
Isi Kandungan
ToggleResepi sambal garing pedas homemade ini mudah saja nak memasaknya. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah saja.
Sambal garing homemade ini sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas atau pun bubur. Jadi penyedap rasa gitu. Perkongsian resepi daripada Siti Zubaidah Hassan ini disarankan cuba.
Bukan saja mudah nak membuatnya, malah hasilnya sedap.
Resepi Sambal Garing Pedas Homemade
Cili kering jenis yang pedas – cuci, tos
Ikan bilis – goreng garing
Bawang merah – hiris, goreng garing
Bawang putih – goreng garing
Cara membuat :
Cili kering yang telah ditos, digoreng dengan minyak. Jangan lama sebab cepat garing. Kemudian, kisar kering dengan sedikit garam. Gunakan garam halus.
Panaskan sedikit minyak dalam 2 ke 3 sudu makan. Gunakan api yang kecil. Lalu masukkan semua bahan dan kacau bila sebati.
Tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas.

Siap! Makan dengan bubur pun sedap.
Baca sini : Resipi sambal garing sedap, tambah kacang, tempe nak bagi muai.
Sumber/Foto : Siti Zubaidah Hassan
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tutorial MUDAH Balut & Masak KETUPAT PALAS, Waktu Kukus Lapik Daun Pandan!

Isi Kandungan
ToggleSelain ketupat nasi, ketupat pulut daun palas pun antara menu wajib ada pagi raya yang sedap dimakan dengan rendang.Tak lah susah sangat nak balut dan masak ketupat palas ni ikut tutorial yang dikongsikan Cik Pooja ni.
“Disebabkan semalam ramai yang mintak cikpooja tunjuk step by step cara nak balut ketupat palas.Ni cikpooja tunaikan janji yea.”
Bahan-Bahan:
Pulut kukus@arong
Daun palas
Cikpooja sertakan sekali resepi dan cara nak masak pulut arong@kukus.
3 kg Beras pulut
2 biji kelapa (Santan pekat)
Garam
Gula
Daun pandan(untuk lapik lubang-lubang dikukusan yea)
(Sukatan bahan bergantung pada banyak mana kome nak buat yea)
3kg beras pulut = 2biji kelapa (santan pekat)
Gula dan garam dibancuh dengan santan.Agak-agak la yea tuk bagi pulut kita ada rasa lemak masin manis-manis manja gitu.
Cara Membuat:
1. Rendam beras pulut dalam 3-5jam
2. Toskan dan masukkan dalam piuk kukus yang dah dilapik daun pandan (tujuannya supaya beras tadi tak jatuh bersepah ikut lubang piuk kukus tu).
3. Kukus sampai beras tadi masak sempuna yea.Rasanya dalam 30-35 minit.
4. Bila dah masak, masukkan pulut tadi dalam bekas…tuang santan sikit demi sikit dan gaulkan supaya dia serap sebati dengan pulut. Ulang step sampai santan dan pulut sebati lemak berkrim yea.
5. Dah tu boleh la balut dalam daun palas.
Step balut ketupat rujuk gambar dibawah;
8. Bila dah siap lilit, simpul daun di bahagian pangkalnya kemas-kemas. Kemudian potong lebihan daun supaya tak nampak terjuntai sangat.
9. Okeyyyyyyy..siap dah. Kukus ketupat yang dah siap ni selama 10-15mnit supaya santan yang kita arong dengan pulut tadi masak sekata.Kira dah nampk ketupat kita berminyak merelit tu kira cun dah tu.
“Haaaaa..siap dah. boleh la dimakan bersama rendang atau gulai atau masakan sewaktu dengannya.”
Resepi rendang simple cikpoojaStyle
Bahan-Bahan:
3labu bawang beso
5ulas bawang putih
Seinci halia
7btg serai
Seinci lengkuas
1/2inci kunyit hidup(kalau takde, letak je kunyit serbuk dalam 1sudu besar)
10 bji cili kering (potong,rebuih)
(Semua dipotong dan dikisar)
Daging atau ayam dipotong (ikut la nak beso atau kecik)

Bahan tambahan.
1 sudu besar kerisik
1 biji santan kelapa
Sedikit air asam jawa
Sedikit daun kunyit
Sedikit daun limau purut
Daun-daun ni optional. Tak bubuh pon tak pe.
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak 1/2 senduk minyak.
2. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
3. Masukkan ayam atau daging.
4. Masak sampai dagingnya empuk elok.
5. Masukkan santan.
6. Masukkan kerisek,garam,gula dan perasa sesedapnya.
7. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dihiris.
8. Masak sampai rendang kita kering (tahap kekeringan kuah terpulang pada citarasa masing-masing yea.
9. Bila dah complete semua rasa…siaplah rendang kita.
Selamat mencuba.Resepi ikhlas dan mudah.
byCikpooja
Baca Lagi Di Sini:
Ketupat Roket Viral, Resepi Warisan Nenek Moyang Ini MUDAH Dianyam, 1 Syawal Boleh Hidang
Tak Pernah Masak Pun Boleh Buat RENDANG AYAM Ikut Resepi Ni
MW: Jadi buat mak-mak yang pertama kali nak buat ketupat palas ni, boleh ikut tutorial yang dikongsikan. Mudah je. Bolehlah makan pagi raya nanti.
Sumber: Cik Pooja
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Aiskrim Mewah Ala-Ala Magnum Guna 4 Bahan, Boleh Dapat Lebih 20 Batang!

Isi Kandungan
ToggleMemang menarik dengan hanya menggunakan 4 bahan untuk buat aiskrim mewah ala-ala Magnum, boleh dapat lebih 20 batang. Memang sangat menjimatkan, berbaloi dan puas hati makan. Malah rasanya pula memang sangat sedap, sebiji macam yang dijual dekat kedai.
Nak cuba buat sendiri Aiskrim Mewah Ala-Ala Magnum ni, boleh buat sendiri di rumah ikut resipi yang dkongsikan oleh Puan Riena Eris ini sebagai panduan;
Excited sungguh buat aiskrim ni. Tak menyabau nunggu beku esoknya..ngalahkn anaknya plak. Jom buat aiskrim mewah ala-ala magnum 4 bahan je. Serius sejibik rasa macam yang jual dekat kedai tu. Buat pon sonang tanpa mixer hokay.
Bahan-Bahan:
Arla Dairy whipping cream
Susu pekat manis
Coklat masakan (double boilerkan)
Almond nibs (sangai @ bakar )
Cara Membuat:
1.Mula-mula tuangkan susu pekat. Kalau nak manis letak lebih. kalau takut kena kencing manis sila kurangkan ye.Ikut tahap kemanisan masing-masing.
2.Yang ni diary milk whip krim. Rasa dia memang lagi lemak-lemak tapi tawar. Boleh je pakai non diary whip krim tapi beza la rase dia sikit, tak sama.Dekat kedai supply bakery, pasaraya biasa pon ade jual.
3. Tuang kan separuh kotak yer. Nak habiskan pun boleh ikut suka kome la.
4. Selepas itu bagi anak kome kacau ye. Suruh depa rasa dah maneh ka lom, just kacau manja-manja je guna sudu bagi sebati. Tak perlu mixer bagai, texture whipping krim ni memang ringan gebu aje bile dah jadi aiskrim.
5. Terus tuang adunan tadi ke dalam acuan silikon aiskrim tinggal ruang sikit bab nanti beku dia menngembang sikit. Pastikan dah letak batang eskrem tau, kalau tak nanti makan la aiskrim tanpa batang.. Mana nak beli acuan?? Just taip aiskrim silicone kat shopee tau cari harga yang paling murah.
6.Dah siap letak penutupnya terus masuk peti ais dan biar dia dok beku semalaman lebih kurang 8-10 jam. Supaya nanti senang nak coating coklat.
7.Almond nibs sila sangai kan. Nak sedap beli la bebanyak.
8. Coklat masakan tadi kita double boiler kan. Tapi saya beli yang dah siap senang terus celup je. Berryls gourmet dark coklat kalau nak pakai milk coklat pon bagus sebab dia nipis berbanding dark choc lebih tebal. Terpulang citarasa masing-masing.
9. Bila dah beku keluarkan dari acuan. Senang sangat nak keluarkan pakai silocone ni.
10. Yang ni dah ready nak celup dalam coklat.Togeii lagi tak dak baju. Tapi kalau anak suka boleh je bagi makan terus.
11. Ok terus junamkan dia dalam coklat cair tadi.
12. Selepas itu kasi dia joget jap goyang kan ke kiri ke kanan atas belakang bagi semua bersalut sama rata ye.
13. Hah tengok tu kacak kan lepas dah bagi dia pakai baju baru.Coklat auto beku sebab dia kan aiskrim takat suhu bawah negetif darjah celcius.
14. Selepas coating coklat terus cecepat kita tabur almond nibs tau. Sebab kalo lambat nanti yang coklat tadi terus auto mengeras. Nanti tak lekat pulak bebadam tu. Nak sedap letak bebanyak tau memang holiau la beb.
15.Bila dah tabur badam kemudian masuk kan si sado ni dalam freeze lebih kureng 15-30 minit bagi dia firm sikit. Selepas itu dah boleh makan.

