sotong celup tepung

Bermula bulan April, bagi negeri di pantai timur memang meriah dengan aktiviti mencandat sotong. Bila musim sotong ini bermula, salah satu menu kegemaran ramai ialah Sotong Celup Tepung. Namun nak buat sotong celup tepung yang rangup dan tepungnya elok melekat ada caranya yang tersendiri. Malah lebih jimat berganda bila buat sendiri berbanding beli.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Lella Mohamad ini sebagai rujukan;

“Di sebabkan sekarang musim sotong, tak kira pagi petang siang malam boleh makan sotong celup tepung kan. Benda boleh buat kat rumah buat apa susah-susah makan kat kedai kan, lagi jimat”

Ni cara saya buat sotong celup tepung

Bahan-Bahannya:

Tepung beras (pastikan pakai tepung CAP GAJAH!!)
telur sebiji
air kapur sikit
garam
pewarna(kalau takde pakai serbuk kunyit pun takpe)

Cara Membuat:

1. Pastikn sotong dicuci bersih dan buang kulitnya ya.

2. Gaul sebati semua bahan-bahan.Jangan cair sangat, jangan pekat sangat.
3. Saya guna garfu supaya senang nak ambil sotong satu persatu masuk dalam kuali.Goreng hingga kekuningan.

4. Ok dah siap..yang pasti kriuk krappp gitu.

Tips Ekstra!

  • Jangan lupa gaulkan sotong dengan tepung beras sahaja.Anggaran dalam 1 sudu macam tu la supaya bancuhan tepung melekat kat sotong bila goreng nanti ya!
  • Pastikan minyak biar betul-betul panas baru masukkan sotong.

Selamat mencuba!
Semoga resepi daripada mak saya ni bermanfaat untuk semua.

MW:Menarik resipi dan tips yang dikongsikan ini. Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri di rumah nanti.

Sumber: Lella Mohamad