Aishah mohon ampunkan dosa sekiranya pernah terkasar kata. Begitulah luahan pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 56 menerusi akaun Instagramnya.
Malah Aishah juga mengharapkan doa dari kawan-kawan agar dirinya yang kini disahkan positif Covid-19 cepat sembuh.
Seperti yang dilaporkan, pada Isnin lalu selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta penyanyi yang popular dengan lagi Janji Manismu itu dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus.
Aishah Mohon Ampunkan Dosa Sekiranya Pernah Terkasar Kata
Berkongsi keadaan dirinya yang terbaru, Aishah berdepan detik cemas apabila tahap oksigen dalam badan turun mendadak selepas tiub pernafasan dibuka seketika.
“Ya Allah mental tidak kuat hari ini, bila melihat pesakit depan saya dibawa naik untuk di intubate (ditidurkan). Pagi tadi tahap oksigen saya 98, mereka cuba nak buka oksigen.
“Tapi bila ke tandas dan balik ke katil, paras oksigen terus turun mendadak ke 88, terpaksa pakai oksigen semula baru naik semula ke 95.
“Ya Allah teman-teman semua tolong doakan saya tidak sampai ke situ (ditidurkan),” kongsi Aishah.
Bekas juara Gegar Vaganza musim keempat ini juga turut berasa takut dan bimbang apabila melihat ada pesakit lain dibawa ke wad khas untuk ditidurkan.
“Saya takut dan masih banyak tanggungjawab pada keluarga yang belum selesai, anak-anak saya banyak lagi hal yang tidak selesai.
“Saya sangat mengharapkan doa kawan-kawan, ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” coret Aishah.
Rakan Artis Titip Doa Semoga Aishah Cepat Sembuh
Ads
Sumber / Sumber Foto : Instagram Aishah
Mingguan Wanita : Semoga Aishah cepat sembuh dan dilindungi Allah SWT.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Ads
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Wanita lahir tanpa kedua tangan, bakal mentua sarung gelang kaki tanda metrai ikatan pertunangan. Bahagia itu tercipta buat yang mencarinya. Saat hati bahagia, apa pun kekurangan pasangan tidak dianggap sebagai kekurangan sebaliknya bersyukur dengan apa dimilikinya.
Wanita Lahir Tanpa Kedua Tangan
Satu perkongsian dari Norfarrah Syahirah Shaari, 34 tahun yang memuat naik gambarnya bertunang dengan pilihan hati dikenali sebagai Zul disambut penuh kesyukuran oleh mereka yang mengenali insan istimewa ini.
Ini kerana dirinya pernah viral sautu ketika dahulu di mana di sebalik kekurangan dirinya yang dilahirkan tanpa tangan, dirinya mampu memandu kenderaan menggunakan kaki dan tidak pernah kekok melakukan semua pekerjaan tanpa batasannya.
Dan semalam Norfarrah meraikan hari bahagianya apabila dirinya selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati. Ditataa rias cantik oleh MUA Aida Glam, jelas kecantikan dirinya terserlah.
Bahkan jika sebahagian insan lain meraikan ikatan cincin tunang tersarung di jari manis mereka tetapi momen dikongsikan oleh Norfarrah ialah bakal mentua telah menyarung gelang emas ke kakinya.
Tanda ikatan tunang itu termetrai buat keduanya. Bahkan seakan terasa sebak kerana mendapat bakal mentua yang menerima semua kekurangan dirinya dan menyayanginya tanpa batasan.
Masih bekerja di Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak, bagi anak kelahiran Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir ini tidak pernah kekok dengan pekerjaannya bahkan dirinya menggunakan kaki melakukan kerja-kerja hakikinya. Tidak menyatakan bila tarikhnya akan melangsungkan perkahwinan, wajahnya sangat manis di hari bahagianya ini.
Didoakan bahagia terus bersama Farrah dan pasangan dan semoga ikatan pertunangan ini diakhiri ke jenjang pelamin dan terjalin indah hingga ke jannah.
Tak mampu bayangkan perasaan seorang isteri yang menunggu kepulangan suami balik dari kerja, tetapi akhirnya menerima perkhabaran suaminya telah meninggal.
Lebih pedih bila isteri sedang menunggu hari lahirkan anak sulung, suami yang merupakan seorang posmen meninggal dunia terlanggar lori Ketika bertugas.
Posmen Meninggal Lori Ketika Bertugas
Posmen yang sedang melakukan penghantaran, maut dalam kemalangan di Kilometer 301.1 Lebuhraya KL-Seremban menghala selatan, semalam.
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Muhammad Radzi, 28, terlanggar bucu lori dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Lebih menyayat hati, berdasarkan Facebook (FB) Bandar Baru Online Community yang turut menyiarkan kejadian, isteri mangsa Nur Azura Abdullah kini sedang menunggu masa melahirkan anak sulung mereka.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa yang maut menaiki motosikal jenis Modenas.
“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang di lorong kecemasan terlanggar bucu sebelah kanan sebuah lori yang mengalami masalah enjin dan sedang bergerak perlahan dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun.
“Lori yang mengalami masalah kerosakan enjin itu turut menyalakan lampu kecemasan, juga berada di lorong kecemasan.
“Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar barangan PosLaju di kawasan Bandar Seri Mahkota, Bangi,” katanya dihubungi Harian Metro.
Posmen Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian
Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan peha patah serta meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, jenazah dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang dan bedah siasat dilakukan hari ini.
“Sementara itu, kenderaan yang terbabit dalam kemalangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan Puspakom.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.
MW: Malang tidak berbau, mungkin sudah tiba ajalnya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan menempatkannya di kalangan orang yang beriman. Buat keluarga, MW merakamkan ucapan takziah atas pemergian insan yang disayangi. Al-Fatihah.
Ibu dakwa anak kembar dilayan buruk oleh ibu tiri, “kena tidur luar rumah sebab buas. Luahan kekecewaan seorang ibu, Wana Talia di facebooknya meraih perhatian ramai apabila berkongsi nasib anak kembarnya yang tidur di kaki lima rumah atas dakwaan buas oleh ibu tiri yang menjaga dua beradik kembar berusia lapan tahun ini.
Mula viral semalam, Wana Talia berkongsi kesedihan hati melihat nasib anak kembarnya yang bukan saja tidur di kaki lima rumah sebaliknya makan dengan mata ditutup dan perlu menghabiskan kesemua makanan di dalam pinggan atas alasan tidak makan sayur. Kedua anak kembarnya ini dijaga oleh bekas suami yang sudah pun berkahwin baru.
Dalam hantaran penuh emosi, Wana Talia mendakwa anak-anak kecil itu dilayan tidak sepatutnya sehingga terpaksa tidur di kaki lima flat perumahan.
“Apa perasaan ampa kalau tengok benda ni jadi kat anak-anak hang pa. Apa dugaan Allah nak bagi kat hang pa wahai si kembar ibu. Ya Allah, bantu aku bangkit dan bersemangat Ya Allah. Saya memang tak sangka sampai tahap macam ni. Anak saya kot, bukan anak binatang buas. Mereka baru darjah dua. Jahat mana pun depa, mereka ada hati dan perasaan,” tulisnya sambil membuat emoji menangis.
Jelas Wana dia sebelum ini bukan sengaja membiarkan anak-anak kembarnya pada jagaan mak tiri tetapi keadaan hidup memaksa dia menyerahkan anak kembarnya itu pada jagaan bekas suami.
Makan dengan mata tertutup atas dakwaan tak makan sayur. Jadi kembar perlu menghabiskan makanan tanpa memilih .
Menurut Wana Talia, ketika bercerai beberapa tahun lalu, dirinya rela melepaskan hak penjagaan kerana percaya kehidupan anak-anak lebih selesa bersama bapa mereka yang mempunyai rumah, pekerjaan tetap dan kenderaan sementelah dia sendiri tidak bekerja dan hidup susah.
“Masa tu saya fikir semua baik-baik saja. Saya ingat anak-anak bahagia dalam pelukan babah depa. Saya ingat mak tiri depa baik, masak bagi makan. Tapi rupa-rupanya anak saya tidur di kaki lima flat,” katanya.
Beliau menambah, keputusannya ketika itu dibuat kerana dirinya berada dalam keadaan susah dan tidak mampu.
“Masa tu saya jatuh terduduk, memang tak mampu. Tapi Allah saja yang tahu. Sekarang saya cuba bangkit semula untuk bela anak-anak dan menerima sokongan keluarga,” luahnya.
Mengakui ada bukti gambar mengenai nasib anaknya tidur di luar rumah dakwanya lagi ramai yang tahu perangai ibu tiri yang menjaga kembarnya ini.
“Saya memang tak sangka sampai tahap macam nie. Anak saya kot, bukan anak binatang buas. Depa ada hati dan perasaan. Baru darjah dua. Saya merayu, sujud awak Nani, jangan la buat bukan-bukan pada anak-anak ini. Saya sujud di kaki awak. Depa budak-budak lagi. Saya cuba bincang tapi pihak hang pa main tarik tali.
Sebaik berkongsi luahan ini, ia menarik perhatian ramai yang menyuarakan rasa simpati pada nasib kembar ini. Malah ada yang mendesak Jabatan Kebajikan Masyarakat turut padang menyiasat situasi sebenar.
Setakat ini, pihak bapa dan ibu tiri yang disebut dalam hantaran berkenaan belum memberikan sebarang kenyataan balas. JKM juga belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes ini. Bagaimanapun, menurut rekod, mana-mana pihak yang didapati mengabaikan kanak-kanak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, termasuk denda dan hukuman penjara. Kredit FB :- Wana Talia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...