Nak simpan lepas pindah kan dari piring tadi macam ni.
Jimat boleh dapat lebih 20 batang 1 kotak diary whipping krim tu. Jimat jugak kan. Tapi kalau nak lagi jimat campurkan dengan susu uht sekotak besaq lagi banyak dapat memang berbaloi. Mesti anak bangga nau-nau mak dia pandai buat aiskrim magnum.
Ni dah siap, tinggal ngap je. Kalau nak cantik lagi boleh je sprinkle dengan fancy choc rice, drizzle dengan white choc terpulang ikut kreativiti memasing buat la dengan anak-anak mesti diorg pon lagi teruja kalah kita yang tua ni.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Beza Fresh Cream & Whipping Cream, Senang Faham Supaya Tak Tersalah Beli
Aiskrim ‘Solero Shots’ Masam Manis Berlemak, Guna Serbuk Limau Nipis!
Aiskrim Asam Boi Bertambah SEDAP, Tambah Perahan Limau Kasturi Sikit!
Jimat Kos Buat Whipping Cream Sendiri, Mudahnya Enam Minit Siap!
Mingguan Wanita: Wah menariknya boleh buat aiskrim mewah ala-ala magnum macam ni. Guna 4 bahan je pun boleh jadi, malah sangat jimat berbaloi bila buat sendiri boleh dapat lebih 20 batang aiskrim!
Sumber: Riena Eris
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Goreng Crispy Ala-Ala KFC, Salut Dengan Tepung Protein Tinggi!

Isi Kandungan
ToggleAyam goreng boleh dikatakan menu kegemaran anak-anak yang mudah disediakan.Namun nak buat ayam goreng yang rangup ala-ala KFC ada caranya. Rupanya kena salutkan dengan tepung protien tinggi sebagai salah satu ramuannya. Malah nak goreng ayam agar masak sekata pun ada tekniknya.
Boleh cuba resipi Ayam Goreng Crispy dan tip goreng ayam yang dikongsikan oleh Puan Umie Nurhayati ini.
Resepi ni sesuai untuk orang berniaga ye, so sukatan memang agak banyak. Jadi kalau nak buat sikit bahagikan sahaja ikut kesesuaian
RESEPI AYAM GORENG CRISPY 3 BAHAN
Bahan A
1 1/2 kg ayam
Bahan B untuk salutan
1kg tepung protein tinggi
250 gm tepung jagung
secukup rasa/pasti sedap (ikut selera masing-masing)
Cara Membuat:
1. Perap ayam terlebih dahulu. Ni boleh ikut la sesuai selera nak perap macam mana. Akak tak perap sebab ayam ni untuk anak je ha.
2. Campurkan bahan-bahan B.
3. Ambil sedikit sahaja campuran bahan B tadi dan bancuhkan dengan sedikit air untuk celupan.
4. Celupkan ayam tadi ke dalam campuran tepung, gaul rata.
5. Lepas tu celupkan ke dalam air celupan yang dah disiapkan tadi. Air celupan tu saya guna sedikit dari bancuhan tepung.
6. Salut lagi ayam bersama tepung tadi sehingga dapat texture ayam tu macam ala-ala ayam goreng KFC gitu.
7. Terus goreng ke dalam minyak masak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
8. Goreng ayam sehingga masak.
9. Bolehlah dihidangkan.
Tepung protein tinggi tu tepung yang biasa orang buat roti, donut dan pau. Dekat kedai bakery ade jual.
Info Ekstra!
Tip untuk dapatkan ayam goreng masak sekata.
1. Pastikan minyak betul-betul panas sekata.
2. Masak dengan api sederhana besar selama 5 minit.
3. Setelah 5 minit turunkan pada api kecil dan goreng selama 15 hingga ke 20 minit.
4. Last sekali naikkan kembali api ke sederhana besar,goreng sehingga 5 minit lagi.
5. Angkat ayam dan toskan.
6. Kalaw nak pedas, boleh tambahkan serbuk lada kering ye.

Selamat Mencuba!
Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Kongsi Teknik & Ramuan Istimewa Ayam Goreng Berempah Yang Dibuat Berniaga, Memang Sedap!
Resipi Jilat Jari Ayam Perap Mayo, Digoreng Boleh Dibakar Lagi Sedap!
MW: Begini rupanya nak buat ayam goreng crispy ala-ala KFC. Kena salut ayam guna tepung protien tinggi rupanya dan cara menggoreng pun ada tekniknya barulah masak sekata. Mak-mak yang selalu buat ayam goreng bolehlah cuba tip dan resipi yang dikongsikan ini.
Sumber: Umie Nurhayati
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI