Sambal belacan memang sedap dicicah dengan ulam-ulaman atau ikan goreng. Ada macam-macam resipi dan cara nak buat sambal belacan. Salah satu cara nak buat sambal belacan yang sedap dan mudah seperti yang dikongsikan oleh Instafamous Masakan Yatie Kitchen ini. Bahan-bahannya tak banyak dan caranya pun tak rumit. Salah satu tipsnya, menggunakan air perahan limau kasturi dan hirisan kulit limau hanya perlu digaul dan tak perlu ditumbuk.

Mempunyai lebih 500 ribu followers di Instagram, Yatie Kitchen kerap memuat naik dan berkongsi pelbagai jenis resipi, tip-tip serta hasil masakan didalam postingnya. Malah ramai selebriti pernah merasa air tangan Yatie Kitchen ini, seperti Anzalna Nasir, Shiela Rusly, Ozlyn, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.

Berikut perkongsian resipi Sambal Belacan cara Yatie Kitchen sebagai rujukan mak-mak yang nak cuba buat sendiri di rumah.

Bahan-Bahan:

Cili Merah
Cili Padi
4 biji air perahan Limau Kasturi
Belacan
1 sudu kecil Asam Jawa
Garam
Mushroom Seasoning
Hirisan kulit limau

IKLAN

Sambal Belacan Sedap Cara Yatie Kitchen, Kulit Limau Tak Perlu Ditumbuk!

Cara Membuat:

1. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan dalam lesung batu, sampai lumat.
2. Masukkan pes asam jawa.
3. Masukkan pula garam dan mushroom seasoning.Jika tiada mushroom seasoning boleh gantikan dengan secukup rasa.
4. Masukkan air perahan limau.
5. Tumbuk sebati kesemua bahan-bahan dan masukkan pula hirisan kulit limau dan gaul (tak perlu tumbuk).

IKLAN

Siap!

IKLAN

MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Mak-mak bolehlah cuba kelainan buat sambal belacan menggunakan resipi Yatie Kitchen ini.

Sumber: Yatie Kitchen

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI