Muka mereka ketakutan & menjerit minta tolong, sepupu dua beradik rentung kongsi masih terbayang gagal selamatkan mangsa. Kejutan api marak membakar rumah sepupunya yang mengorbankan dua sepupunya masih menghantui Siti Salwani Husin, 35.
Mengakui masih terbayangkan raut wajah ketakutan dan jeritan meminta tolong dari keduanya, Siti Salwani akui hal ini masih terngiang-ngiang di fikirannya.
Muka Mereka Ketakutan & Menjerit Minta Tolong
“Saya sempat melihat dua beradik berkenaan dalam keadaan takut meminta tolong melalui jendela rumah, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat,” katanya.
Menurut sepupu kepada dua beradik ini dalam kejadian di Kampung Mentuan, Sering, ketika kejadian dia sedang berehat di dalam bilik di rumahnya yang terletak bersebelahan kediaman mangsa, sebelum terkejut dengan bunyi letupan dan bahang panas.
“Saya kemudian melihat api sedang marak di dapur rumah mereka dan dua sepupu kelihatan panik. Saya jerit meminta mereka terjun daripada tingkap, namun mereka tidak berbuat demikian.
Sepupu Dua Beradik Rentung Masih Terbayang Gagal Selamatkan Mangsa
“Masih terngiang-ngiang di fikiran saya, raut wajah ketakutan mereka, namun apakan daya saya tidak sempat untuk membantu.
“Saya sendiri risau kediaman akan turut terbakar kerana saya juga ada seorang anak dan bapa yang uzur untuk diselamatkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Mentuan, Sering, di sini, hari ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– “Kesan Terbakar Di Tangan,” Murid Tahun 6 Maut Dipanah Petir Ketika Guna Telefon Bimbit!
Kasih Hingga Hujung Nyawa, Suami Isteri Rentung Dalam Letupan Treler Di Lebuhraya
Tragedi 4 Beradik Maut Kebakaran, Ibu Baru 10 Minit Keluar Beli Kelengkapan Berbuka
Baru Seminggu Balik Umrah, Hati Suami Luluh Saksikan Isteri Terbakar Dalam Kereta
Terdahulu, Muhammad Huzaifah Ab Halim, 31, yang mempunyai masalah kesihatan dan adiknya, Aisyah Ab Halim, 22, yang juga Sindrom Down ditemui anggota bomba dalam keadaan rentung.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Negeri Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata, seramai 25 anggota Balai Bomba Penyelamat Kota Bharu dan Pasir Tumboh bertugas memadam kebakaran itu,
Katanya, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 9.30 malam dan pemeriksaan anggota menemui dua mayat mangsa masing-masing di ruang tamu dan bilik air.
“Pihak kami menyerahkan kepada anggota polis untuk membawa keluar mayat serta menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI