“Kakak ingatkan tu ubat batuk tapi rupanya methadone, kesemua batuk serentak & dia tak sengaja. Tindakan seorang ibu yang memberikan tiga anaknya cecair berbahaya methadone membawa kepada berita duka apabila seorang dari tiga anaknya meningga dunia sementara dua lagi kini berada di Unit Rawatan Rapi.
Dalam kejadian menyayat hati semalam, mangsa berusia 11 tahun meninggal sementara dua adiknya, masing-masing berusia 9 dan lima tahun dilaporkan kritikal dalam kejadian di Sungai Ramal Baru, Kajang.
Polis yang menerima makluman berhubung kejadian itu jam 9.01 pagi daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) bertindak menahan ibu kandung kanak-kanak ini yang berusia 35 tahun bagi membantu siasatan.
Ads
Dalam pada itu, adik kepada wanita berkenaan tampil memberi penjelasan di Tik Tok selepas kes ini tular.
Seorang individu dikenali sebagai @itsfaiz berkata, kakaknya secara tidak sengaja telah memberikan ketiga-tiga anaknya cecair merbahaya itu selepas menyangka ianya adalah ubat batuk kerana kesemua anaknya batuk.
Menurut @ItsFaiz lagi, kesemua anak saudaranya mengalami batuk masa yang sama menyebabkan kakaknya memberi anak-anaknya cairan tersebut tanpa menyedari ianya adalah ubat yang salah.
Ads
“Jangan sebarkan benda yang tak betul. Kalau tak tahu cerita baik diam. Jangan sebar fitnah kalau tahu tahu apa-apa,” katanya yang mengakui kakaknya tersilap memberi ketiga-tiga anaknya ubat methadone.
Ads
Tegasnya lagi, penyebaran maklumat yang tidak sahih perlu dihentikan kerana situasi ini sangat menyedihkan buat seluruh keluarga mereka.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan kes berkenaan dan penahanan wanita berusia 35 tahun itu.
“Ya saya sahkan kejadian seorang kanak-kanak maut dan dua lagi sedang dirawat di hospital dan ibu mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada BH.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seorang wanita dari Terengganu dilaporkan antara kira-kira 50 individu di dunia yang memiliki darah paling jarang dikenali sebagai “golden blood” atau darah Rh-null.
Istilah ini bukan sekadar gelaran dramatik. Dalam dunia perubatan, Rh-null merujuk kepada kumpulan darah yang tidak mempunyai sebarang antigen Rh pada sel darah merah, sesuatu yang sangat jarang berlaku.
Kebanyakan kita biasa dengan kumpulan darah A, B, AB atau O, serta faktor Rh positif atau negatif.
Namun bagi individu dengan darah Rh-null, mereka tidak mempunyai antigen Rh langsung. Keadaan ini sangat luar biasa dan hanya dikenal pasti pada sebilangan kecil manusia di seluruh dunia.
Kerana terlalu jarang, darah ini amat bernilai dalam situasi perubatan tertentu.
Individu dengan darah Rh-null boleh menderma kepada mereka yang mempunyai jenis darah Rh yang sangat jarang.
Namun cabarannya, mereka sendiri hanya boleh menerima darah daripada penderma Rh-null juga.
Sebab itu individu yang memiliki darah ini biasanya digalakkan untuk berdaftar sebagai penderma tetap dan menjalani pemantauan kesihatan berkala.
Walaupun unik, memiliki darah Rh-null juga datang dengan risiko.
Sesetengah individu mungkin mengalami anemia ringan atau masalah berkaitan sel darah merah. Oleh itu, pemantauan kesihatan sangat penting.
Dalam keadaan kecemasan, mendapatkan bekalan darah yang sepadan boleh menjadi cabaran besar.
Kisah wanita Terengganu ini membuka mata ramai tentang kepentingan mengetahui jenis darah sendiri.
Ramai wanita sebenarnya layak menderma darah, namun masih kurang kesedaran atau takut mencuba.
Hakikatnya, satu beg darah mampu menyelamatkan sehingga tiga nyawa.
Suami isteri rentung bersama tiga anak perempuanm, dua beradik bergelar yatim piatu dalam tragedi Ramadan. Suasana sedih menyelubungi dua beradik yang bergelar yatim piatu sekelip mata apabila ibu, ayah serta tiga adik beradik meninggal dalam tragedi kebakaran rumah.
Dalam kejadian jam 3.35 pagi tadi di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong sekeluarga terdiri dari suami isteri dan tiga anak perempuan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah.
Mangsa yang terkorban terdiri dari Mohd Alawi Muhammad, 56, dan isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44 serta tiga anak perempuan mereka, Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10 sementara dua lagi terselamat kerana tinggal di asrama sekolah.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.40 pagi melalui panggilan anggota Pondok Polis Pamah Kulat.
Menurutnya, susulan itu, pihaknya bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bergegas ke lokasi kejadian.
“Hasil siasatan mendapati lima sekeluarga yang menghuni rumah tersebut telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau memaklumkan dua lagi anak mangsa terselamat kerana ketika kejadian berlaku mereka tiada di rumah.
“Difahamkan anak sulung mangsa berusia 19 tahun tinggal di asrama Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan, manakala seorang lagi anak lelakinya berumur 15 tahun berada di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong,” katanya.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim, berkata keseluruhan rumah dilaporkan musnah 100 peratus dan turut terbakar tiga buah kereta serta tiga buah motosikal.
Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Senarai Bazar Ramadan 2026. Setiap tahun, bazar menjadi ‘syurga’ juadah berbuka. Dari kuih tradisional, ayam percik, murtabak panas hingga air balang pelbagai warna, semuanya tersedia di satu tempat.
Lebih daripada itu, bazar Ramadan juga menjadi sumber rezeki buat ramai peniaga kecil, termasuk golongan B40 yang bergantung pada jualan bermusim ini untuk menyara keluarga.
Jadi, buat anda yang suka merancang menu berbuka, berikut senarai lokasi bazar Ramadan sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.