Guru mengaji, Ustazah Taslimah meninggal saat pimpin bacaan Al-Quran surah al-baqarah ayat 5. Setiap makhluk itu pasti mati sebagaimana janji dari alam ruh lagi. Tidak akan tercepat mahu pun terlewat seminit, janji Allah itu pasti.
Pastinya kita mengharapkan di penghujung usia, kita dimatikan dalam husnul khotimah dan bukan suul khatimah. Dan pastinya pemergian seorang guru Al-Quran, Ustazah Taslimah dari negara seberang, Indonesia ini cukup menginsafkan bahawa apabila sering mendampingi Al-Quran, Allah menjanjikan penghujung usia kita adalah sebaik-baik usia.
Kisah Ustazah Taslimah menarik perhatian ramai kerana di saat dirinya sedang memimpin mengaji buat ibu-ibu yang datang ke kelas diajarinya, dia rebah saat sedang membacakan surah Al-Baqarah ayat 5 yang bermaksud “mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Lebih membuat ramai ingin tahu, di saat kematiannya itu, ia dirakam secara langsung di Youtube ASSALAM TV semalam ( hari Khamis), kematian yang cukup bahagia iaitu di hari yang baik, sedang berbuat baik dan disaksikan ribuan orang.
Arawah sedang memimpin bacaan mengaji di Masjid Masjid Al-Braqah As Syafiiyah, Tebet, Jakarta sebelum rebah ketika sedang membacakan surah Al-Baqarah ayat 5.
Memetik portal Indonesia, arwah dikatakan sedang mengaji al-Quran di Masjid Al-Braqah As Syafiiyah, Tebet, Jakarta. Warga Kebagusan, Pasar Minggu, Jakarta Selatan ini meninggal pada usia 65 tahun.
“Pada awalnya arwah dilihat mengaji seperti biasa dalam majlis ilmu ini. Namun ketika tiba di ayat 5 surah Al-Baqarah itu, lontaran suaranya seperti tersekat dan dirinya cuba untuk meneruskan bacaan. Namun tidak lama dia terus rebah dan dihadapan ibu-ibu mengaji. Ramai yang terkejut sebelum masing-masing menyebut Astagfirullah berkali-kali.
Arwah merupakan guru mengaji Quran secara tetap di masjid berkenaan.
Menurut jurucakap Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid Abdullah Syafi’ie, Hajah Taslimah dilihat sihat sebelum itu.
“Bahkan sudah pun membacakan surah-surah lain sebelum ini. Namun pada minit ke 22 menjelang minit ke 30, suaranya sedikit bergetar dan seperti sukar ditelan.
“Pun begitu dirinya, Ustazah Taslimah tetap berusaha meneruskan membaca ayat tersebut.Kemudian pada satu kalimat terhenti dan jatuh ke belakang badannya seperti video yang viral,” tuturnya.
Jenazahnya dibawa ke rumah sakit dan adik saya memaklumkan dirinya sudah tiada,” jelasnya.
Ads
Detik-detik dirinya mengaji sebelum rebah. Arwah sempat ziarah kubur pagi itu
Sempat ziarah kubur
Dalam pada itu, Ustaz Alwy menjelaskan, sosok wanita hebat ini asalnya sihat. Sempat menziarahi kubur ibu Ustaz Alwy pagi itu sebelum datang ke kelas mengaji. Dan ternyata, dirinya sudah dapat merasakan di situlah destinasi akhirnya jua.
Setiap Khamis, ibu-ibu akan datang mengaji dan diajar oleh Ustazah Taslimah dan kebetulan semalam diadakan tahlil sempena pemergian genap 100 hari ibu Ustaz Alwy dan arwah memimpin bacaannya.
Dikatakan arwah seorang yang tidak banyak bicara, bersopan santun,tawaduk dan disayangi ramai dan sudah mengajar kelas mengaji Al-Quran sejak 20 tahun lalu di masjid ini.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak Wan Latah reda apa berlaku, enggan aibkan sesiapa semuanya kuasa Allah. Begitulah yang dinyatakan oleh pelakon veteran Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud ketika ditemubual.
Mak Wan Latah REDA Apa Berlaku
Ketika bertemu dengan Mak Wan di Majlis Tayangan Program Syawal Astro baru-baru ini Mak Wan tidak mahu berbicara lanjut tentang kenyataan bekas suami yang mendakwa dia tidak berakhlak sehingga diceraikan talak satu.
Malah Mak Wan yang lemah lembut dan begitu tertib pertuturannya enggan mengaibkan mana-mana pihak dan reda dengan apa yang berlaku.
“Dalam bulan Ramadan ni saya tak nak cakap apa-apa, tak nak aib siapa-siapa.
“Nabi Muhammad pun ada orang fitnah, apatah lagi kita ni sebagai manusia biasa,” ungkap Mak Wan.
Tak Berjanji Untuk Kata Tak Berkahwin Lagi
Ketika diaju soalan adakah dia sudah serik untuk kembali berumah tangga selepas ini Mak Wan tidak mahu perkara yang sama berulang kembali.
“Saya tak berjanji untuk kata tak berkahwin lagi sebab semuanya kuasa ALLAH SWT.
“Cuma buat masa ini memang tidak kerana takut pisang berbuah empat kali.
“Apa pun saya bersyukur diberikan kesihatan yang baik, diberikan tenaga untuk bekerja sendiri dan tidak mengharapkan orang.
“Baik saya berdiri atas kaki sendiri,” luah Mak Wan.
“Bila mak 62 tahun lebih teror main roller skate dari kau”, ramai kagum makcik memang hebat. Tidak ramai mak-mak kita yang mahu menikmati usia tua mereka melakukan hobi yang pernah mereka lakukan ketika muda dahulu.
Alasan mak-mak, cukuplah pernah merasainya suatu ketika dahulu atau barangkali segan dengan persekitaran sekeliling. Mereka merasakan tidak sesuai terutama kepada faktor usia.
Bagaimana pun satu perkongsian seorang anak, Hanan Abdul Rahman yang juga pengacara tv Al-Hijrah kebolehan emaknya, Hanim Mohamed Alias, bermain roller skate pada usianya 62 tahun membuatkan ramai kagum pada emaknya.
Dapat dilihat emaknya bebas meluncur dengan roller skatenya dan masa yang sama pakaian dikenakan sangat menutup aurat. Kelihatan emaknya enjoy melakukan aktiviti berkenaan yang diketahui banyak dilakukan golongan remaja dan orang muda kerana ia memerlukan keseimbangan untuk mengawal pergerakan tubuh agar tidak terjatuh.
Mungkin sekadar berlucu, Hanan memaklumkan dia tidak sehebat itu dan siap membuat muka lucu dan terpegun saat melihat emaknya bebas meluncur di gelanggang roller skate berkenaan.
Perkongsiannya mendapat respon positif di mana kata mereka golongan wanita sekitar tahun 80-an memang top dengan permainan ini. Tambah Hanan, emaknya sering memasuki pertandingan Roller Skate di Teluk Intan suatu masa dahulu. Bahkan antara lokasi bermain roller skate di Teluk Intan ialah di Coliseum.
Bermain roller skate ini barangkali boleh menjadi satu aktiviti menarik bagi mak-mak untuk mengeluarkan peluh dan hidup sihat di usia mereka. Jadi tidaklah hanya berkebun sekitar rumah atau bersama kawan-kawan ke masjid kerana masih banyak aktiviti sesuai dan sihat boleh dilakukan pada usia 60 ke atas. Bahkan kesanggupan anak membawa mak secara tak langsung turut mengeratkan bonding antara satu sama lain.
Kes tertelan duit ini bukan baru ya, memang selalu berlaku pada anak-anak yang suka masukkan benda ke mulut.
Anak kecil ini bukan tahu apa-apa pun, jadi mak ayah WAJIB pantau anak dan keadaan rumah. Kalau nampak benda kecil-kecil seperti duit atau guli, tolonglah ambil simpan dan letak tempat yang tinggi.
Apa yang ditakuti mak ayah, berlaku kepada salah seorang anak buah saudari Arwina Mohammed, tapi alhamdulillah dia dapat keluarkan duit yang sangkut di tekak anak kecil itu selepas percubaan kali ketiga. Ikuti perkongsian penuhnya…
Bismillahirahmanirrahim… pertama kali wina ingin share kejadian yang baru berlaku 45 minit yang lalu. (semalam) Alhamdulillah anak buah wina masih diberi peluang hidup! Tanpa diduga berlaku kejadian hari ini di mana anak kecil ini tertelan duit syiling 0.50$.
Masa itu wina duduk d ruang tamu bersama 3 orang budak kecil, baru lepas berapa minit tiba-tiba anak buah yang berumur 2tahun lari dan tepuk bahu wina dari belakang dengan keadaan nya yang sudah ternganga dan berair mata (kesakitan) dengan rasa panic wina pegang dan terus panggil mama budak itu. Apabila di cek betul-betul rupanya anak ini sedang berperang menahan sakit kerna tersangkut duit syiling dalam tekak.
Hampir Putus Asa
Kejadian berlaku dengan pantas! Hampir sudah wina berputus asa sebab 2 kali percubaan untuk mengambil syiling itu gagal!
Dan akhirnya wina dan mama budak ini tetap tidak berputus asa dan cuba keluarkan juga sampai dapat. Alhamdulillah syukur kepada Allah! Percubaan yang ke-3 berjaya.
Untuk pengetahuan, anak ini tadi muka nya sudah biru dan tidak bernafas… Allah!
Hampir 3minit juga baru syiling itu terkeluar. Sambil masukkan jari untuk tarik syiling tu sambil wina berdoa dan istighfar xhenti-henti! Dengan kuasa Allah swt masih selamat nyawa budak ini.
Pesan wina untuk semua ibubapa diluar sana, jika kejadian ini berlaku sama pada anak anda tolong jangan panik sebaiknya cepat-cepat bertindak dan berdoa agar diberi kemudahan secepatnya.
Cara Keluarkan Syiling
Kalau tertelan syiling atau benda lain pastikan JANGAN SESEKALI BARINGKAN ANAK ITU TAPI TUNGGANG KAN KEPALA DIBAWAH & KAKI DI ATAS SUPAYA BENDA ITU TIDAK TERUS MASUK DALAM PERUT DAN MEMUDAHKAN ANDA UNTUK TARIK KELUAR DENGAN CEPAT.
Jangan panik! Itu lah kunci utama… ya wina mengaku walaupun bukan anak sendiri tapi wina sendiri sudah bergegar 1 badan melihat anak itu. Jantung terhenti sekejap.
Sentiasa pantau anak anda dimana jua berada. Benda begini kita tidak minta tapi harus waspada.
Nota:
Hati masih ngilu mengenangkan kejadian tadi. Pertama kali wina kurik tekak budak dalam-dalam. Rasa kesian, takut yang amat sangat fuhhh! Kalau tiada keberanian mungkin wina tak dapat tarik benda tu tadi.
#StillTraumagkungan 30-an dan kejadian pada 7.30 malam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...