilih mempunyai latar belakang dan impian perniagaan tersendiri.
Nur Hidayah Abdul Halim dari Marang, Terengganu, mengusahakan restoran ikan bakar dan lauk berkuah. Dia mahu menawarkan pakej makanan kepada pengunjung serta tetamu homestay sekitar kawasan tersebut.
Sarina Mohd Som dari Kuala Lumpur mengusahakan Kacang Goreng Ketagih, gabungan kacang, ikan bilis dan daun limau purut. Dia mahu melihat produknya dipasarkan di kedai seluruh Malaysia.
Bagi Noorfaizah Mohamad Aziat dari Teluk Panglima Garang, peningkatan kos bahan mentah dan tekanan memenuhi tempahan menjadi cabaran. Dia berharap dapat memiliki dapur pusat sendiri sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada wanita lain.
Sementara itu, Nur Izza Azhar yang berniaga di Lembah Klang masih menguruskan hampir semua perkara sendiri. Daripada membakar hingga membungkus produk. Dia mahu membina perniagaan lebih tersusun dengan pasukan berkemahiran dan sistem kerja yang jelas.
MAGGI® Bantu Wanita Kembangkan Perniagaan Melalui Latihan Praktikal

Menerusi Program MAGGI® Wanita Cukup Berani, peserta mengikuti lapan peringkat pembelajaran untuk memperkukuh kemahiran dan mengembangkan perniagaan. Empat peringkat awal merangkumi penetapan sasaran 90 hari, penilaian menu dan keselamatan makanan, pengiraan kos serta penetapan harga selain bimbingan memperbaiki aliran kerja di dapur.
Empat peringkat seterusnya merangkumi ujian produk di pasaran, pembentangan perniagaan selama 60 saat, tindakan susulan dengan bakal pelanggan dan penghasilan kandungan promosi.
Pengarah Eksekutif Perniagaan MAGGI Malaysia, Ivy Tan berkata, gabungan kemahiran, rangkaian sokongan dan peluang pasaran penting untuk membantu wanita mengembangkan potensi.
“Pemerkasaan ekonomi wanita berkesan apabila kemahiran, rangkaian sokongan dan peluang pasaran digabungkan. Program MAGGI Wanita Cukup Berani menyediakan ketiga-tiganya melalui latihan praktikal. Wanita bukan sekadar belajar menjana pendapatan dengan mendengar tetapi dengan mengira kos produk sendiri, bertemu pelanggan dan membuat pembentangan perniagaan.”
Setiap pemenang turut menerima geran perniagaan RM5,000 daripada MAGGI® bagi membantu mengembangkan perniagaan termasuk meningkatkan pengeluaran, memperkenalkan produk baharu atau memperkukuh penjenamaan dan pemasaran. Penggunaan dana dibincangkan bersama mentor supaya peserta dapat membuat keputusan dengan lebih strategik.
Anne Idris, mentor yang telah empat kali menyertai program ini, berkata bimbingan secara langsung ketika peserta mengira kos produk atau menjalankan kerja di dapur membantu membentuk tabiat kerja yang lebih baik.
Anda mungkin berminat dengan
Modul Dalam Talian MAGGI® Buka Peluang Kepada Lebih Ramai Wanita

Peluang pembelajaran ini bukan hanya untuk lima peserta Top 5. Wanita lain yang mempunyai idea perniagaan berasaskan makanan juga boleh mengikuti modul dalam talian MAGGI® mengikut kesesuaian masa, sekali gus mendapatkan pendedahan awal tentang keusahawanan.

Inisiatif ini mencerminkan usaha MAGGI® membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk mengembangkan potensi melalui bidang makanan dan keusahawanan.
Wanita yang berminat boleh melayari laman rasmi MAGGI® Wanita Cukup Berani Musim 4 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar modul pembelajaran dalam talian.

download sekarang!
