Sebenarnya tak susah pun nak buat resepi coleslaw super sedap yang rasanya enak dan berlemak. Yang penting, bahan yang digunakan tepat. Ini cara paling mudah, tapi rasanya memang enak lemak berkrim.
Bahan-Bahan Buat Coleslaw
1 mangkuk Kubis – hiris halus
1 mangkuk lobak merah hiris halus
2 sudu besar mayones (Guna jenama ladies choice)
Sedikit gula
Ads
11/2 sudu besar susu tepung penuh krim
Sedikit limau nipis/oren
Step 1
Kubis dan lobak merah yang dah dihiris nipis tu jadikan 1 mangkuk.
Ads
Step 2
Masukkan 2 sudu mayones. Kalau tak ada jenama atas tu boleh saja gunakan apa-apa jenama yang anda suka. Gaul rata.
Step 3
Tambah sedikit gula. Ikut cita rasa anda. Masa ini cubalah rasa nak manis ke kurang manis ke, terpulang..
Step 4
Masukkan susu tepung ikut sukatan yang diberi.
Ads
Step 5
Perahkan sedikit limau nipis/oren/lemon (mana yang ada di peti ais andalah kiranya). Ini nak bagi tindak balas dan memasakkan bahan-bahan lain.
Ibu ini sentap bila anaknya disamakan dengan anak mamak oleh seorang wanita yang digelarnya makcik bawang. Betapa setiap ibu akan mempertahankan anaknya dengan apa cara sekalipun. Hatta kata-kata daripada orang yang tak dikenali pun boleh menggores hati seorang ibu. Ini cerita realiti yang terjadi dalam masyarakat kita.
Saya bukan nak tanya soalan tapi saja nak share satu cerita yang menyakitkan hati saya semalam.. Macam mana ye nak layan mulut makcik bawang yang sekarang ni makin banyak sangat kat luar sana?
Ceritanya semalam saya pergi majlis kesyukuran jiran. Ramai juga la yang layan anak saya. Anak saya baru 3 bulan. Dalam ramai-ramai orang tu, ada sorang makcik bawang sebelah saya tiba-tiba je dia cakap “macam anak mamak” cakap kuat-kuat pulak tu.
Padahal anak saya tak ada la hitam sangat pun. Kulit anak saya sawong matang. Saya terkejut dia cakap macam tu tanpa rasa bersalah. Depan-depan orang ramai dia hina anak saya.
Saya dengan rasa marah, terus ambil anak saya dan minta izin kat tuan rumah untuk balik.. Suami pun tak banyak cakap dan dia ikut je. Maybe dia pun marah dengan makcik tu.
Saya dan suami ambil keputusan balik terus (padahal baru sampai) sebab takut kalau lagi lama kat situ, lagi tak terkawal rasa marah kami. Sampai ke pagi ni saya masih teringat lagi kata-kata makcik bawang tu.
Kalau cakap sekadar bergurau, tak apa la asaya boleh terima. Tapi makcik tu cakap serius siap jeling lagi kat anak saya. Saya harap sangat lepas ni saya dah tak jumpa dah spesies makcik-makcik bawang ni.
Sesetengah pekebun, tanam pokok rama-rama buat hiasan kediaman. Ada juga yang sengaja tanam untuk jadikan penawar sakit gout, kencing manis dan sebagainya. Rupanya bukan semua pokok rama-rama itu boleh jadi penawar. Malah ada petua tepat untuk membolehkan pokok rama-rama ini sampai jadi penawar.
Pokok rama-rama ini ada yang warna merah dan ada yang warna hijau. Yang boleh dijadikan penawar penyakit tu hijau warnanya. Perkongsian dari Roseli Zin memberi cara-cara memilih pokok rama-rama yang boleh dijadikan penawar penyakit…
“Dua hari lepas saya ada terbaca tentang pokok Rerama hijau yang rakan post dalam grup ini (Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri).
“Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya, yang mula tanam pokok ini hampir 2 tahun lalu semasa pokok ini mula-mula dikenali. (Harga sepokok anak pokok pada masa itu paling kurang RM100 baka dari Thai).”
Melalui pengalaman saya ianya mampu merawat sakit gout,kencing manis, buasir dan lain-lain penyakit bila minum air rebusan daun pokok ini mengikut panduan berikut:
1. Pokok rama-rama mesti matang (selepas 4 bulan ditanam)
2. Rebus daun kering mengikut sukatan. 5 gm daun kering + 500 ml air.
3. Minum 2 kali sehari teh dari pokok rama-rama ini. (Pagi dan malam).
~ Walau bagaimana sekali pun kita hanya berusaha, ketentuan kesembuhan atas kehendak-NYA jua.
Sumber / Foto: Facebook Roseli Zin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa sangka gua sampah ini mampu berubah menjadi kediaman indah yang indah lagi selesa untuk didiami.Jangan pandang rendah pada rumah lelong, rumah tinggal mahupun rumah terbiar. Jika kena caranya, rumah-rumah ini boleh jadi lebih cantik malah bernilai tinggi tau!
Contohi pasangan dari Perancis ini, yang nekad membeli ‘gua sampah’ pada harga lelong hanya serendah € 1 (RM5)sahaja, namun berjaya mengubahsuai gua tersebut menjadi rumah yang cantik dan selesa! Hebat kan!
Kisahnya bermula apabila Alexis Lamoureux yang berumur 24 tahun terpaksa kembali ke kampung halamannya, yang terletak di sebuah bandar kecil di Perancis, iaitu Amboise, selepas bar tempat kerjanya muflis. Lamoureux berharap dapat mencari pekerjaan di kampungnya itu dan menyewa sebuah rumah yang murah untuk tinggal bersama teman wanitanya, Lotte Van Riel.
Dengan duit yang sedikit untuk menyewa sebuah rumah di Amboise tampak mustahil sehinggalah Lamoureux teringat tentang rumah ibu saudaranya di sebuah gua yang tidak didiami dan terbiar selama hampir 25 tahun.
Apabila melihat keadaan rumah gua tersebut, pasangan tersebut terkejut melihat longgokan sampah yang dihurungi tikus dan lipas memenuhi ruang rumah gua itu. Dinding gua pula kelihatan rapuh ditambah dengan ketiadaan sistem pembentungan, air dan elektrik. Ruang ini jelas sangat tidak sesuai untuk didiami langsung. Walau bagaimanapun, Lamoureux dan Riel bertekad untuk mengubah suai rumah gua yang dipenuhi sampah sarap ini sendiri dan memberikannya ‘wajah baru’. Jadi, mereka membelinya dengan harga € 1(RM 5) di sebuah agensi lelong.
Kesungguhan pasangan ini wajar dipuji. 10 buah bank yang mereka pergi untuk mendapatkan pinjaman kewangan bagi mengubah suai rumah sebanyak €25,000 semuanya ditolak.
Namun, pasangan ini tidak berputus asa, malah menghabiskan masa selama 3 tahun dengan bekerja di restoran ayah Lamoureux untuk mengumpul duit bagi menampung kos mengubah suai rumah tersebut.Pasangan berjaya mengumpulkan kos pengubahsuaian sebanyak € 35, 000 (RM 167, 133) untuk memperkuatkan dinding gua dan membina sistem pembentungan serta elektrik. Semua ini dilakukan mereka sendiri. Perabot rumah pula dibeli dari pusat barangan terpakai.
Berkat usaha pasangan ini, selepas 1 tahun, rumah gua ini akhirnya berwajah baru dengan penukaran 360 darjah!
Setelah diubahsuai rumah ini memiliki dua bilik tidur, dua bilik air dan sebuah dapur. Malah memiliki internet, seperti kebanyakan rumah moden lain.Lebih istimewa, Lamoureux dan Riel bukan hanya memiliki rumah untuk didiami malah memperolehi sumber pendapatan daripada “rumah gua” tersebut. Mereka menyewakan sebuah bilik berasingan dirumah tersebut pada harga €50 (RM250) semalam dan turut tersenarai didalam web penginapan sewa rumah Airbnb.
Hebat kan! Tahniah buat pasangan ini, semoga menjadi inspirasi buat kita.
Sumber: Vocativ.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!