Masa kecil, kita uruskan segalanya untuk anak. Mandikan, pakaikan baju, sikatkan rambut dan banyak lagi. Namun setelah dia makin meningkat usia dan mampu menguruskan diri serba-sedikit, mak, ayah biarkah anak berdikari.

Apatah lagi bagi mereka yang berkeluarga ramai, anak yang besar sedikit seakan tidak dimanjakan kerana perlu memberi perhatian kepada adik-adiknya yang masih kecil.

Sebenarnya tidak salah beranak ramai, namun mak, ayah jangan lupakan anak-anak yang mula menjauh hati kerana merasakan dirinya tidak special seperti suatu ketika dahulu. Ingatlah anak-anak hanya miliki kita mak, ayah, jadi jangan lupa untuk jadikan mereka special.

Ikuti perkongsian, Mohd Fhais :

Barangkali banyak kelemahan dan kekurangan kita pada anak-anak sebagai parent.
Sebak sungguh bila Annur Rania cakap, "Papa dah tak sayang kakak lagi ke?"

Dulu saya ingat untuk buat anak rasa disayangi ini, saya kena luang masa yang banyak dengan dia. Rupanya tidak.
Mereka tak perlu pun tengok muka kita 24 jam sehari untuk rasa disayangi sebenarnya, apa yang mereka perlu hanya satu.

Bukan Pertandingan

IKLAN

Kita sebagai parent memang boleh ada ramai anak, tapi buat anak kita mereka hanya ada satu parent. Kita la satu-satunya.

Tak ada istilah anak-anak kena berebut kasih sayang. Ini bukan pertandingan. Mereka layak disayangi semua seadilnya.

Iaitu buat mereka RASA SPECIAL.

Saya cuba kenang balik apa yang saya selalu buat dengan Rania masa dia kecil dahulu yang dia rasa sangat special.

IKLAN

Dulu saya mandikan dia tapi sekarang dia mandi sendiri, lepas mandi saya sikatkan rambut dia tapi sekarang dia sikat sendiri, dulu saya ikut sahaja apa permintaan dia tapi sekarang banyak tapisannya maklum lah dah besar dan dulu saya suap dia makan tapi sekarang memang totally makan sendiri.

Anak Hanya Ada Satu PARENT Sahaja, Jadi Layan Hingga Mereka Rasa SPECIAL

Bagi Impak Besar

IKLAN

Nampak remeh tapi benda benda remeh ni beri impak besar pada emosi anak rupanya.

Patutlah kadang-kadang Rania buat-buat mengada. Suruh saya pakaikan baju, sikatkan rambut dan selalu juga dia suruh suapkan makan.
Rupanya itu bukan tanda anak mengada tapi itu tanda anak nak rasa sekali lagi perasaan jadi special.

Lepas ni kalau anak dara dan bujang korang tiba-tiba mengada nak dilayan macam baby raikan saja, mungkin mereka terkenang saat indah di beri layanan special masa baby dulu.
Wallahu A'lam

Mohd Fhais
Semua anak special di hati

Sumber: Mohd Fhais

MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua mak, ayah. Jangan abaikan rasa “special” anak-anak yang telah besar kerana selama ini kita pernah manjakan mereka. Dari mereka jualah, kita belajar itu dan ini. Harapnya kita menjadi ibu, bapa yang sentiasa disayangi anak-anak. Insyallah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI