Kematian 4 beradik dalam kebakaran rumah, polis siasat unsur kecuaian ibu bapa. Kematian empat beradik akibat lemas asap dalam kebakaran rumah mereka di Muar semalam cukup menyebakkan. Difahamkan, ibu kepada empat kanak-kanak ini baru keluar kurang 10 minit sebelum kebakaran terjadi.

Anak-anak syurga ini, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 sudah selamat dikebumikan malam tadi di Muar, Johor.

Kematian 4 Beradik Dalam Kebakaran Rumah

Kematian 4 Beradik Dalam Kebakaran Rumah, Polis Siasat Unsur Kecuaian Ibu Bapa
Empat beradik ini ditemui lemas akibat terhidu asap tebal dalam kebakaran yang meragut nyawa kesemua mereka

Dalam pada keluarga ini masih bersedih dengan ujian kehidupan ini, pihak polis mengesahkan akan melakukan siasatan secara menyeluruh termasuk jika terdapat unsur kecuaian dalam penjagaan anak-anak kecil ini.

Kematian 4 Beradik Dalam Kebakaran Rumah, Polis Siasat Unsur Kecuaian Ibu Bapa
Ibu kepada empat kanak-kanak ini tidak dapat menahan kesedihan tatkala diziarahi Ustaz Ebit.
Kematian 4 Beradik Dalam Kebakaran Rumah, Polis Siasat Unsur Kecuaian Ibu Bapa
Hanya tangisan mampu menceritakan apa perasaan ibu bapa empat kanak-kanak ini.

Polis Siasat Unsur Kecuaian Ibu Bapa

Memetik  laporan Sinar Harian, siasatan polis berhubung kematian empat beradik dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu, akan dilakukan secara menyeluruh termasuk dari aspek kecuaian.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya kini masih menunggu proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 2.30 petang Khamis, selain masih menunggu laporan forensik bomba berkaitan punca kebakaran.

Kematian 4 Beradik Dalam Kebakaran Rumah, Polis Siasat Unsur Kecuaian Ibu Bapa
Raiz Mukhliz (tengah) ketika sidang akhbar di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, pada Khamis.

Katanya, sebaik laporan diterima kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.

“Bagaimanapun, siasatan awal setakat ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas dari bahagian dapur namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, pada Khamis.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tragedi Selepas Berbuka, 4 Beradik Berusia 3-8 Tahun Meninggal Dalam Kebakaran Di Rumah

Tragedi 4 Beradik Maut Kebakaran, Ibu Baru 10 Minit Keluar Beli Kelengkapan Berbuka

Tragedi Pusat TAHFIZ, Remaja 19 Tahun Dijatuhi HUKUMAN Hingga Dapat Pengampunan  AGONG

Tragedi 7 Beranak Rentung Bersama, Jiran Pilu Tak Mampu Tolong

Datuk Seri Vida Nak Bawa Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Pergi Umrah & Bercuti, Niat Seorang Mak-mak Untuk Hilangkan Trauma

IKLAN

Sebelum itu, empat beradik berusia antara lapan hingga tiga tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, pada kira-kira jam 7.49 malam, Rabu.

Pasangan adik-beradik tersebut dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 maut dalam kejadian berkenaan.

Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI