
Peniaga bazar Ramadan ‘berputih mata,’ meja patah, lebih 10 balang air tumpah. Seorang peniaga air balang di bazar Ramadan Jalan Haji Ahmad, Pahang, mengalami detik malang apabila lebih 10 balang air jualannya tumpah begitu sahaja selepas meja yang digunakan patah.
Peniaga Bazar Ramadan ‘Berputih Mata,’ Meja Patah, Lebih 10 Balang Air Tumpah
Kejadian yang tular menerusi beberapa keping gambar menunjukkan semua balang air terbalik ke belakang, menyebabkan kesemua air jualannya tertumpah di atas tanah. Keadaan itu bukan sahaja mengakibatkan kerugian, malah turut memberi kesan kepada peniaga tersebut untuk meneruskan perniagaannya pada hari itu.
Menurut perkongsian di media sosial, ada yang berpendapat meja yang digunakan mungkin tidak cukup kukuh untuk menampung berat balang air yang banyak.
Baca artikel lain juga: Ketam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi! Memudahkan Kerja & Menjimatkan Masa Geng Mak-Mak
“Ujian,” tulis kapsyen pada hantaran tersebut.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar peniaga berkenaan terus tabah menghadapi dugaan serta berjaya dalam perniagaan pada hari-hari berikutnya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
“Allahuakhbar dugaan bulan puasa…..semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.”
“Kaki meja zaman sekarang tak tahan macam dulu punya kualiti dah kurang.”
“Niaga air berat, kena guna meja tempa yang kaki kuat.”
“Meja macam tu memang ta tahan bagi penjual ai sebab air bila dah banyak jadi berat. Kaki meja kena custom.”
Di doakan semoga peniaga tersebut berlapang dada dengan ujian ini serta dimurahkan rezeki untuk meneruskan perniagaan pada hari seterusnya.
Sumber: Facebook Hakim Ahmad via Warga Kuantan Official

Baca artikel lain juga: Wanita Jangan Mudah Mengalah, Noralinda ‘Jalan Terus’ Akui Bukan Mudah Berniaga Makanan
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI:
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panaskan PISAU Kemudian Tekap Di Lengan, Ibu TIRI Aniaya Anak DIHUKUM

Isi Kandungan
ToggleGambaran ibu tiri kejam yang sering diperkatakan dalam masyarakat sememangnya betul-betul wujud. Sepatutnya seorang ibu tiri melindungi anaknya walaupun bukan dari darah dagingnya namun tindakan yang diperlakukan ini cukup melampaui batas.
Seorang wanita telah memanaskan pisau terlebih dahulu kemudian tekap di lengan mangsa dan hari ini ibu tiri aniaya anak tirinya telah dihukum dengan hukuman yang setimpal.
Ibu Tiri Dihukum Penjara 24 Bulan
Seorang wanita dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan, Pahang hari ini selepas mengaku bersalah menganiaya dan mencederakan anak tirinya.
Tertuduh, Khairunnisa Abdullah, 24, didakwa berbuat demikian terhadap mangsa yang berusia sembilan tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal di rumahnya di Muadzam Shah pada 20 September lalu.
Hakim Siti Aminah Ghazali turut memerintahkan tertuduh melaksanakan bon berkelakuan baik dengan pengawasan selama tiga tahun, khidmat masyarakat selama 120 jam dan melapor diri di Balai Polis Chenderawasih sebulan sekali.
Ibu Tiri Turut Dikenakan Hukuman Tambahan
“Hukuman tambahan itu dikenakan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara selama 24 bulan,” katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh meletakkan pisau yang dipanaskan di atas lengan kanan mangsa sehingga menyebabkan mengalami kecederaan fizikal pada 3 petang, 20 September lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Faizal Hiqram Azmi.
Mohd Faizal Hiqram meminta mahkamah meringankan hukuman dan mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh kerana kesalahan kali pertama dan sudah insaf.
Baca Juga Di sini:
Ibu Tiri Bukan Kejam, Ramai Juga Yang Lebih Baik Dari Mak Sendiri

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Panaskan Pisau, Tekap Di Lengan Mangsa
Bagaimanapun, Sharifah Nurul Syuhada meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana sepatutnya melindungi kanak-kanak berkenaan bukan dengan cara menganiaya dan mencederakan.
“Ia kesalahan serius apabila tertuduh sanggup mengambil dan memanaskan pisau terlebih dahulu sebelum menekap di lengan kanan mangsa,” katanya.
MW: Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua mak-mak di luar sana. Tidak kiralah anak tiri atau anak kandung, sepatutnya seorang ibu menyayangi anaknya seadanya. Diharap ibu ini menyesal atas perbuatannya.
Sumber: myMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ketam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi! Memudahkan Kerja & Menjimatkan Masa Geng Mak-Mak

Isi Kandungan
ToggleKetam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi! Memudahkan Kerja & Menjimatkan Masa Geng Mak-Mak. Ramadan sudah tiba sudah pasti mak-mak dirumah dan juga geng mak-mak bekerja kalut di dapur untuk sediakan menu sewaktu berbuka.
Istimewa Ramadan kali ini Mingguan Wanita sediakan video khas ‘Mak Empal Buka Apa Hari Ini? untuk mak-mak yang tengah pening memikirkan menu apa yang nak dihidangkan untuk keluarga tercinta.
Apa kata cubalah menu Ketam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi, makan sekali gembira tak terperi ni! Jangan ketar bila lewat pulang dari ofis tau, sebab barang-barang memang senang nak sediakan.
Jom kita masak, Ketam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi!
Bahan-Bahan :
2 ekor Ketam
10 biji Cili Padi
Sebiji Bawang Merah
Sedikit Halia
Sedikit Kunyit hidup
2 batang Serai
1 biji Nenas
Daun kunyit
1 cawan Santan
1 cawan air
Cara Memasak :
- Kisarkan cili padi, bawang merah, halia dan kunyit hidup
- Kemudian tumiskan bahan-bahan dikisarkan tadi di dalam kuali
- Masukkan serai yang telah diketuk, nenas, kemudian didihkan
- Kemudian masukkan ketam
- Apabila sudah sebati masukkan santan dan air tutupkan kuali dengan penutup biarkan hingga mendidih
- Apabila sudah sebati kacau dan masukkan daun kunyit yang telah diracik, masukkan garam dan serbuk perasa.
- Siap dan bolehlah dihidangkan untuk berbuka puasa.
Menarik Disini : 22 Selebriti Kongsi Resipi Menarik Dalam Rasa Mak Ajar Masak
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Ini Cuma Sedar Isteri Tunjukkan 6 Tanda Kematian, Sehari Selepas Dikebumikan

Isi Kandungan
ToggleSuami ini mencatatkan satu hal yang sukar diluahkan oleh seorang lelaki yang baru kehilangan isteri tercinta. Biarpun dekatnya isteri di hatinya, suami cuma sedar tanda kematian yang isteri tunjukkan sehari selepas isteri meninggalkannya dan anak.
Catatan Faid Noorazmi, 23 ‘tanda-tanda kematian seorang srikandi hati’ ini cukup sayu dan meruntun hati. Isteri beliau, Siti Aishah Binti Ismail yang juga guru tahfiz mengalami kemalangan ketika pulang dari sekolah.
Dalam tempoh sehari saja, arwah isterinya itu telah menunjukkan 6 tanda-tanda yang dia bakal meninggalkan suami dan anak buat selama-lamanya. Namun, semua itu hanya disedari sehari selepas isterinya telah tiada.
6 Tanda Kematian Seorang Srikandi Hati
Hari ni genap sebulan (ketika catatan ini ditulis pada 11/Mac) di mana hari Ayang menunjukkan beberapa tanda Ayang akan pergi buat selamanya..
Sungguh sewaktu Ayang masih ada abang tak perasan itu adalah tanda-tanda pemergianmu. Sehari lepas Ayang pergi baru abang perasan..
Coretan saya pada kali ini mungkin agak panjang. Moga kalian tidak bosan membacanya. Moga ia membawa manfaat dan pengajaran buat kita semua.
Tanda 1
Sebelum abang pergi exam Ayang tiba-tiba tanya abang nak makan apa. Ayang sungguh-sungguh tanya abang nak makan apa, Ayang memang nak masak special untuk abang.
Tapi abang tak memilih. Abang tak kisah. Janji abang dapat makan masakan Ayang. Ayang masak ayam masak merah & tauhu jepun sos tiram. Tak sangka itu adalah masakan yang terakhir Ayang untuk abang.
Tanda 2
Ayang nak pergi pasar. Mula-mula Ayang ajak mak pergi pasar sebab mungkin Ayang tengok abang sibuk study.
Tapi last minit Ayang cancel nak pergi dengan mak. Ayang minta abang teman. Ayang cakap dengan abang kita dah lama tak dating sama-sama.
Tapi sebenarnya kita selalu je keluar berdua sama-sama. Tak tau macam mana ayat tu boleh keluar dari mulut Ayang. Ternyata..itu adalah kali terakhir kita keluar bersama.
Tanda 3
Petang selepas Ayang pergi program dengan anak-anak halaqah Ayang. Ayang post satu gambar di IG. Ayang buat caption.. “Selain Khalil, anak-anak halaqah ini juga saham dunia akhirat buat Ayang.
“Ayang pesan moga semua boleh tamam khatam hafaz al-quran dan jaga al-quran sampai mati. Ayang cakap tu juga pesanan buat diri Ayang juga”.
Tak sangka itu adalah post terakhir Ayang dan pesanan terakhir buat anak-anak halaqah Ayang.
Tanda 4
Lepas balik makan malam dari restoran Pak Itam (Restoran Ika Ikin) dekat Rembau, Ayang balik awal dengan mak. Abang balik lewat dengan abah.
Sampai saja abang dekat rumah, Ayang dah tunggu abang di ruang tamu. Ayang minta abang dodoikan adik sebab adik meragam.
Macam biasa abang akan baca al-Mulk sambil tepuk adik. Disebabkan adik tak tidur juga abang tambah bacaan surah ad-Dhuha sampai an-Nas.
Masa abang baca surah-surah tu adik mula tidur dan bila abang toleh pandang Ayang, Ayang pandang abang lama sambil senyum.
Allah senyum yang sangat manis. Ayang senyum dekat abang pun lama. Abang tahu Ayang suka bila tengok adik tidur masa abang baca kalam suci dekat dia.. tapi sayang sekali..itu adalah senyuman manis yang terakhir Ayang buat abang.
Tanda 5
Lepas habis baca surah an-Nas abang terus pass adik pada Ayang. Ayang masuk bilik dulu nak tidur dengan adik, abang masih duduk di ruang tamu.
Tak lama lepas tu Ayang bagi tau abang adik terjaga & meragam balik. Abang terus masuk bilik siap-siap nak tidur & temankan Ayang.
Waktu tu agak ngantuk sangat. Ayang terus menyusukan adik sebab dah meragam. Sebelum abang lelapkan mata. Ayang panggil abang.
“Abang..jom borak..kita dah lama tak borak” Statement ni memang pelik dalam fikiran abang sebab memang kita selalu juga borak sebelum tidur.
Tapi tak tau kenapa malam tu Ayang boleh buat statement macam tu. Abang tak menolak. Abang cakap kalau nak borak, alihkan tempat tidur adik dekat hujung.
Ayang tidur tengah. Senang kita nak borak. Ayang balas cakap takpelah then Ayang terus sambung menyusukan adik.
Macam biasa. Ayang akan mohon maaf pada abang atas segala kesalahan ayang sebelum kita tidur. Abang pun sentiasa memaafkan Ayang. Itu adalah kata maaf terakhir Ayang pada abang.
Tanda 6
Macam biasa bangun subuh, abang nak ke masjid. Tengok Ayang masih menyusukan adik, abang tanya pukul berapa adik tidur malam tadi dan pukul berapa dia bangun?
Ayang jawab, adik tak tidur langsung dari mula abang lelap sampai abang bangun subuh. Adik meragam. Ayang tak tidur jaga adik, menyusukan adik. Maafkan abang tak sedar. Khalil meragam sampai subuh.

Lepas balik masjid baru Ayang & Khalil tidur.. Allah.. rupanya Khalil meragam malam tu mungkin sebab dia tau Ayang nak pergi tinggalkan dia buat selamanya.
Hebat kuasa Allah.. selepas pemergian ayang. Khalil tak meragam macam dia meragam masa Ayang ada.
Dia seolah-olah memahami Ayang dah tak ada.. abah, wan, atuk & family selesa jaga adik. Tak penat jaga adik sebab tak meragam..hebat kuasa & perancangan Allah.
Aku Redha Atas Isteriku
Inilah 6 tanda yang arwah isteri saya tunjukkan dua hari sebelum pemergiannya.. tanda-tanda ni berlaku dalam satu hari sahaja.. 10/2/2018 bersamaan hari sabtu.
Allah gerakkan hati Ayang untuk berkhidmat buat kali terakhir pada suami & anak.
Terima kasih Ayang..Terima kasih ya Allah di atas pinjaman seorang srikandi bernama Siti Aishah Binti Ismail yang Kau berikan padaku.
Sungguh aku menjadi saksi akan kebaikan & kemuliaan isteriku berbakti pada suami, anak, mak ayah & rakan-rakannya di atas dunia ni. Perginya isteriku adalah kehilangan besar dalam hidupku.. Aku redha atas ketentuanMu dan aku turut redha atas isteriku..
Moga Engkau pelihara dan lindungi isteriku hingga Kau masukkannya ke dalam syurgaMu..aamin..
Buat para sahabat-sahabatku, pesanku.. hargai dan redhailah pasangan kalian dalam setiap nafas kalian.
Jangan sesekali kita abaikan dan sakiti hati mereka. Jagalah pasangan kalian sebaiknya kerana pasangan kita adalah saham kita menuju ke syurga. Jika pasangan kita redha pada kita..insyaAllah syurga buat kalian.
Buat yang masih ada pasangan. Mari sama-sama kita cari dan dapatkan redha pasangan masing-masing. InsyaAllah redha pasangan kita, Allah juga akan redhai kita semua.. aamin.
Sumber/Foto : Faid Noorazmi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI