Terkejut dengan berita anaknya mengalami kemalangan jalan raya, ibu kepada pempengaruh dan ahli perniagaan Siti Jamumall hampir pengsan.
Ibu mana yang tidak terkejut dan sedih melihat anaknya terbaring atas jalan raya apatah lagi kemalangan itu hampir meragut nyawa.
Ditambah apabila Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin ketika itu dibiarkan terbaring selama dua jam selepas mendakwa sebuah pusat perubatan swasta tidak mahu menerima kesnya.
Siti Jamumall yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata berkata, dia berterima kasih kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudi menghantarkan bantuan.
Ads
Terbaring selama dua jam selepas kemalangan
“Allah masih sayangkan saya. Sejujurnya, saya kesal apa yang berlaku. Tidak sepatutnya pihak berkenaan membiarkan pesakit yang dalam keadaan kecemasan. Saya pun tidak tahu kategori sakit macam mana yang mereka boleh terima.
“Apa pun, terima kasih kepada ambulans KKM yang sudi membantu dan bawa saya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Ads
Menurutnya, dia dipindahkan ke sebuah pusat perubatan lain bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ads
“Syukur perkhidmatan di sini sangat laju. Selepas jumpa doktor dan buat ujian imbasan X-Ray, saya dimaklumkan patah jari dan luka-luka biasa.
“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan, menghantar mesej dan datang melawat,” katanya.
Terdahulu, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas motosikal dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Setia Alam, Selangor, pada Ahad.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Status sebagai isteri dan ibu bukanlah halangan untuk menamatkan pengajian seterusnya mengenggam skrol yang diimpi-impikan. Perjalanan untuk menamatkan pengajian dilalui dengan pelbagai kenangan manis buat anak sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, Nur Nadratun Naeemah Azhar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang meskipun berstatus isteri dan ibu pada usia yang masih muda.
Untuk rekod, Nur Nadratun Naeemah mendirikan rumah tangga pada 6 September 2020 dengan pasangannya, Aqil Akmal. Bergelar ibu pada usia muda iaitu 24 tahun, ibu muda ini memanjatkan rasa kesyukuran selepas menerima skril Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dalam satu hantaran yang dikongsikan, ibu muda ini sempat berkongsi pernah meraih Anugerah Dekan ketika sedang hamil.
“Tak pernah berangan pun hendak dapatkan Dean List tapi rezeki dapat masa mengandungkan Yusuf”- Nur Nadratun Naeemah
Nadratun turut berkongsi momen indah sepanjang proses menamatkan pengajiannya ketika sedang hamil dan menganggap kenangan tersebut sebagai sesuatu yang indah untuk dikenang oleh mereka sekeluarga.
Menurut Nadratun, tahun lalu dia dan suaminya melalui majlis graduasi berdua, tetapi kali ini diserikan dengan kehadiran zuriat pertamanya, Yusuf.
“Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah untuk anugerah keluarga ini.. Yusuf, terima kasih sayang teman ibu abah study masa yusuf dalam perut. Terima kasih teman ibu masuk kelas. Terima kasih tolong ibu hafal macam-macam untuk final exam. Terima kasih jugak sebab teman ibu jawab final dan bisikkan jawapan dekat ibu sampai ibu dapat DL”.
Sepanjang ibu belajar, “semester” masa mengandungkan yusuf lah Allah paling mudahkan urusan ibu belajar, Alhamdulillah 🥹❤️
Semoga Yusuf besar jadi anak yang bermanfaat untuk orang lain ye sayang.. ibu abah sentiasa doakan kejayaan yusuf dunia akhirat, Amin
Ustazah Norhafizah turut berkongsi momen meraikan kejayaan anak dan menantunya dengan menitipkan ucapan tahniah buat kedua-duanya di laman Instagram miliknya.
Alhamdulillah
🌹Tahniah anak kami @nadratun_naeemah dan @aqlkml untuk konvokesyen 2nd degree kalian berdua ( Law Syariah).
Dua degree dan seorang baby dalam tahun yang sama, Alhamdulillah . Allah mudahkan perjalanan pengajian kalian dalam kekalutan mengurus kehamilan dan kelahiran. Alhamdulillah Alhamdulillah .. semoga terus cemerlang anak-anak semua.
Ustazah Norhafizah Musa merupakan Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan di Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan 2015. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Ustaz DrA zahar Yaakub dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu tertinggal anak dalam kereta didakwa, dituduh abai anak ketika buat urusan dalam talian. Pasti masih ramai mengingati kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang tertinggal di dalam kereta selepas ibunya menyangka anaknya sudah turun ke tadika ketika membuat satu urusan dalam talian kira-kira sebulan lalu.
Airis Heidi Mohammad Hafiz, dua tahun tiga bulan yang tertinggal selama lapan jam di dalam kenderaan diberikan bantuan kecemasan namun ajal sudah memanggilnya.
Hari ini, di Mahkamah Sesyen ibunya Nur Sari Fardiana Mohd Amran, 38 dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan pengabaian. Bagaimana pun dirinya mengaku mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Memetik laporan Harian Metro, mengikut pertuduhan, wanita itu yang mempunyai perniagaan atas talian didapati melakukan pengabaian dengan meninggalkan anaknya, Airis Heidi Mohammad Hafiz yang berusia dua tahun tiga bulan dalam kereta hingga menyebabkan kematian di hadapan rumah di Ara Damansara, di sini, antara jam 8 pagi hingga 3.15 petang, 8 November lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Hakimah Ibrahim mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
“Syarat tambahan, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.
Bagaimanapun, peguam Nur Sari Fardiana, Datuk Hanif Hassan memohon jaminan RM5,000 selepas menyifatkan cadangan jaminan pendakwaan terlalu tinggi.
“Mangsa dalam kes ini adalah anak tertuduh, sepanjang lebih sebulan ini dia mengalami trauma dan perkara ini perlu diambil kira dalam menetapkan jumlah jaminan.
“Anak guam tidak dapat fokus kepada perniagaannya yang menyebabkan pendapatan merosot, selain tiada risiko melarikan diri dan memberi kerjasama sepanjang siasatan,” katanya.
Mendengar rayuan kedua-dua pihak, Dr Syahliza kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan, selain menetapkan 30 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan wanita itu menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa, jam 7 pagi pada hari kejadian.
Ibu mangsa berhenti sekejap sejurus tiba di tadika untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian hingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi berkenaan.
Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bapa mangsa membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian, bagaimanapun kanak-kanak itu disahkan sudah meninggal dunia.
Fizi Ali mohon Shakilla hadir ke mahkamah. Dek kerana terlalu rindukan anaknya, Ameena Sofia, penyampai radio, Fizi Ali tekad untuk membawa tuntutan hak penjagaan anak kepada mahkamah.
Malah Fizi yang tidak menemui jalan penyelesaian dengan bekas isteri, Shakilla Khoriri yang membabitkan urusan penjagaan anak mereka bertegas mahu membawa perkara ini ke mahkamah.
Fizi juga turut menyatakan dirinya telah memilih untuk menyerahkan kepada peguam berhubung tuntutan hak penjagaan anak mereka iaitu Ameena Sofia.
“Saya sudah bawa kes ini untuk diselesaikan secara undang-undang dan kami akan berbincang di mahkamah saja nanti.
“Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia akan datang untuk menyelesaikan kes ini,” kongsi Fizi seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Dalam pada masa yang sama Fizi turut akui dirinya sukar untuk berhubung dengan bekas isteri dek kerana nombor telefonnya telah disekat oleh Shakilla.
“Ya memang dia block nombor telefon saya jadi saya berhubung dengannya melalui peguam tapi itulah tidak dapat sebarang maklum balas.
“Tujuan saya muat naik hantaran di media sosial ini juga kerana ingin mengingatkan dia untuk datang ke mahkamah untuk selesaikan masalah ini supaya tidak berlarutan.
“Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia akan datang untuk menyelesaikan kes ini.
“Saya dah cuba cara undang-undang untuk peguam saya berhubung dengannya tetapi tiada respon,” kongsi Fizi lagi.
Masih memegang cara yang betul dan menjaga adab, pengarah dan penerbit, Erma Fatima cukup memelihara batas pergaulan anaknya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.