Sedapnya Sambal Belacan Cili Kering ni.Setiap daripada kita pasti ada nostalgia dengan sesuatu makanan ataupun sering kita makan atau resipi yang mak kita selalu buat masa kecil-kecil dulu. Ia pastinya suatu kenangan manis yang takkan dapat dilupakan apatah lagi jika ia air tangan daripada mak sendiri. Kesedapannya nya tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-katalah, walaupun ia hanya resipi yang simple je.
Melalui perkongsian oleh Murni Rahmat, beliau berkongsi resipi air tangan ibunya iaitu Sambal Belacan Cili Kering yang sering ibunya sediakan buat mereka adik beradik. Berikut antara perkongsian beliau;
“Masa kecik-kecik dulu, mak selalu buat sambal belacan cili kering. Dah berbelas tahun tak makan, hari ni mak minta buatkan sambal belacan macam dulu-dulu. Dulu mak buat untuk kami. Sekarang saya buatkan untuk mak pulak. Nostalgia sungguh. Zaman kecik-kecik dulu kami hidup susah. Apa yang mak hidangkan semua kami makan tanpa rasa kekurangan. Sayang mak.”
Bahan-Bahan:
Sebiji bawang besar saiz sederhana *
Seulas bawang putih *
Seketul belacan *
Ikan bilis kalau suka *
Cili kering *
Asam jawa/limau
Garam dan gula
Cara-Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * sampai wangi.
IKLAN
2. Cili kering goreng dengan api perlahan, sebab mudah hangit.
IKLAN
3. Tumbuk/blend sampai hancur.
4. Sesuaikan rasa masin, masam dan manisnya dengan garam, gula dan asam jawa/limau.
IKLAN
5. Sedap kalau makan dengan nasi panas, sayur lemak putih n ikan masin.
Kuih Lepat Ubi banyak meninggalkan kenangan manis dan nostalgia buat sebahagian kita. Apatah lagi kuih lama ni, paling mudah dibuat oleh mak-mak dan nenek-nenek kita.Jika dahulu, kuih ni lah yang paling mudah dibuat untuk hidangan minum petang, sarapan pagi mahupun waktu kenduri kendara. Memandangkan ubi kayu mudah didapati dan ditanam sekeliling rumah.
Tak sangka rupanya 6 bahan je diperlukan untuk buat kuih tradisonal Lepat Ubi yang kenyal-kenyal dan sedap ni.
Peminat kuih Lepat Ubi boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Mas Intan Masman ini sebagai panduan.
Ada peminat lepat ubi? Yang kenyal-kenyal ghithuu.Sis bagi resepi.
Bahan-Bahan:
3 cawan ubi yang sudah diparut dan ditapis guna kain dan diperah.
250ml Sekotak santan
250ml Sekotak air
Secubit garam
Secawan gula merah atau suka nak semanis mana.
1-2 sudu tepung gandum
Daun pisang dan layurkan atas api biar layu sikit.
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan dalam ubi yang dah diparut dan ditapis.
2. Gaul semua dan rasa manisnya ( sis suka manis-manis buah je).
3. Ambil daun pisang dan letak sesudu besar ubi yang macam dalam gambo tu.
4. Bungkus lipat (sis punya banyak-banyak bentuk).
5. Susun dan kukus selama 25 minit.
6. Bila dah masak biarkan lepat ubi menjadi suam-suam baru bukak daun. Dah boleh makan.
Mingguan Wanita : Sedapnya kuih tradisional Lepat Ubi ni,apatah lagi makan waktu panas-panas lepas kukus.Nak buat pun mudah dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Mak-mak boleh cuba nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Resipi Penkek Souffle Jepun ini pasti dapat memenuhi selera seisi keluarga termasuk anak-anak. Bila anak-anak semua ada di rumah, masalah yang sama sedang dihadapi oleh mak-mak; apa lagi yang boleh disediakan di rumah untuk anak-anak dan suami. Antaranya penkek, macam-macam jenis penkek dah cuba. Ha…apa kata kali ni cuba buat Penkek Souffle Jepun pula. Sangat gebu dan lembut kejadiannya, pasti anak-anak suka.
Resipi ini telah dikongsi oleh puan Raihatul Wardah di facebook miliknya; https://www.facebook.com/wardah7474. Resipi ini adalah versinya sendiri selepas menggabung dan mengolah beberapa resipi yang diperolehnya di media sosial.
Cubalah, Resipi Ini Guna Enam Bahan Saja!
Bahan A:
3 biji Kuning Telur
2 sudu besar susu segar @susu penuh krim@susu sejat
1.Gaul sebati bahan A di dalam mangkuk menggunakan hand whisk/senduk.
Pukul bahan B menggunakan mixer sehingga adunan betul-betul kembang ( soft peak). * adunan kelihatan seperti bertanduk dan apabila adunan diterbalikkan ianya tidak akan tumpah daripada mangkuk.
Campurkan adunan A dan adunan B. Kacau perlahan sehingga adunan sebati.
4. Letakkan sedikit minyak ke atas frying pan dengan rata. Kemudian tuang sedikit adunan tersebut ke atas frying pan, menggunakan senduk bulat atau plastik nozel.
5. Tutup sebentar frying pan (1-2 minit) untuk mendapat penkek naik dengan cantik. Gunakan api sederhana untuk memasak penkek tersebut.
6. Terbalikkan penkek untuk mendapat tekstur dan warna yang sekata.
7. Bila semua telah masak, bolehlah hidangkan dengan sos coklat untuk menambah lagi keenakannya. Atau boleh gunakan sos lain yang disukai oleh keluarga seperti sos strawberi dan sebagainya. Penkek ini sangat lembut dan sedap…sesuai dimakan bila-bila masa. Selamat mencuba.
Khas buat mak-mak yang suka masak sayuran hijau seperti brokoli. Rupanya ada tip mudah yang dikongsikan oleh Puan Salmy Saznira untuk membersihkan lilin pada brokoli yang dibeli. Bukan apa, kadangkala sayur sayuran mahupun buah-buahan disembur dengan bahan pengawet untuk memastikannya kekal segar dan tahan lebih lama.
Berikut perkongsian oleh wanita ini sebagai panduan mak-mak;
“Dulu kakmie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu.Ada perasan tak?
“Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.Tu la kakmie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.”
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. InsyaAllah.
Cuba rujuk video di bawah. Kakmie ada buat eksperimen.
– Brokoli (kiri) sebelum direndam.
– Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli-(Racun lilin dah hilang).
Ps : Nanti jangan lupa beritahu famili, kawan-kawan tentang tips nih deh, supaya mereka pun tahu. Sama-sama kita sihat.
Jadi buat mak-mak yang selalu memasak, pastikan cuci dahulu bersih-bersih sayur-sayuran dan buah-buahan iya, untuk kesihatan keluarga pada jangka panjang.
Anak syurga berusia 2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu...