“Jurusolek merangkap pengantin lelaki.” Seronoknya suami yang mekap sendiri isterinya. Bila berdepan situasi macam ini, barulah senang nak komen di mana tak puas hati.
Maklumlah suami sendiri, terusterang saja apa yang tak puas hati dengan mekap. Harapnya suami bukan jenis yang mudah sentap sudahlah.
Jurusolek Merangkap Pengantin Lelaki
Seorang pengantin lelaki di Jakarta, Indonesia menjadi viral kerana menata rias wajah isterinya sendiri ketika hari persandingan mereka, lapor laman berita Suara.com semalam.
Berdasarkan klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki berpakaian biasa pada awalnya dilihat sedang tekun menyolek pengantin perempuan dengan solekan asas.
Tidak lama selepas itu, video seterusnya memaparkan lelaki tersebut sebenarnya merupakan pengantin lelaki yang pada ketika itu telah menyalin pakaiannya kepada busana pengantin.
Dia dilihat mengenakan solekan yang lebih sukar pada wajah pengantin perempuan, mengikut adat pengantin Jawa.
Pada penghujung klip video itu, kedua-dua mereka dilihat bersanding pada majlis tersebut.
“Jurusolek merangkap pengantin lelaki,” tulis keterangan pada video itu.
Ads
Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
“Seronoknya disolek suami sendiri,” kata seorang netizen.
“Tajuknya adalah suamiku, MUA (jurusolek) ku,” kata seorang lagi. – AGENSI
Mingguan Wanita : Bertuah badan bila suami sendiri dapat solek wajah isteri ketika hari persandingan. Paling penting, isteri pun lebih selesa bila suami yang mekapkan.
Anak-anak akan semakin membesar dan bila tiba saatnya, mereka akan meninggalkan rumah untuk keluar merantau mencari ilmu.Mungkin menyambung pelajaran universiti, kolej kemahiran dan sebagainya.
Tentu sekali saat ini, hati mak ayah akan dilanda kerisauan kerana anak-anak jauh dari mata dan pemantauan. Ibu bapa menunggu risau dan takut dengan kemungkinan datangnya musibah yang tak kelihatan.
ANAK TERKEJUT DENGAN ‘DUNIA’ BARU
Anak perempuan mula terkejut melihat maksiat di depan mata, mula-mula asing lama kelamaan menjadi nikmat yang tak disangka-sangka.
Anak lelaki apatah lagi, bagai bebas lepas dari penjara. Apa saja kejahatan mula dicuba dengan nafsu yang membuak-buak dahaganya. Anak kita bagaimana, selamatkan mereka dari kejutan budaya?
Perubahan adalah normal dalam kehidupan, anak perlu ditemani belajar beradaptasi dengan lingkungan yang baru. Apakah bekalan yang paling diperlukan anak di perantauan?
ILMU AGAMA
Kebahagiaan dunia dan ketenangan jiwa hanya dapat dirasai dengan menghadam ilmu agama sebanyak mungkin. Bukan untuk mengejar gelar ustaz dan ustazah tapi untuk mencari hidayah Allah.
Mungkin sewaktu di rumah, kita belum sempat menanamkan nilai agama yang cukup, tak sempurna bekalkan iman yang kuat hingga berakar dalam hatinya. Masihkah ada peluang untuk anak kita memiliki ciri-ciri pemuda yang dirahmati Allah dengan naungan-Nya, seperti dalam hadis ini?
“Tujuh orang yang akan diberi naungan Allah pada hari yang tiada naungan lain selain naungan-Nya; (salah satunya) pemuda yang membesar dalam keadaan suka beribadah kepada-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Anak kita membesar dalam kelalaian atau keinsafan? Dalam pencarian ilmu atau pencarian nafsu yang tak pernah puas? Jangan lepaskan dia sendirian melawan segerombolan syaitan yang menyesatkan, kasihan sungguh anak yang bermusafir tanpa iman dan ilmu.
Bayangkan kalaulah diumpamakan dia berperang tanpa bekal senjata melawan musuh yang kuat menghunus pedang yang merobek jasadnya tentu kita rasa amat berdosa dan menyesal sebagai ibu bapa yang lepas tangan.
Walaupun ibu bukan ustazah sekurang-kurangnya tolong transfer ilmu dan nasihat untuk meyakinkan cahaya mata kita tentang suatu isu berkaitan kehidupannya. Ibu perlu bekalkan ayat-ayat al-Quran yang indah dan mudah difahami untuk menjawab masalah yang sedang dihadapi anak. Ada kalanya mereka bertukar buku, nasihat agama, ceramah dan video yang membangkitkan keinsafan. Akhirnya ilmu agama itu boleh menjaga mereka dari sebarang gangguan iman.
Sebagaimana sabda baginda s.a.w: “Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu.” (Hadis al-Tirmizi)
SIFAT EMPATI
Jangan bosan mencari khabar berita cahaya mata kita, memerhatinya dari kejauhan, memata-matai gerak geri, menelusuri jejak media sosialnya, berkenalan dengan kawan-kawannya, mencari tahu siapa dia di mata gurunya. Jadi kawan baik tempatnya meluah perasaan, penuhi keperluan bukan hanya jasad juga emosi mereka. Jangan jadi ibu yang tidak berempati, ibu sebegini umpama mayat hidup yang berjalan, ada dan tiada tidak dirasai.
Empati seorang ibu berfungsi apabila dia mampu mengajarkan zuriatnya mengenal dan mengawal emosi, memahami perasaan orang lain, hormat pada diri sendiri, menghargai pandangan yang berbeza, menjadi peribadi yang penuh kasih sayang, bukan mudah mendidik zuriat kita berempati jika ibunya sendiri tidak berempati.
Si ibu bersikap sinis dan prejudis apabila anak cuba meluah rasa. Akhirnya ibu dianggap sebagai orang asing, tidak mesra atau pilih kasih.
Sifat empati merupakan rahsia untuk tundukkan jiwa seseorang, ia juga tanda kita dirahmati Allah sebagaimana firman-Nya: “Disebabkan rahmat Allahlah kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, sudah tentu mereka akan menjauhkan diri dari kamu.” (surah Ali Imran ayat 159)
SEIMBANGKAN KEJAR SYURGA DUNIA DAN AKHIRAT
Cahaya mata kita yang merantau jauh mencari ilmu kadang tersandung batu di tengah jalan, tersungkur akibat pergaulan. Bila sudah jatuh lupalah segala cita-cita, putus asa saja yang tersisa. Ibu dan ayah mesti berjaga-jaga agar matlamat utama anak tidak dilupakan.
Setiap kali bercakap dan berjumpa ingatkan balik cita-cita mereka. Jalan mana yang mesti ditempuh, suntikan apa yang berkesan memberi motivasi agar dia kembali bertenaga. Ingatkan dia untuk pulang membawa kejayaan dunia sekali gus akhirat.
Malang sungguh jika ibu bapa memulaukan zuriat sediri akibat gagal dalam peperiksaan, tetapi tidak risau sama sekali jika dia gagal solat dan adab. Sahsiah sempurna dunia akhirat menjadi impian teragung ibu dan ayah, betapa kemuliaan akhlak semakin diketepikan kerana terlalu rakus mengejar kegemilangan dunia.
LETAKKAN SYURGA MATLAMAT AKHIR
Menjadi seorang perantau ilmu amat mencabar, oleh itu anak perlu diingatkan untuk meletakkan syurga sebagai matlamat akhir dalam pencarian ilmu. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang menempuh jalan ilmu akan dimudahkan Allah menempuh jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya (kerana gembira) terhadap penuntut ilmu. Sesungguhnya penuntut ilmu dimintakan ampunan oleh segala makhluk di langit dan di bumi bahkan ikan-ikan yang berada dalam air.” (Hadis al-Tirmizi, Abu Daud)
Semoga anak-anak kita gembira menjadi penuntut ilmu yang ikhlas kerana ayah bondanya sentiasa bekalkan ketakwaan di sepanjang jalan kehidupan.
Sumber: Dato’ Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam.
Akan tiba satu masa bila kita pasrah dengan pasangan, apa yang dia lakukan bukan lagi menjadi keutamaan buat kita. Langsung tidak terkesan.
Mungkin selama ini mak-mak terlalu beremosi bila sang suami tidak berubah laku, puas diluah tetapi seakan mencurah air ke daun keladi. Kini hanya mampu dan berserah saja kepada Allah.
Jika dia mahu berubah, maka berubahlah. Jika tidak abaikan saja bila terlalu pasrah dengan pasangan. Betul tak?
Bila Sudah Pasrah Dengan Pasangan
Kongsi Firdaus Shakirin, bila kita sudah pasrah dengan pasangan. Maka apa yang dia buat bukan lagi satu keutamaan untuk kita fikirkan sehingga serabut fikiran…
Kita sudah tak lagi sakit hati, terasa hati atau pun ambil hati…emosi kita kekal tenang dan tenteram walaupun dia ada depan-depan…
Tanggungjawab jalan, kewajipan jalan…
Tak miss, tiada mogok, tak tunjuk perasaan… Deep inside, tak berharap langsung sesuatu yang luar biasa berlaku pada dia… Jika dia hendak macam itu sampai bila-bila pun ikut dia lah…
Usaha sudah, doa juga sudah dan tawakal pun sudah… Mungkin belum masanya untuk Allah bagi Hidayah kepada dirinya…
Apa Yang Dia Lakukan Bukan Lagi Menjadi Keutamaan
Bila kita akan pasrah dengan pasangan? Bila kita sudah cakap berkali-kali, bila kita sudah tegur berkali-kali, bila kita sudah nasihat berkali-kali tapi satu apa pun tak masuk ke dalam telinga dia, otak dia…
Dia tak nampak kebaikan dari apa yang cuba disampaikan…
Dia hanya nampak pasangannya itu hendak kawal dirinya, hendak sekat pergerakannya, hendak ganggu kebebasannya… Setakat itu saja yang dia boleh fikir dan mampu fikir…
Ada tahap di mana kita akan merasakan bahawa pasrah dan berserah itu adalah satu pilihan yang terbaik untuk dilakukan…
Kerana jika kita masih hendak teruskan dengan beremosi atau terasa hati untuk setiap apa yang dia buat, maka kerja tak berjalan, hendak buat apapun terganggu dan yang penting, hendak beribadah pun tak boleh fokus…
Give your head and your heart a rest…stop thinking about it…
“I’m Done”
Mingguan Wanita : Pasrah bererti menyerah saja kepada Allah SWT, apa-apa yang berlaku selepas ini adalah atas kehendak Allah.
Agak lali nak dengar cerita pasal mentua dan menantu yang tak sebulu, tapi itu lah realiti dan salah satu ujian bila berumah tangga.
Dapat suami yang memahami, mujur. Kalau dapat yang jenis dengar sebelah pihak? Tak ke kasihan. Macam yang saudara Firdaus Shakirin suarakan, sepatutnya mentua perlu tahu, bila masa yang sesuai untuk ‘masuk campur’.
Kalau tengok anak awak happy, menantu awak happy, diorang update pergi makan sedap-sedap, pergi melancong sana sini, bila diorang balik rumah awk pun nampak macam tak ada masalah apa-apa, maka jangan masuk campur.
Diorang tak memerlukan campur tangan mertua lagi dalam rumahtangga mereka. Semuanya masih terkawal, everything is fine.
But once awak nampak diorang dah start update bukan-bukan, dan bila balik umah awak pun masing-masing nampak senyap, tak nampak seperti kebiasaan perangai diorang, maka di situ mungkin mereka sedang menghadapi masalah.
Siapa yang perlu awak bercakap dahulu.
Menantu perempuan awak, panggil menantu perempuan, ajak dia bersembang. Tanya dia, ada apa-apa ke nak cerita, nak kongsi. Anak awak ada buat apa-apa ke kat dia. Tolong berlapang dada untuk dengar apa yang bakal diceritakan menantu perempuan awak tu tentang anak awak.
Jangan nak menangkan anak lelaki awak sangat.
Lepas dah dengar apa yang menantu cakap, panggil anak lelaki awk, nasihat dia, perbetulkan dia, ubah cara dia melayani isterinya. Awak perempuan, awak isteri, awak tahu apa yang seorang isteri mahukan dan perlukan dari seorang suami. Ajar anak lelaki awak tentang semua tu, apa yang dia patut buat, apa yang dia tak patut buat.
Ini tanggungjawab mertua dan ini yang patut seorang mertua buat, bukan cari kesalahan menantu sehingga tak nampak kesalahan anak sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.