Ada kata-kata menyebut dapat mentua yang baik pun satu rezeki. Hati menantu jadi lapang dan tenang. Begitu juga dengan kisah perhubungan Dafreena Dafril dengan mentua yang begitu akrab bagaikan anak sendiri.
Ibu mentuanya yang pandai menjahit, menurunkan ilmu menjahit pada anak menantu perempuannya ini. Sebak pula bila ibu mentua sebut, kemahiran yang diajarkan itu sebagai kenangan untuk menantu bila mana ibu tiada kelak.
Tergerak Hati Belajar Menjahit Dengan Mentua
6 tahun kawen. 6 tahun duduk dengan mertua. Takde langsung minat nak menjahit walaupun mak mertua jahit cadar, bedung dan barut baby, tilam baby, bantal, comforter semua tu.
Tiba-tiba 2 hari lepas, macam datang keinginan dalam hati nie nak belajar menjahit. Mula-mula tu mak mertua cuma suruh jahit atas kain-kain perca. Jahit saja-saja. Sebab sebelum nie saya jahit kain tu ke belakang.
Hari ini datang rumah mertua tiba-tiba mak hulur kain-kain perca yang dia jahit cadar semua tu. Dia kata, “haa cantumkan. Buat selimut. Nanti boleh kita bawak balik KL.” Maka terhasil lah separa siap.
Mak mertua saya memang kalau apa-apa semua dia akan suruh saya dulu. Padahal anak perempuan dia 3 orang.
IKLAN
Sebab mak pernah cakap, “semua anak-anak aku tak ikut jejak aku. Kau je sorang menantu perempuan yang aku ada. Nanti kalau mak dah takde, ada lah kenangan mak dengan kau.”
Sedih bila dengar dia cakap macam tu.
IKLAN
Saya memang rapat dengan dia. Pergi shopping dengan mak, kadang underwear pun mak belikan, tiap kali nak dapat baby, mak lah yang siapkan barut, bedung, jaga dalam pantang. Mak pun tukang urut jugak. Mak saya pulak kurang sihat. Dah tak kuat macam dulu. Sakit kencing manis dan buah pinggang kronik.
Semoga ibu-ibu dan ibu mertua kita sihat sentiasa dan berada dalam kerahmatanNya. Aamiin.
Kata orang dulu-dulu, anak perempuan rapatnya dengan ayah, anak lelaki pula rapatnya dengan mak. Tapi macam mana kalau anak lelaki dengan anak perempuan tak ‘geng’ dengan ayah. Macam-macam ayah dah buat tapi mereka tetap ‘panas’ tak boleh duduk rapat-rapat.
Sudahnya mak juga yang susah. Hendak buat kerja rumah yang suami tak boleh bantu pun terbengkalai. Bila mak kelam kabut buat kerja rumah sambil ber’saie’ tengok anak, memang takkan jadi sempurna kerja yang diharapkan. Mak pendam perasaan sendiri. Bila datang angin kus-kus, mak boleh melenting tak pasal-pasal.
Sebab itu, ayah kena ambil pendekatan rapatkan diri dengan anak-anak. Suka atau tak, ayah kena belajar juga agar isteri boleh bernafas lega. Mak-mak pun boleh tunjuk pada suami tip ini. Mana tau lepas ni anak dan ayah rapat macam belangkas. Mak pun jadi tenang!
Bancuh Susu Waktu Malam
• Cuba ambil alih tugas buat susu anak pada waktu malam. Bancuh dan susukan anak sekali. Cara ini boleh dekatkan diri ayah dengan anak. Mak pula bolehlah berehat seketika.
Kalau Anak Menangis…
• Ayah boleh ambil dengan ajak berjalan-jalan, mengendong atau buatkan susu untuk alih perhatian. Kadang-kadang, ibu pun tidak tahu macam mana nak atasi bila anak menangis tak henti-henti.
Bergurau Dengan Anak
• Apa tidaknya/ Cuba jadi orang yang menenangkan anak-anak. Bergurau senda atau buat muka lucu mesti tarik perhatian anak.
Gosok Atau Urut Anak Dengan Lembut
• Bayi atau anak kecil lebih peka pada sentuhan. Urut atau gosok belakang anak boleh dekatkan ayah dengan anaknya.
Waktu Main Mersama
• Berikan waktu khas untuk ayah dengan anak main bersama. Contohnya, waktu petang, berbasikal bersama-sama atau waktu malam tengok kerja sekolah anak. Jadikan rutin sebab inilah masanya untuk anak bersama anak setelah penat bekerja seharian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya tidaklah sesukar mana mahu menjadi wanita berjaya dan positif. Namun, untuk melaksanakannya ia memerlukan kesungguhan, komitmen, kekuatan malah disiplin diri yang tinggi.
Apabila berjaya dalam kehidupannya, wanita akan memperoleh ketenangan hati yang besar. Biar pun diasak kehidupan serba mencabar, dia tidak akan mengalah. Malah, terus melangkah.
Wanita ini, Dzuriasikin Dzulkefli berkongsi tip 10 perkara untuk menjadi wanita berjaya dan positif. Mahu mendapatkannya ada usaha yang perlu dilakukan oleh diri anda sendiri.
Semoga kejayaan terus dekat di sisi anda, dan jadilah wanita terbahagia dan berjaya untuk diri anda sendiri. Kemudian, insyaAllah akan memberi bahagia kepada orang lain juga.
10 PERKARA UNTUK JADI WANITA BERJAYA DAN POSITIF
1. Nak jadi wanita berjaya, kita kena ubah sekurang-kurangnya 3 perkara ini: Ubah cara berfikir.
Dan Ubah dengan siapa kita berkawan. Ubah habit (perkara yang biasa kita lakukan).
2. Wanita yang berjaya selalu berfikiran positif. Walau ada banyak perkara negatif yang berlaku dalam hidup mereka, mereka akan terus bersangka baik dan menerima halangan sebagai cabaran. Apa sahaja kata tidak baik orang kepada mereka akan dijadikan sebagai pembakar semangat. Pengalaman silam dijadikan sebagai panduan yang mematangkan.
3. Wanita yang positif tidak akan mudah berkecil hati tetapi sentiasa berlapang dada, mencari jalan terbaik untuk meneruskan langkah, tanpa pernah menyalahkan orang lain. You have to keep moving on ok!
4. Wanita yang positif dan berjaya bukan sahaja tidak meletakkan bahagia dalam genggaman orang lain malah tidak meletakkan kesalahan terhadap orang lain juga biarpun sesuatu berlaku tidak seperti yang diharap atau dirancang.
5. Wanita yang positif akan “melepaskan” dan memaafkan dengan sangat mudah. Tenang, berani serta bijak untuk membuat keputusan yang matang. Stay calm dan banyak berserah kepada Tuhan ya!
6. Wanita yang berjaya dan positif akan memilih untuk berkawan dengan orang yang mempunyai pemikiran yang untuk berjaya juga. Ataupun yang sudah berjaya. Selalu bercerita tentang kejayaan, perkara positif serta hal-hal yang baik. Tidak berbincang tentang masalah, halangan apa lagi tentang keburukan orang lain.
7. Memilih kawan ini bukanlah bermaksud untuk menjauhi sahabat lama atau hanya berkawan dengan orang yang berjaya sahaja dan menjauhi sahabat yang kurang bernasib baik. Tetapi carilah kawan baru bagi menambah ilmu agar lebih berjaya. Bahasa yang lebih mudah adalah, ubah kitaran sahabat kita.
Kisah Penjual Minyak Wangi
8. Pernahkah anda mendengar sebuah perumpamaan?
“Teman yang baik dan teman yang buruk itu adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu minyak wangi tersebut atau kamu membeli daripadanya atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]
9. Wanita yang positif dan berjaya pasti mempunyai habit yang luarbiasa. Sentiasa menyibukkan diri dengan banyak perkara yang bermanfaat. Punya impian dan bertindak selaras mengikut cita-citanya. Menepati janji. Optimis and persistent. Tidak berubah-ubah fikiran. Anda faham bukan?
10. Nak jadi wanita yang positif dan berjaya wajib jaga solat. Kerana solat ini perkara asas untuk didik diri menjadi berdisiplin. Jika tiada disiplin dalam diri, susah untuk kita berjaya. Solat juga adalah syarat untuk berjaya dalam banyak perkara lain. If you failed in this, you will fail in many other things in life…. Tidak kisah siapa kita, solat adalah perkara yang paling utama dalam hidup.
Seperkara lagi, jika nak berjaya… bersedekahlah dengan sebanyak mungkin. Kerana orang yang berjaya adalah orang yang merendahkan hatinya sendiri untuk membantu orang lain.
Perkongsian daripada Puan Azah Wanchik ini adalah catatan tahun lalu, yang mana ia dibuat sebelum berangkat ke tanah suci Mekah. Ibu ini memasakkan lauk frozen untuk anak-anaknya terutama yang bongsu agak cerewet dalam soal makan. Moga menjadi panduan untuk wanita-wanita di luar sana.
“Dalam gambar ni semua makanan yang akak masak dan frozen untuk stok anak-anak masa musim haji tahun lepas. Kenapa buat macam ni? Sebab anak yang bongsu tu sangat.. sangat… sangat cerewet bab makan. Itu tak nak, ini tak mau.
“Jadi 2 minggu sebelum berangkat ke Mekah, akak mula masak. Bertungkus lumus gitu. Setiap jenis, 2 bekas. Ada juga yang 4 bekas. Ikut mana yang paling Ammar suka, itulah yang dimasak banyak.”
“Satu lagi, akak buat macam ni untuk tak nak terlalu menyusahkan mak dan bapa mertua yang sanggup datang dari kampung untuk jaga anak2 (Alia dan Ammar) sepjg kami suami isteri di sana – 45 hari. (terima kasih mak, ayah ???). jadi tak perlu la mak akak masak beriya kan? mak dengan ayah pun bukan sihat sangat. Maklumlah org tua. Tapi kalau dia rajin, dan rasa kuat, dia masak jugak tu. Tak larat nak makan yang frozen je kan?
“Ada orang cakap tak sedap makanan kalau frozen ni. Tak best. Tak fresh dan macam-macam lagi lah. Dan ada yang kata tak sanggup nak bagi makan anak dengan frozen food. hahahaha… engkau tak sanggup tak pa dik… akak sanggup.”
5 Tip Pastikan Frozen Food Tetap Sedap Dan Fresh
1. Pastikan Guna Bahan Segar
Akak beli ayam yang baru disembelih. Sembelih dan proses di situ juga. Ada jual dekat rumah akak ni. Akak tak beli ayam beku. Ikan pun beli yang fresh. Bukan yang mata dah buntang dan merah tu. Akak bernasib baik dapat bekalan ikan tenggiri dan udang besar dan segar dari Sabah. Ada insan berhati mulia bawakan dari sana. Daging pun akak pakai daging fresh. Bukan yang diimport dari india. Siap ada daging rusa lagi. Pun dari Sabah juga.
2. Dah Beli Bahan Yang Fresh Dan Bawa Balik Rumah, Masak La La Tu Juga
Tak payah nak simpan dalam freezer bagai. Elok masak je lauk tu, yang mana nak simpan beku, ketepikan dalam periuk lain. Bila dah sejuk, pindahkan ke dalam bekas plastik yang kita nak simpan dlm freezer. Jadi masalah tindak balas kimia yang mungkin berlaku apabila bekas plastik diisi dengan makanan panas tak akan terjadi. Tindak balas masa makanan sejuk, akak tak tau ada ke tidak. belum belajar.
3. Labelkan Nama Lauk Dan Tarikh Masak
Biar senang nak pilih. Tarikh bila dimasak, tulis kat tepi bekas. Kalau nak makan esok, malam keluarkan dari freezer. Masuk dalam chiller. Esok bila dah tak beku, panaskan balik atas stove. Akak tak pakai mikrowave. Tak mampu dik… ?
4. Cara Dan Waktu Panaskan Tu Penting
Rasa lari? Tidak kot… laju je anak-anak akak makan. yang rasa lari tu sebab udah la hang beli bahan tak fresh, pastu masak pukul 10 pagi untuk lunch. Bila nak lunch kul 1pm, panaskan lagi. Tak habis, panaskan simpan tepi takut basi. Kul 7pm panaskan balik untuk makan dinner. Bila tak habis, baru masuk bekas dan simpan dalam freezer. Berapa kali panaskan balik daa…. lauk tu dah lunyai dik…. mana nak sedap lagi dah. Itu barulah tak fresh.
Satu lagi kan, akak rasa, kalau kau masak tak sedap memang la ‘rasa’ tu larikan? tak gitu? (ni mmg statement kejam).
5. Berapa Lama Boleh Tahan
Ada yang tanya berapa lama boleh tahan. Terpulang pada kekerapan makan. Lauk paling lama kalau tak silap 2 bulan. Bila masak balik, rasa macam tu je. Selalunya tak simpan lama sebab tak sempat lama pun. Cepat je habisnya.
Kuah laksa Kedah akak pernah terlajak sampai 4 bln. Bila dipanaskan balik. Habis juga.
Kawan akak yang pernah tinggal di UK cakap, dia penah frozen lauk simpan setahun. ok je. Tak dak masalah. Dapat PhD juga dia even makan frozen food ?
Nota:
Akak share benda ni dengan grup kengkawan asrama sekolah. Ada 3 orang cakap depa dah ikut cara ni. Depa cikgu, banyak keja. Nama je abis sekolah pukul 1.30 pm tapi ada yang pukul 6 atau 7pm baru sampai rumah. Buat macam ni senang kata depa.
Masak banyak-banyak hari minggu untuk buat stok. Simpan dalam freezer. Nak balik dari keja, mesej anak suruh keluarkan dari freezer dulu. Balik terus panaskan. Mula-mula depa kata takut juga suami komplen kalau buat frozen macam tu tapi kemudian, depa kata okay je. Suami makan macam biasa je. Tak dak komplen apa-apa pun. Akak bagitau depa kalau suami komplen, suruh je dia masak sendiri… (akak mmg brutal)
Ain Edruce hamil luar rahim. Salam takziah diucapkan buat pelakon Ain Edruce yang baru saja keguguran.Hasrat Ain untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian...