Hari ini ramai yang turut bersedih dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya pada 5.13pagi akibat jangkitan Covid-19.. Meskipun ramai yang mengenalinya sebagai seorang selebriti, namun kehilangannya terasa begitu dekat di hati semua.
Selain perkongsian mengenai kerjaya dan keluarga, arwah Siti Sarah juga sering berkongsi resipi-resipi masakan buat para peminatnya di Instagram. Perkongsian masakan dengan penuh ceria dalam loghat Terengganu dengan cara yang tersendiri, pastinya akan dirindui nanti.
Resipi ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’ merupakan air tangan terakhir Siti Sarah, yang sempat dikongsikan oleh arwah sehari sebelum dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU.
Perkongsian resipi Ketam Sweet & Sour Chinese Style, air tangan terakhir Siti Sarah seperti berikut;
Bahan-Bahan:
Ketam Bunga/Ketam Nipah
Bawang putih
Halia
Cili Boh/ Cili Kisar
Sos Cili
Semangkuk Air
Cuka
Kicap Cair
Sos Tomato
Air Tepung Jagung
1 sudu black vinegar
Putih Telur
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili boh, tumis dan kacau sehingga garing.
3. Masukkan pula sedikit gula dan sos cili.
4. Selepas itu masukkan sedikit sos tiram dan kicap cair.
5. Masukkan semangkuk air, black vinegar dan sos tomato.
Ads
6. Masukkan garam dan ketam yang telah dibersihkan tadi.
7. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan biarkan pekat sedikit dan masukkan putih telur.Kacau perlahan-lahan.
8. Masukkan kulit ketam, tutup kuali, biarkan seketika dan boleh dihidangkan.
Disamping itu, seperti kebiasaan di dalam perkongsian resipi-resipi masakan beliau sebelum ini, Siti Sarah juga sempat menitipkan doa ketika memasak iaitu;
“Bismillahirahmanirrahim, Ya Allah Ya tuhanku siapa sahaja yang makan makanan ini Ya Allah, tenangkanlah hati mereka, murahkanlah rezeki mereka, Jadikanlah mereka hambamu yang taat, Ya Allah”
Mingguan Wanita : Alfatihah buat arwahyarham Siti Sarah. Semoga perkongsian resipi ini juga, menjadi salah satu ‘saham akhirat’ buat beliau dan menjadi asbab ke syurga. Amin. Selamat Mencuba!
Waktu paling sibuk bagi seorang suami, adalah sebaik saja isterinya bersalin, melahirkan cahaya mata mereka berdua. Masa itulah, urusan nak jaga isteri, anak-anak malah urus rumah jatuh ke tangan suami. Jadi, tidaklah isteri uruskan segalanya sendirian.
Isteri ini, Iz Salim sudah berniat awal, mahu menyenangkan tugas suami semasa menjaganya. Sebab itulah, dia siapkan awal-awal PES BERPANTANG untuk kegunaan dalam masakan pantangnya.
Ikut portion yang dikongsikan boleh dapat sebalang lebih, jadi mudahlah suami guna untuk memasak. Jimat masa dan tak perlu siapkan bahan masakan yang renyah.
“Sebelum aku bersalin hari tu.. aku memang cadang nak buat pes pantang sendiri.. sebabnyaaa.. nanti mak aku tak jaga aku lama sangat.
“Seminggu je lepas abahnya naik sekolah. Soooo.. aku nak mudahkan urusan abahnya mengurus rumah, anak-anak dan yang penting nya aku la kan.. aku buatkan la pes pantang ni.”
Pes Berpantang yang dah siap.
Iz Salim dan anak-anak.
Bahan-bahan PES BERPANTANG
“Pes ni aku buat simple je, ni bahan-bahan dia,”
15-20 biji bawang bombay (better bawang merah, tapi aku malas, guna bawang beso je senang. Cepat siap) 5-7 labu bawang putih 7 pokok halia (agak-agak beso half tapak tangan ko la) 7-10 ketul kunyit (beso-beso ibu jari kaki) 1 paket serbuk jintan manis 1 paket serbuk jintan putih 1 paket serbuk ketumbar 300 gram serbuk lada hitam (kasar) Cekur (kalau ada)
Cara Membuat
√ Blend semua segala jenis bawang-bawang, kunyit, halia, cekur.. pastu masuk dalam bekas. Bahan-bahan serbuk gaulkan sebati dulu dalam bekas lain.
√ Lepas tu campurkan dua-dua sebatian tu.. make sure masa blend bawang-bawang tu jangan banyak sangat air.. nanti cair je pes ni.. biar pekat boleh tahan lama.
√ Dah siap boleh masuk dalam botol.. siapp!
Kegunaan : Pes ni boleh masak macam-macam. Nak buat bakar boleh, sup boleh, goreng sayur boleh, stim pun boleh.. nak masak letak garam je.. senang kan? aku suka buat sup.. sedap sikit.. nyumm.. nyumm.
.
Sup Ikan Guna Homemade Pes Berpantang
Menu hari ni.. sup kerisi dengan homemade pes berpantang.. yang penting serunding halia dengan crunchy garlic ada sekali. Hari ni abahnya buat cair-cair je.. sebab baby baru turun kuning.
Aku prefer sup-sup je masa pantang ni.. senang.. sayur tu kalo tak rajin masak asing.. ko lebur je sekali dalam sup.. tapi make sure kejap jela.. dah nak tutup api baru lebur.
Kebiasaannya apabila membuat rendang kita menggunakan bahan seperti ayam mahupun daging. Namun sebenarnya, nangka muda pun boleh dibuat rendang, selain masak lemak mahupun gulai. Memang menarik resipi yang dikongsikan oleh Puan Hanieliza Kamarudin ini. Inginkan kelainan, boleh cuba buat sendiri resipi rendang yang dikongsikan ini.
Beberapa hari lalu ada kawan kliza bagi nangka muda dan semalam Brother in law kliza tolong buang kulit, potong kecil dan rebuskan.
Lama betul kliza tak buat rendang nangka so akhirnya terjadilah saperti yang dirancangkan.
RENDANG NANGKA
Bahan A
1 biji nangka muda (anggaran 2 kg)
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak
1 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan kerisek
2 helai daun kunyit (Dihiris)
7 helai daun limau purut (Dikoyak)
Bahan B (Dikisar halus)
1 cawan ikan bilis
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili api merah
2 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Nangka dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Rebuskan dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan nangka, santan, minyak masak, dan bahan kisar ke dalam kuali besar.
3. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak sambil kacau sekali sekala.
4. Masukkan gula melaka, garam, kerisek, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi.
5. Apabila nampak naik minyak dan pekat boleh tutup api dan hidangkan.
Sesetengah mak-mak, bila masak beras pulut memang gagal. Ada saja tak kena mesti jadi lembik dan terlebih air terutamanya bila masak dengan periuk eletrik.
Ada juga yang sudah biasa akan masak beras pulut dengan kukus sahaja. Lagi senang walaupun ambil masa yang agak lama.
Bagi yang baru nak belajar dan tak biasa masak beras pulut, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Cik Munirah Mat Jusoh. Mudah dan cepat. Paling penting, ia tak berkerak dan tak perlu rendam pun.
Ini cara saya masak dalam rice cooker. Bagi yang tak biasa masak, boleh cuba cara ini. Senang sangat.
Caranya:
Masak beras pulut ikut keperluan yang nak makan. Saya masak sedikit saja untuk dua orang makan. Yang penting, beras pulut tak perlu rendam.
Selepas basuh beras, sukatan air tidak lebih dari 1 cm dari paras pulut.
Info: Rasanya, ia tidak sesuai untuk masak pulut kuning. Mungkin kena kukus. Ini untuk masak makan dengan pulut durian, ikan kering, pengat durian atau pengat pisang.
1. Paras beras pulut sebelum masuk air.
2. Air tak lebih 1 CM dari paras pulut
3. Ini pulut yang sudah siap masak.
4. Alhamdulillah tak berkerak pun.
Mingguan Wanita : Boleh cuba. Kalau nak asak untuk sekali makan, bolehlah masak cara ini. Cepat pun cepat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.