
Pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida a.k.a. Datuk Seri Hasmiza Othman berhasrat untuk membawa 18 pelajar yang terlibat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Jalan Keramat Ujung di sini, untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 46, berkata keputusan itu dibuat selepas menerima cadangan netizen apabila ditanya langkah yang perlu beliau ambil bagi menghilangkan kemurungan semua pelajar terbabit.
“Saya ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya dan membawa mereka semua ke rumah saya di Ipoh, Perak selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terlibat dalam kebakaran.
Hanya mereka yang pernah terlibat dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu,” katanya pada pemberita selepas melawat pusat tahfiz itu di sini malam ini bersempena sambutan Awal Muharram 1439H.
Beliau berkata, lapan kakitangan pusat tahfiz itu akan turut serta mengerjakan umrah bersama mereka.
Selain pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti bagi merawat trauma kanak-kanak terbabit.
Khamis lalu, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban akibat terperangkap di asrama dalam tragedi kebakaran jam 5.15 pagi.
Kredit: Bernama
‘Nak Berhenti Kerja Kena Ada 6 Bulan Gaji’, Jangan ‘Rigid’ Jaminan Rezeki Sudah Tertulis!

Nak berhenti kerja, itulah dalam bermain dalam fikiran mak-mak bila mengenangkan keadaan anak-anak yang rasa macam terabai dan kurang masa dengan mereka. Tapi, memikirkan kerja untuk membantu suami, mahunya berfikir panjang tentang hasrat itu.
Belum lagi bila stres di tempat kerja, mulalah rasa nak berhenti kerja. Selalu orang cakap, dengan keadaan sekarang yang susah nak dapat kerja dan kena ada plan B bila berhenti nanti.
Macam mana kalau tak ada plan B, nak kena simpan duit gaji untuk tempoh 6 bulan lah kiranya. Sekurangnya dengan simpanan gaji 6 bulan membantu untuk kita survive dan masa mencukupi untuk mencari peluang pekerjaan lain.
Kadang-kadang, bila cakap nak berhenti kerja kena ada 6 bulan gaji, hati mula risau. Ok atau tidak bila tidak ada simpanan begini. Jangan rigid dan takut dengan apa yang dikatakan ini. Fikir satu saja, jaminan rezeki Allah sudah tertulis. Ikuti perkongsian daripada Sha Ramson Amdullah ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kerja Rumah Jangan Bagi Isteri Penat Seorang, Kena Sama-Sama, Elak Rumahtangga TENAT
Wanita Berkerjaya, Bincanglah Jika Suami Minta Berhenti Kerja. TOLONG YA, FIKIR JAUH!
Info Lebih Menarik DI SINI
Nak Berhenti Kerja Tapi Tak Ada Simpanan
Dulu saya pun bekerja dengan orang. Sampai masa saya nak berhenti kerja, orang cakap kalau nak berhenti kerja, PERLU ada duit simpanan at least 6 bulan duit gaji kita untuk kita survive…
Tiba-tiba Allah bagi saya ingat Surah Hud, Ayat: 6 yang bermaksud :
“Dan tidak satupun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz).”
Maknanya Allah dah jamin rezeki kita. Ini yang Allah beritahu dalam Al-Quran. Jadi nak takut apa? Ini janji Allah. Saya tak pernah risau pasal rezeki Allah sebab Allah dah jawab dalam Al-Quran tentang jaminan rezeki kita
Tak lama lepas tu, Allah temukan saya dengan satu quote bila saya teringat perlu ada duit simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan duit gaji kita :
“Prove them wrong, bend the rules, go for gold, break tradition.”
Allah bagi saya berfikir…
Tak semua orang ada rezeki punya duit simpanan.
Tak salah nak ada duit simpanan at least 6 bulan gaji sebelum berhenti kerja tapi itu bukan syarat wajib dan keperluan untuk kita hidup.
Kalau ada; alhamdulillah.
Kalau tak ada duit simpanan;
Tak ada masalah pun nak berhenti kerja.
Prove them wrong (tak perlu ada simpanan at least 6 bulan duit gaji untuk berhenti kerja), bend the rules, go for gold (saya terus berhenti kerja), break tradition (tanpa ada duit simpanan).
Jadi, ketika itu juga saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dalam keadaan saya langsung tak pernah ada duit simpanan.
Apa jadi?
Syarat Survive Bukan Duit
Alhamdulillah, jadilah saya yang sekarang ini
Yang bagi rezeki itu Allah.
Yang bagi bahagia itu Allah.
Yang sihatkan kita adalah Allah.
Yang bagi kita kenyang itu Allah.
Yang menggerakkan kita itu Allah.
Yang bagi kita faham agama itu Allah.
Syarat berniaga sendiri bukan perlu jadi kaya tapi berlepas dari segala hal kecintaan dunia, bebas dari segala hutang yang melibatkan dosa riba’ dan niat jangan tambah dosa riba’ yang sedia ada.
Syarat survive bukan duit tapi AGAMA ALLAH dalam hati. Duit boleh pakai untuk tujuan dunia tapi duit tidak boleh beli rezeki kefahaman agama.
Bila Allah beri kita faham agama, kita akan faham segala perjananan hidup kita. Benda ni duit tak boleh beli.
Apa Allah beritahu dalam Surah At-Talaq, Ayat: 3?
Allah beri rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya (rezeki tak disangka-sangka).
Dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Nampak?
Ada duit pun belum tentu mencukupi kita. Ada duit pun tak boleh beli kecukupan kita dari Allah
Yang buat kita rasa tak cukup adalah sebab DIRI KITA SENDIRI YANG BERPERANG DENGAN ALLAH DAN RASUL…
Mingguan Wanita : Betul sangat. Jaminan rezeki setiap orang sudah tertulis. Usaha dan sentiasalah rasa mencukupi.
Sumber: Sha Ramson Abdullah
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Chef Ustazah Ini Kongsi Resepi Siakap Rebus Tomyam, Mudah Saja Cuma 20 Minit Penyediaan

Ikan siakap rebus tomyam ini memang resepi mudah sedia lagi menjimatkan masa. Cuma 20 minit saja diperlukan untuk penyediaannya. Suri tak perlulah nak bazirkan waktu memasak menu yang rumit, lagipun ketika ini ramai daripada anda bekerja dan tak punya banyak masa.
Ini perkongsian daripada Chef Ustazah Wan Habsah. Menu ini bukan saja sesuai dihidang untuk makan malam, siakap rebus tomyam juga sesuai dijadikan juadah makan tengahari keluarga.
Bahan-bahan Siakap Rebus Tomyam (Rujuk Pada Gambar)
1. Serai, halia dan cili api diketuk kasar (dititik).
2. Mayam 3 biji bawang besar dan 1 labu bawang putih.
3. Rebus air dan masukkan serai, halia, bawang besar dan bawang putih.
4. Masukkan 3 ekor ikan Siakap.
5. Masukkan 1/2 cawan sos tiram.
6. Tambah 3-5 sudu pes tomyam.
7. Masukkan bunga kantan, cili api serta garam.
8. Perah limau nipis dan potong daun limau purut. Buang urat tengahnya.
9. Tepung jagung sebanyak 3 sudu dibancuh dengan air. Jika suka pekat tambah lagi tepung.
10. Kacau dan masuk buah tomato potong dan daun limau purut. Masuk bancuhan tepung dan air perahan limau nipis.
11. Sedia untuk dihidangkan.
Anggaran memasak: Antara 10 – 15 minit
Resepi ikan siakap rebus tomyam ini enak dimakan panas-panas dengan nasi putih. Nak lagi kick boleh gorengkan telur dadar. Mak mertua lalu dekat sebelah pun boleh tak perasan nanti.
Sumber/Foto: Ustazah Wan Habsah via Mingguan Wanita
Dikatakan Lebih Bijak & Kreatif, 13 Ogos Diiktiraf Hari Kidal Sedunia!

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa pada setiap 13 Ogos merupakan Hari Kidal Sedunia. Tak ramai yang dilahirkan kidal, istimewanya hanya 10 hingga 15 peratus sahaja daripada populasi dunia.
Antara selebriti dunia dan tempatan terkenal yang kidal seperti Justin Bieber, Angelina Jolie, Julia Roberts, Keanu Reeves, Lady Gaga, Nicole Kidman, Sarah Jessica Parker,Oprah Winfrey, Brad Pitt, Hugh Jackman, Scarlett Johannson, Tom Cruise,Gordon Ramsay, Yusry KRU, Lisa Surihani, Man Kidal, Rozita Che Wan, Azza Elite dan ramai lagi.
Banyak kelebihan yang dimiliki oleh orang yang bertangan kidal ni. Antaranya dianggap unik dan kreatif, dikatakan memiliki IQ yang tinggi dan lebih bijak.
Jom semak fakta berikut;
- Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan,logik, matematik dan sains.
- Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
Fakta Ringkas:
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai ibu bapa yang juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendifinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenal pasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
5. Perlu tahu lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
6. Orang kidal kebiasaannya mengunyah makan sebelah kiri dan orang tangan kanan kunyah disebelah kanan.
7. Orang Kidal lebih cepat marah.Kebanyakan orang kidal menunjukkan proses emosional yang tidak seimbang antara otak kanan dan kiri mereka, ini salah satu punca mereka sering bad mood.
8. Untungnya orang kidal terbukti jauh lebih cerdas dan bijak daripada yang bertangan kanan.Menurut kajian dari St.Lawrence University,kebanyakkan orang kidal memiliki IQ lebih dari 140.Buktinya, Da Vinci, Michelangelo, Einstein, dan Newton adalah orang-orang kidal.
9. Dari segi kesihatan, orang kidal lebih cenderung mempunyai alahan, mudah mendapat migrain serta lebih cenderung menjadi penderita insomnia.
10. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan dan mahir bidang komputer, memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas. Juara dunia tenis Rafael Nadal merupakan seorang pemain bertangan kidal manakala 4 dari 5 pereka komputer Mac di Apple dilaporkan kidal.
11. Antara personaliti terkenal yang kidal adalah Napoleon Bonaparte, Bill Gates, Oprah Winfrey, Barack Obama, Bill Clinton , Ronald Reagan ,Jimi Hendrix, Angelina Jolie, Tom Cruise, Park Shin Hye, Kim So Hyun, Justin Bieber dan ramai lagi.
Baca lagi di Sini:
Kajian Dedahkan Individu Bertangan Kidal Risiko Alami Masalah Mental!
MW: Selamat Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun. Memang istimewa individu yang bertangan kidal ni.
Sumber: hello sihat