‘Adik-beradik harapkan aku seorang jaga mak.’ Buat kebaikan tapi berkira, punca rezeki tersangkut tanpa kita sedar. Kadang-kadang terfikir kenapalah rezeki lambat sangat, rupanya ada perkara yang mak ayah terlepas pandang.

Sebaiknya audit balik diri, di manakah kesilapan yang telah kita lakukan yang menjadi punca kepada rezeki tersangkut. Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar:

Artikel Berkaitan: Kalau Rasa REZEKI SEMPIT Dan Tidak Bahagia, Puncanya Adalah Dari Rumah Kita Sendiri

Adik-Beradik Harapkan

Pesanan ini saya rasa penting. Disampaikan kepada saya oleh kawan baik saya.
Dia beritahu saya sebab kenapa rezeki kadang susah untuk sampai kepada kita. Dia pesan begini;
1. Kita kurang bersyukur.
Iya, tak bersyukur dengan apa yang ada. Sedangkan Tuhan kata bersyukur dulu, nanti Dia tambah lagi.

Aku Seorang Jaga Mak

2. Berkira setiap kali kita buat kebaikan.
Asal buat kebaikan contohnya tolong orang rasa hebat dan berkira-kira.
“Aku yang tolong kau dulu, kalau tak kau tak dapat kerja ni.”
“Selama ni aku je yang jaga mak, adik beradik lain haram tak pernah nak balik tengok pun.”
Ini contoh. Nampak? Kebaikan dah dibuat, tapi berkira. Ini juga buatkan rezeki tersangkut.

3. Berat bersedekah.
Nak bagi duit ke orang lain terfikir-fikir. Ada sahaja perkiraan dalam fikiran dia. Selalu fikir kalau bagi ke orang lain, diri sendiri tak cukup duit.

4. Banyak melakukan maksiat.
Allahu. Ini bahaya. Sebab sudahlah rezeki jauh, dia buat dosa pula.
Atas sebab dosa dia itu maka Tuhan sekat rezeki dia. Usaha macam dah banyak, tapi rezeki yang sampai ke dia macam tak memadai. Maka, kena bertaubat.

Buat Kebaikan Tapi Berkira

5. Selalu mengeluh bila tak ada duit.
Ini yang paling kerap orang buat. Masa ada duit, rasa tenang. Layan isteri baik, layan anak baik, bawa kereta elok, tak banyak marah-marah.

Bila tak ada duit atau terfikir nak pakai duit banyak dia mula mengeluh. Itu tak ada, ini tak cukup. Mula asyik gaduh dengan isteri, nampak anak buat semua salah.
Semua orang lain keliling dia pun salah. Tanda dia mengeluh dan protes, begitulah.

Baca Juga Di Sini:

Terlepas Pandang Tentang Nafkah Isteri, Punca Suami ‘Sempit Rezeki’

“Saya SUSAH, Sedih, Kaya Isterilah Bersama Saya” – Isteri Itu Magnet Rezeki

Suami Jangan Anggap Isteri Beban, Gembirakan Hatinya, Percayalah Rezeki Datang Tak Disangka

Punca Rezeki Tersangkut

Bila saya dengar, saya sendiri rasa terhantuk. Deep betul dia sampaikan. Macam banyak pula sebab yang kena ke diri sendiri.

Padanlah rezeki perlahan, macam berat sahaja nak sampai ke kita.
Selalu tak rasa macam tu? Kalau ada, kita lebih kurang lah.

Jadi, kita baiki lah mana yang kita tersilap. Mudah-mudahan nanti Tuhan bukakan pintu rezeki seluasnya buat kita.

Amin.
Firdaus Mokhtar,
Ya Tuhan ampuni kami.

Mingguan Wanita : Semoga rezeki mak ayah sentiasa murah dan mengalir laju. Insyallah.

Sumber : Ustaz Firdaus Mokhtar

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI