Akak pandan diangkat Ibu Inspirasi, mahu wanita  menyapu air mata & tak berputus asa dengan ujian. Kisah akak pandan, Puan Kamariah Md Yatim, 64 tahun sememangnya penuh inspirasi kepada wanita lain.

Tekad dan kekuatan dalaman diri mengajarnya untuk bangkit dan menyapu air mata demi menyuap nasi ke mulut seorang demi seorang anaknya seramai 8 orang yang masih kecil ketika dirinya ditinggalkan suami pada usia 37 tahun.

Apa yang ada padanya ketika itu hanyalah kurdat semata-mata. Tiada pendidikan, tiada harta walau sesen di tangan. Harta yang ada pada dirinya ketika itu anak seramai 8 orang. Yang  paling bongsu masih terlalu kecil dan sering menyebut “mak nak atan (makan) mak, mak apar cucu mak (mak lapar susu).

Akak Pandan Diangkat Ibu Inspirasi

Dalam  Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona dibawakan oleh Al Kauthar Eduqids diserikan oleh Sabihah Gold yang dihadiri oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, segala kepayahan dirinya berbalas apabila diangkat sebagai Ibu Inspirasi  dalam majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur baru ini.

Akak Pandan Diangkat Ibu Inspirasi, Mahu Wanita Menyapu Air Mata & Tak Berputus Asa Dengan Ujian
Puan Kamariah Md Yatim menerima anugerah dari Sultanah Nur Zahirah.Turut sama di atas pentas Editor Pengurusan KIffy Razak dan anak puan Kamariah, Ikin

Mahu Wanita Menyapu Air Mata & Tak Berputus Asa Dengan Ujian

Dalam satu temubual selepas menerima anugerah dari Sultanah Nur Zahirah, Puan Kamariah atau sangat dikenali sebagai Akak Pandan berkata, seumur hidupnya sama sekali tidak menyangka akan menerima anugerah dari Sultanah Nur Zahirah.

“Akak rasa terlalu gembira. Rasa malam nie seolah akak yang punya. Berbalas dengan segala pengorbanan akak buat untuk besarkan anak-anak dan beri mereka pendidikan,”katanya yang tersenyum manis.

Walau sudah merasai senang dalam hidup selepas anak-anak besar dan berjaya dalam kehidupan masing-masing, jelas Puan Kamariah ia tidak mengubah apa-apa.

IKLAN

“Cukuplah rumah sedia ada yang akak rasa selesa nak menginap. Tak ada nak besarkan rumah. Saya rasa cukup selesa dengan kehidupan sederhana,” katanya yang turut menitipkan pesanan buat wanita yang diuji dalam kehidupan.

“Pandanglah diri akak, jangan putus asa dengan kehidupan. Kena kuat demi besarkan anak-anak. Jadi wanita yang kuat demi anak-anak. Insya Allah dengan pendidikan anak-anak, nasib akan berubah. Akak rasa bangga dengan diri akak sendiri,”katanya yang mahu wanita menyapu air mata dan menjadi kuat demi besarkan anak-anak.

Akak Pandan Diangkat Ibu Inspirasi, Mahu Wanita Menyapu Air Mata & Tak Berputus Asa Dengan Ujian

Sememangnya kisah akak Pandan ini cukup memberikan inspirasi buat ibu-ibu di luar sana.

IKLAN

Hampir pernah meracun anak-anaknya kerana tak tahan dengan ujian tetapi Allah masih sayangkan hambaNya kerana perbuatanya itu dilihat oleh ibunya yang menepis tangannya dari menuang racun ke bubur yang sedang ditanak.

Pernah mendiami rumah beratapkan langit, pintu hanya dibuat dari zink, mandi hanya air paya, meredah laut mencari siput sedut, meranduk paya demi mencari kangkung serta bermacam-macam pekerjaan dilakukan.

Semuanya demi mendapatkan RM30 sehari dan RM20 diberikan kepada anak-anak yang sedang belajar ketika itu. Dengan wang sekitar RM10 itulah dirinya membeli sedikit beras (dijadikan bubur agar ramai boleh makan) serta keperluan lain. Menanam pandan namun tidak tahu hendak dipasarkan ke mana, diberi kemudahan pinjaman duit dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terus mengubah nasibnya ke hari ini kerana tanaman pandannya menjadi dan dibeli oleh banyak syarikat.

Tetapi hari ini, segala pengorbanannya berbaloi dan menjadi inspirasi buat wanita di luar sana walau tidak berpelajaran tinggi.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Penghargaan Buat Wanita Di Malam Ibu Inspirasi Mingguan Wanita & NONA. 12 Wanita Bukti Kuasa Wanita Dalam Pelbagai Aspek Kehidupan

Penamat K-Drama Dr Cha Buat Ramai Terinspirasi, Bahagialah IKUT CARA KITA. Ia Tidak Ditentukan Orang Lain

Juruterbang Penuhi Impian Ibu Ke Makkah, Nota Digantung Di Dada Ketika Kecil Jadi Inspirasi

‘Mak Abah Tak Harap Saya Berjaya, Cukuplah DiTerima Masyarakat.’ Sukur Gembira Jadi Inspirasi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI