Kalau anak ramai, kadang-kadang mak-mak sebut nama anak pun tertukar. Nak cakap pada anak sulung tapi tersebut anak nombor dua. Ini belum lagi kalau mak-mak marah, mahu semua nama disebutnya.
Begitulah mak, marah macam mana sekali pun nama anak tak pernah lekang dari bibir. Marah hanya di mulut tapi dalam hati siapa yang tak sayang anak kan!
Samalah juga bila mak-mak berdoa, jangan lupa selitkan nama anak. Berkat doa mak sangat mustajab.
Sudah tentu kita sebagai mak ingin melihat anak berjaya dunia akhirat. Jadi anak yang baik dan kelak dapat membalas jasa kedua orang tuanya.
Perkongsian ini jugalah yang boleh dijadikan panduan bersama. Hebatnya doa ibu yang mampu melembutkan hati anak yang sebelum ini kerap hadapi masalah bila bersama dengan orang tuanya. Mustajabnya doa ibu.
Wahai para ibu agar jangan engkau tidur tiap malam sebelum kau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan khabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing.
Ads
Begini doanya:
“Allohumma innii usyhiduka annii roodhiyah ‘an ibnii/ibnatii* … (sebut nama anak-anakmu satu persatu)… tamaamar-ridho wa kamaalar-ridho wa muntahayir-ridho. Fallohumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim biridhooii ‘anhum”
(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku (…….) dengan redha yang paling sempurna. Maka turunkan ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).
Kisah Ibu Yang Mendoakan Anaknya
Seorang ibu yang mendoakan anak lelakinya yang berumur 22 tahun. Sejak melahirkan dia, hidup ibu ini derita kerananya. Dia tidak pernah solat, jarang mandi dan sering bertengkar dengan ibunya. Kerap mengherdik dan tak pernah menghormati ibunya.
Suatu hari, terbaca sesuatu di media sosial anaknya. Lalu, ibu ini mengambil keputusan untuk mendoakan anaknya.
Selang seminggu, nada suara anak ini lemah lembut bila bercakap dengan ibunya. Sampaikan pertama kali ibu ini dapat tidur dengan lena sekali. Bukan itu saja, anaknya mula mandi tanpa perlu ibu menyuruhnya.
Masuk minggu kedua, ibu ini terus mendoa seperti yang ibu ini inginkan. Takdir tentukan, apabila anak ini menegur dan bertanya kahbar ibunya dengan suara yang lembut dan tak pernah di dengar oleh ibunya sebelum ini.
Ads
Paling menggembirakan ibunya, bila dia menelefon dan mengatakan dengan nada yang cukup berbeza.
“Ibu, saya berada di masjid dan baru selesai solat.”
Si ibu tidak mampu menahan tangisan kerana sebelum ini tidak pernah solat dan bertanya dengan lembut pada ibunya.
“Sejak bila kamu mula solat,” tanya ibunya.
“Entahlah, saya sendiri tidak tahu, bila melihat masjid, hati ini tergerak untuk solat,” jawabnya.
Ads
Sejak dari itu, kehidupan ibu ini berubah dan anaknya tidak lagi menjerit atau memarahi, malah makin menghormati ibunya. Barulah ibu ini tahu erti bahagia yang ditunggu-tunggu selama ini.
Doa Ibu Mustajab
Kesibukan seharian ibu, membuatkan ia lupa untuk mendoakan untuk anak-anaknya. Malah, kononnya dengan menghatar anak ke kelas tuisyen dan sebagainya dikatakan jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anak.
Sedangkan, kita tahu, doa ibu adalah jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak dunia akhirat. Jangan kata “anak masih kecil dan tak perlu didoakan.”
Jadi, doalah untuk mereka sekarang dan jadilah ibu yang bermurah hati dengan doa-doa untuk anak.
Mingguan Wanita : Pastinya mak-mak ingin melihat kejayaan anak-anak. Sebutlah satu persatu nama anak, moga menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat. Aamiin.
.
Suatu masa nanti, apabila anak kecil mak ayah mulai membesar, keletah, keriuhan mereka itulah yang akan mengundang rindu di hati mak ayah. Berlapang dadalah jika rumah tak bersih, bersepah sekejap demi melayan kesukaan anak-anak.
Sebagaimana pesan Abdul Muiez Ruslee ini, sementara anak-anak kecil sedang membesar di rumah mak ayah.. raikanlah kehadiran mereka dengan kasih sayang. Persepahan dan jeritan anak-anak saling mengusik itulah suatu hari nanti akan mak ayah rindui.
Anak-anak Jadi Milik Mak Ayahnya Hingga Usia 12 Tahun
Anak-anak akan menjadi milik kita sehingga usia mereka 12 tahun sahaja. Selepas itu, sedikit demi sedikit pegangan dan kebergantungan mereka kepada kita akan terlepas.
Masa itu, hanya kenangan masa lalu sahaja yang akan mengisi hari-hari kita.
Kena pula anak perempuan. Selepas terlafaznya sah pada akad nikah, maka hiraki ketaatan ibu bapa telah jatuh ke nombor dua dan tiga. Waktu itu, segala khidmat dan taat akan ditumpahkan kepada sang suami tercinta.
Tinggallah lagi ibu bapa menanggung kesepian di rumah.
Tiba Masanya Anak Perempuan Kesayangan Perlahan-lahan Dibawa Pergi
Anak perempuan yang kita sayangi, yang kita cintai, yang menjadikan ayah sebagai kekasih pertama, perlahan-lahan dibawa pergi. Waktu itu, hanya iringan doa yang dapat dibekalkan. Agar suami yang menjadi khalifah akan mengetuai bahtera sebaiknya.
Waktu anak kecil ini, biarlah mereka lakukan apa sahaja. Conteng dinding, buat sepah, kumbah baju, biarkan. Semua itu boleh dibersihkan.
Kerana, satu hari nanti, hanya kenangan itu yang akan menjadi penghibur hati di saat kita merindui mereka.
Ahhhh. Menitik pula air mata ni. Spoil betullah.
MW : Begitulah hati seorang ayah. Nampak saja tegas di depan anak-anak, namun jauh di sudut hati penuh dengan ‘taman’. Lagi-lagi bila berbicara soal anak-anaknya.
Berpuasa di bulan ramadan, membuatkan kita agak segan untuk masuk ke premis makanan pada waktu siang hari.Bukan apa takut di salah anggap tidak menghormati bulan puasa.Dilema bagi mak-mak yang ada kecil, malu membeli makanan untuk anak sendiri, walaupun ada ‘lesen besar’.
Situasi ini pernah dialami oleh pelakon dan pengacara Norliyana Samsudin,35. Menurut ibu kepada Aisy Mateen,3 ini, dirinya pernah berasa segan untuk membeli makanan dan minuman untuk anaknya pada bulan puasa. Namun ditahan perasaan malu tersebut, demi mengelakkan anaknya kehausan dan kelaparan.
“Dulu dulu segan juga nak order air untuk anak. Tak kisahlah drive thru ke apa ke.Ingat lagi 1st time order drive thru tengah bulan puasa untuk @aisymateen. Sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak”
“Tapi lama lama biasa dah. Dah 2 tahun pengalaman kan.. kalau kita malu anak kita yang kebulur dan haus nanti. Ye lah kat luar nak masak apa pulak sembunyi sembunyi kan?”
“So kesimpulan nya.Kerana anak mak ayah sanggup buat apa sahaja. Asalkan tak kelaparan.. sayangggg dieee.Kira ada lesen beso lah bila ada anak boleh beli makanan di siang hari! Hahaha .
MW: Setuju sangat dengan apa yang Yana Samsudin ini kongsikan. Beli makanan dan minuman untuk anak tiada salahnya. Tak perlu rasa segan dan bersalah anggap tak hormati bulan ramadan.
Kes tertelan duit ini bukan baru ya, memang selalu berlaku pada anak-anak yang suka masukkan benda ke mulut.
Anak kecil ini bukan tahu apa-apa pun, jadi mak ayah WAJIB pantau anak dan keadaan rumah. Kalau nampak benda kecil-kecil seperti duit atau guli, tolonglah ambil simpan dan letak tempat yang tinggi.
Apa yang ditakuti mak ayah, berlaku kepada salah seorang anak buah saudari Arwina Mohammed, tapi alhamdulillah dia dapat keluarkan duit yang sangkut di tekak anak kecil itu selepas percubaan kali ketiga. Ikuti perkongsian penuhnya…
Bismillahirahmanirrahim… pertama kali wina ingin share kejadian yang baru berlaku 45 minit yang lalu. (semalam) Alhamdulillah anak buah wina masih diberi peluang hidup! Tanpa diduga berlaku kejadian hari ini di mana anak kecil ini tertelan duit syiling 0.50$.
Masa itu wina duduk d ruang tamu bersama 3 orang budak kecil, baru lepas berapa minit tiba-tiba anak buah yang berumur 2tahun lari dan tepuk bahu wina dari belakang dengan keadaan nya yang sudah ternganga dan berair mata (kesakitan) dengan rasa panic wina pegang dan terus panggil mama budak itu. Apabila di cek betul-betul rupanya anak ini sedang berperang menahan sakit kerna tersangkut duit syiling dalam tekak.
Hampir Putus Asa
Kejadian berlaku dengan pantas! Hampir sudah wina berputus asa sebab 2 kali percubaan untuk mengambil syiling itu gagal!
Dan akhirnya wina dan mama budak ini tetap tidak berputus asa dan cuba keluarkan juga sampai dapat. Alhamdulillah syukur kepada Allah! Percubaan yang ke-3 berjaya.
Untuk pengetahuan, anak ini tadi muka nya sudah biru dan tidak bernafas… Allah!
Hampir 3minit juga baru syiling itu terkeluar. Sambil masukkan jari untuk tarik syiling tu sambil wina berdoa dan istighfar xhenti-henti! Dengan kuasa Allah swt masih selamat nyawa budak ini.
Pesan wina untuk semua ibubapa diluar sana, jika kejadian ini berlaku sama pada anak anda tolong jangan panik sebaiknya cepat-cepat bertindak dan berdoa agar diberi kemudahan secepatnya.
Cara Keluarkan Syiling
Kalau tertelan syiling atau benda lain pastikan JANGAN SESEKALI BARINGKAN ANAK ITU TAPI TUNGGANG KAN KEPALA DIBAWAH & KAKI DI ATAS SUPAYA BENDA ITU TIDAK TERUS MASUK DALAM PERUT DAN MEMUDAHKAN ANDA UNTUK TARIK KELUAR DENGAN CEPAT.
Jangan panik! Itu lah kunci utama… ya wina mengaku walaupun bukan anak sendiri tapi wina sendiri sudah bergegar 1 badan melihat anak itu. Jantung terhenti sekejap.
Sentiasa pantau anak anda dimana jua berada. Benda begini kita tidak minta tapi harus waspada.
Nota:
Hati masih ngilu mengenangkan kejadian tadi. Pertama kali wina kurik tekak budak dalam-dalam. Rasa kesian, takut yang amat sangat fuhhh! Kalau tiada keberanian mungkin wina tak dapat tarik benda tu tadi.
#StillTraumagkungan 30-an dan kejadian pada 7.30 malam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...