Tiramisu Teh Tarik

Hari raya juga merupakan hari meraikan tetamu datang ke rumah. Selain hidangan berat seperti mee goreng, nasi boleh juga sediakan pencuci mulut yang sedap dan mudah disediakan buat mereka.Mak mak boleh cuba resipi Tiramisu Teh Tarik yang dikongsikan oleh AJ Idris ini. Cukup senang dan cepat dibuat, 10 minit dah siap.

Berikut perkongsian tersebut;

Musim raya ni, kalau tetamu datang mengejut bolehlah cuba buat Tiramisu Teh Tarik sebagai hidangan penyelamat.

Selalu tiramisu dengan kopi, kan?
Meh cuba Tiramisu Teh Tarik ni pulak. Sedap dan buat pun senang sangat ni. Buat sambil pejam mata je tak sampai 10 minit.

Bahan-Bahan:

Teh tarik secawan
Satu setengah peket biskut lady finger

Setengah cawan cream cheese*
Suku cawan gula ising*
Suku cawan susu tepung*

IKLAN

Campur semua bahan bertanda * dalam mangkuk, gaul sebati. Tak yah mixer, saya gaul dengan sudu je.

Tiramisu Teh Tarik Sedap, Buat Pun Senang 10 Minit Siap!

Cara Membuat:

1.Celupkan biskut dalam teh tarik, kemudian susun biskut dalam bekas.(Jangan celup lama sangat nanti lembik).
2.Lapiskan bahagian atas biskut dengan campuran cream cheese tadi.
3.Ulang step sampai lapisan ketiga. Pada lapisan terakhir ni, lapiskan campuran keju tadi dengan banyak.

IKLAN

Tiramisu Teh Tarik Sedap, Buat Pun Senang 10 Minit Siap!4.Lepas tu terpulang nak hias dengan apa pun. Saya taburkan serbuk coklat je.

Tiramisu Teh Tarik Sedap, Buat Pun Senang 10 Minit Siap!5.Simpan dalam fridge paling kurang setengah jam kalau boleh.

Saya tak boleh, tak menyempat.
Selamat dah.

IKLAN

Senang, kan?

Selamat mencuba.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mudah je nak sediakan pencuci mulut ni, bahan-bahan pun tak banyak. Sesuai disediakan buat tetamu yang datang, dan paling penting sedap.

Sumber: AJ Idris

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI