Disyaki dicabul dalam semak berhampiran sekolah, murid tahun 6 trauma dan menangis apabila berdepan detik hitam dalam hidupnya.
Disyaki Dicabul Dalam Semak Berhampiran Sekolah
Murid perempuan berusia 12 tahun itu disyaki dicabul sebelum ditinggalkan hanya berpakaian dalam di kawasan semak berhampiran sekolahnya.
Lebih menyedihkan, ketika dijumpai kira-kira jam 7 malam, mangsa dalam keadaan terbaring di dalam semak sambil menangis akibat trauma dan ketakutan.
Menurut sumber, terdahulu kanak-kanak berkenaan disedari hilang oleh guru sekolah selepas mangsa tidak masuk ke kelas tambahan selepas tamat waktu persekolahan pada jam 1.05 tengah hari.
Ads
“Usaha mencari mangsa dilakukan sehinggalah semakan sistem kamera litar tertutup sekolah (CCTV) mendapati kelibat mangsa keluar dari kawasan sekolah sekitar waktu tengah hari.
“Hasil siasatan lanjut, mangsa memberitahu dia keluar sekolah pada waktu tengah hari selepas terlihat sebuah kereta seperti milik ibunya, namun beredar apabila mendapati kereta tersebut dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya,” katanya.
Lari dan Dikejar
Ads
Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila lelaki berkenaan bertindak mengejarnya menyebabkan dia berlari ke arah semak berhampiran untuk bersembunyi.
“Suspek bagaimanapun berjaya menjumpai kanak-kanak itu sebelum memintanya membuka pakaian sekolah memyebabkan mangsa yang ketakutan hanya berpakaian dalam.
“Selepas itu mangsa mendakwa, suspek menyentuh pipinya serta mengambil beberapa keping gambar menggunakan telefon bimbitnya sebelum beredar meninggalkan kawasan semak itu,” katanya.
Ads
Dijumpai Jam 7 Malam
Mangsa kemudian dijumpai ahli keluarganya yang melakukan operasi mencari sekitar kawasan sekolah pada kira-kira jam 7 malam tadi sebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian murid berkenaan ditemui dalam semak disyaki dicabul.
Senarai Bazar Ramadan 2026. Setiap tahun, bazar menjadi ‘syurga’ juadah berbuka. Dari kuih tradisional, ayam percik, murtabak panas hingga air balang pelbagai warna, semuanya tersedia di satu tempat.
Lebih daripada itu, bazar Ramadan juga menjadi sumber rezeki buat ramai peniaga kecil, termasuk golongan B40 yang bergantung pada jualan bermusim ini untuk menyara keluarga.
Jadi, buat anda yang suka merancang menu berbuka, berikut senarai lokasi bazar Ramadan sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selepas bercerai dengan suami, Aprena Manrose rawat hati di Mekah. Pelakon wanita ini mengakui peluang menjalani penggambaran drama Rindu Medina di Makkah pada Mac tahun lalu menjadi detik bermakna untuk merawat luka di hati selepas bercerai dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman.
Walaupun tujuan kehadirannya ke Tanah Suci adalah atas tuntutan kerja, Aprena berkata dia tidak melepaskan peluang memanjatkan doa dan menunaikan umrah sepanjang berada di sana.
“Ketika itu, hubungan saya dengan bekas suami tidak begitu baik. Apabila sampai ke Tanah Suci, secara tidak langsung saya dapat menenangkan diri.
“Waktu itu saya baru bercerai dan masih dalam tempoh idah. Berlakon pula dalam cerita yang sarat emosi. Jadi, ‘mood’ ketika berlakon dan realiti kehidupan saya ketika itu seakan sama. Ini memudahkan saya menjiwai watak.
“Semoga penonton juga dapat merasai kesedihan itu. Banyak air mata yang mengalir, sama ada di dalam atau di luar penggambaran,” katanya.
Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata antara doa yang dipanjatkan ketika di Tanah Suci adalah agar dia dan bekas suami dipertemukan jodoh sekali lagi.
Bagaimanapun, anak kepada penyanyi Iwan Syahman itu mengakui perasaan sedihnya mula beransur hilang dan dia akhirnya reda dengan ketentuan takdir sebaik pulang ke tanah air.
“Dalam tempoh idah, kebanyakan doa saya jika boleh mahu hubungan kami dipermudahkan untuk kembali bersama. Sudah tentu kita mahu cuba perbaiki keadaan.
“Tiada pasangan berkahwin yang mahu bercerai. Selama 14 tahun bersama, saya tak dapat bayangkan hidup tanpa suami. Saya berharap kami berjodoh semula.
“Namun, apabila pulang ke Malaysia, Allah beri satu rasa yang berbeza. Seolah-olah dia bukan lagi orangnya. Cukuplah sampai di sini sahaja. Perasaan itu berubah dan saya reda,” katanya.
Aprena juga menyifatkan pengalaman menjalani penggambaran di Tanah Suci sebagai sesuatu yang amat berharga. Jika sebelum ini pergi fokus ibadah, kali ini ada tanggung jawab lain yang dia kena galas sebaiknya.
Begitulah hati seorang wanita yang berpisah, tidak semudah yang kita lihat di media sosial. Orang boleh komen macam-macam tetapi yang duduk dalam saiz kasutnya, cuma dia. Moga ada ‘ubatnya’ untuk Aprena jadi wanita yang kuat berdepan dengan ujian Allah. Pasti akan tiba hari bahagia, doakan baik-baik.
Isteri ini mencari saya beberapa bulan lalu minta pertolongan. Saya namakan Kak Ani.
“Anak-anak sampai berhenti sekolah. Tangguh pengajian universiti kerana masalah kewangan yang meruncing,”kongsinya.
Saya tumpang simpati, cuma kesedihannya entah pada saya tak sampai. Bukan apa, kalau dah lama dalam bidang ni, kita ada keupayaan untuk bezakan air mata mana yang genuine perlukan pertolongan.
Astaghfirullah..mungkin sangkaan saya sahaja.
“Siapa tanggung makan minum puan dan anak-anak?” saya bertanya untuk kepastian.
Saya hulurkan sedikit pertolongan buat beli barang mentah keesokan hari. Tiba saja hari bicara, kes dipanggil untuk sebutan dahulu.
“Pemohon dan Responden sila masuk”. Saya berpaling dan alangkah terkejutnya saya melihat keadaan si suami. Berkerusi roda dan tangan terketar-ketar. Cakap pun dah merapu. Tidak sama apa yang digambarkan Kak Ani.
Saya minta untuk stand down. Datang dua orang wakil keluarga suami mendekati. Takut-takut nak bercakap dengan saya.
dihulurnya sebuah fail yang tebal.Saya belek meneliti kesemua dokumen.
Kematian adik beradik pun tak dibenar pergi.Tahu-tahu dibuang begini. Luluh hati.
Isteri jual 25 keping hartanah suami dan pindahkan amaun hasil jualan ke akaunnya.
Transaksi terakhir dengan jumlah 5 angka adalah seminggu sebelum adik dihantar pulang ke pangkuan keluarga.
Masa hantar, sempat si isteri berpesan pada Pak Ali. “Nanti lepas cerai, saya akan tuntut nafkah anak-anak letak nama abang. Abang kena bertanggungjawab lah Din dah tak boleh kerja!” ujar dia yakin.
Adik ketika sihat, dikatakan selalu makan sepak terajang isteri. Daripada seorang ahli sukan gagah bertubuh sihat sehingga menghidap bipolar disorder yang kronik. Entah apa bentuk seksaan dilalui selama ini.
Dalam pada kesedihan yang amat, dua beradik ni tak pernah menyerang iparnya. Terlalu kecewa sehingga tak boleh nak buka mulut atau bertemu mata. Orang yang marah dalam kekecewaan, kecewa yang sebanyak-banyaknya, dia tidak mampu untuk bertengkar tetapi memilih untuk pergi.
“Kita ada Allah, kita ada akhirat, puan. Kat dunia dia boleh bersenang-lenang hidup aniaya orang, dia lupa agaknya semua ni pinjaman sementara,” Kak Yah menutup perbualan. Tidak ada setitik air mata yang jatuh.
Saya tak boleh nak bertentang mata.
Pandangan saya kabur. Bercakap pun dah tak betul, saya minta izin untuk gerak. Lemah lutut menapak. Terasa jauh sangat kereta.
Setiap langkah terbayang-bayang cerita Kak Ani. Cerita kad bank pencen suami, ayam busuk dan tudung yang basah dengan air mata datang bersilih ganti.
Berat rasanya perasaan bantu orang yang zalim. Memudahkan cerai takliq Kak Ani ibarat membuka satu pintu jalan yang lebih merosakkan. Tangisan semakin panjang.
Lebih berat, harini Allah pertemukan saya dengan dua mukmin berjiwa besar, barangkali sudah tidak lagi merasai dunia seisinya.
Hebat asuhan keluarga ini, tidak ada riak dendam. Siapalah ibu ayahnya, ya? Keikhlasan menjaga adik yang dibuang sambil tunaikan kewajipan ibarat menjahit luka sendiri yang masih mengalir pekatnya darah.
Akhlak mereka menggentarkan jiwa saya. Tidak ada sebutir kata nista. Yang meniti di bibir hanya Allah dan sabar. Mereka lihat ujian yang datang bukan pada sebatang tubuh tetapi dari Allah. Daripada meratapi ujian, meraka anggap ia peluang untuk mencari gedung pahala.
Bilang Pak Ali, sekujur jasad itu akan kembali ke tanah jua seperti mereka. Mereka redha dengan segala ketentuan serta yakin dengan pembalasan akhirat.
Di atas kesabaran yang luar biasa, saya mendoakan semoga Allah kurniakan Pak Ali, Kak Yah sekeluarga ganjaran syurga tertinggi tanpa hisab, bangkitkan mereka di sana nanti dengan wajah yang bercahaya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi berulang di Simpang Renggam, laluan yang selalu 'ambil nyawa' kerana berlaku kemalangan. Kali ini empat orang maut dalam eksiden ngeri melibatkan lima buah kenderaan.