Tidak hanya bank, YB Fahmi Fadzil pula dedah Tabung Haji ibunya lesap RM75,000 dalam tempoh 15 minit. Isu kehilangan duit dari bank-bant tempatan nyata mendapat reaksi pantas dari masyarakat. Ramai mendesak agar pihak berautoriti seperti Bank Negara Malaysia mengambil tindakan segera kerana terlampau mangsa kejadian dilaporkan.
Berdasarkan carian MW di laman rasmi Polis DiRaja Malaysia, jenayah penipuan siber sejak 2020 sehingga Mei 2022 ialah sebanyak 48,850 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian sebanyak 5.28 bilion dalam tempoh yang sama.
Jelas, ianya amat menakutkan di mana perompak hari ini tidak perlu memikul senjata api untuk merompak bank sebaliknya cukup DUDUK DI DEPAN KOMPUTER SAHAJA. Hasilnya berbilion disedut dengan mudah. Yang hanya kita baca, tangkapan melibatkan bilis-bilis, dan bukannya jerung scammer ini.
Isu scammer ini mendapat perhatian dari Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil yang mendedahkan wang simpanan ibunya di Tabung Haji (yang kita ketahui amat ketat pengeluaranya) turut menjadi mangsa jenayah siber ini dalam tempoh singkat iaitu 15 minit sedangkan tiada pengeluaran dibuat semalam di fbnya.
Baca pendedahannya. Ini kerana dirinya dan rakan-rakan sejawatan sedang merangka beberapa langkah untuk membantu mangsa scam ini dan mendesak satu perubahan total.
Ya semoga semua mangsa scam ini mendapat pembelaan sewajarnya pada masa akan datang.
Lagi kes scam. Setiap hari pasti kita akan dengar, malah sekarang boleh jadi kita kenal mangsa-mangsa scam itu sendiri.
Macam saya, mak saya sendiri kena scam. Hilang RM75,000 simpanan Tabung Haji dalam masa 15 minit.
Ads
Hari tu saya solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman. Isu scam ni sudah menjadi begitu besar hingga khutbah Jumaat pun khusus pasal scam. Khatib kata setakat hujung Julai 2022, 13,000 orang telah menjadi mangsa scammer dan RM427 juta telah dicuri syaitan-syaitan scammer ini. Manakala PDRM telah jejak 254,000 akaun keldai sejak 2014, dan lebih 134,000 tangkapan telah dibuat dari 2016 hingga sekarang.
Secara purata, 20,000 orang jadi mangsa scammer setahun, RM660 juta dicuri. Tapi sampai sekarang kita belum dengar seorang pun kepala scammer yang dihumban ke dalam penjara.
Kita tak nak ikan-ikan bilis iaitu pemilik akaun keldai ni sahaja yang dihadap ke muka pengadilan.
Kita nak ikan-ikan jerung iaitu syaitan scammer nirrajim yang ditangkap dan diheret ke mahkamah!
Ads
Kita juga nak Bank Negara Malaysia, Association of Banks in Malaysia (ABM) dan Association of Islamic Banks in Malaysia (AIBIM) untuk ambik tindakan drastik segera. Pelbagai ‘exploit’ keselamatan termasuk OTP jelas disalahguna penjenayah scammer untuk merompak simpanan rakyat.
Adakah OTP ini masih satu aspek keselamatan dalam perbankan dalam talian? Atau adakah ia menjadi ‘laluan’ untuk menghalalkan pencurian duit simpanan kita? Sebab jelas, bank-bank komersial lepas tangan bila mereka kata “Tapi awak sahkan dengan OTP”. Langsung tak nak ambik pot dan tak manusiawi waktu rakyat menjadi mangsa scam dan mahu perlindungan.
OTP ialah ‘One-Time Password’, bukan ‘One-Time Passport for Scammers’!
Saya dan rakan-rakan sedang merangka beberapa langkah yang inshaAllah akan kami umum dalam masa terdekat, untuk membantu mangsa scam ini dan mendesak satu perubahan total. Sumber : FB Fahmi Fadzil
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, viral di laman sosial apabila seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, kira-kira seminggu lalu dikatakan mempunyai kalimah Allah yang tertulis didahinya.Kejadian yang berlaku di Kalimantan Indonesia ini, pasangan Saiful dan Dewi Agustina dikurniakan bayi istimewa tersebut pada 3 April 2018 lalu dan gambarnya menjadi tular setelah dimuat naik di akaun seorang pengguna Facebook, Yuni Rusmini.
Meskipun, Dewi Agustina ibu kepada bayi tersebut hanya mengetahui dirinya hamil pada usia kandungan sudah mencecah lima bulan, namun bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan itu berada dalam keadaan sihat dan sempurna kejadiannya.
Menurut Ketua kampung Desa Ambahai yang juga bekas guru sekolah Dewi, wanita itu seorang pelajar yang pendiam dan sabar serta tidak pernah menimbulkan masalah.Walaupun hidup susah dengan sekadar mencari rezeki sebagai nelayan, Saiful dan Dewi dikenali sebagai orang yang sabar serta aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.
Apa pun mungkin ia hanya satu kebetulan, salah satu tanda kekuasaan Allah. Namun paling penting sebagai mak ayah haruslah bersyukur dan berlapang dada menerima bayi yang dikurniakan, sihat dan sempurna kejadiannya.
Rupanya pemilihan nama anak ketiga milik pasangan diraja ini mempunyai simbolik yang tersendiri. Putera William dan isterinya, Kate menamakan bayi lelaki mereka, Louis Arthur Charles, Istana Kensington membuat pengumuman itu hari ini. Kenyataan istana menyebut, bayi diraja itu akan memakai gelaran His Royal Highness Prince Louise of Cambridge.
Penghormatan Buat Bapa Saudara William
Nama itu memberi penghormatan kepada bapa saudara William, Louis Mountbatten, yang dibunuh IRA (pergerakan separa tentera Ireland) pada 1979, manakala Charles adalah bapa William.
Bagai menepati ramalan, Arthur menjadi nama kegemaran untuk anak ketiga pasangan diraja ini. Nama Louis pula adalah ke-71 popular di England dan Wales ketika ini.
Terdahulu, Kate melahirkan pewaris kelima takhta Britain itu di Hospital St Mary di barat London.Bayi diraja itu lahir seberat 3.8 kilogram pada jam 11.01 pagi waktu tempatan, pagi Isnin lalu. Dua lagi anak pasangan ini, George dan Charlotte turut dilahirkan di hospital berkenaan.
Louis merupakan cicit keenam Ratu Elizabeth, yang berusia 92 tahun Sabtu lalu dan suaminya, Putera Philip.
Puteri Sarah Tak Halang Syamsul Jumpa Syaikul & Sumayyah. Biarpun kini pasangan sensasi ini naik turun mahkamah bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka namun Syamsul Yusof memberitahu Puteri Sarah tidak menghalang dirinya daripada bertemu dengan dua anak kesayangan.
Syamsul pagi tadi hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi sebutan tuntutan nusyuz difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana. Mahkamah Rendah Syariah telah menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei depan berikutan Puteri Sarah tidak hadir atas tuntutan kerja di luar negara.
Untuk rekod anak kepada Datuk Yusof Haslam itu telah memfailkan permohonan nusyuz pada 21 Mac lalu.
Puteri Sarah Tak Halang Syamsul Jumpa Syaikul & Sumayyah
Seperti mana dilaporkan Berita Harian, Syamsul memuji Puteri Sarah kerana tidak menghalangnya bertemu anak-anak.
“Setakat ini, saya berjumpa anak-anak. Puteri Sarah memberi kerjasama baik biarpun memfailkan hadanah atau hak penjagaan.
“Apapun, insya-Allah Puteri Sarah tidak perlu risau,” ungkapnya.
Malah dia dan Puteri Sarah juga bersikap profesional dalam membabitkan anak-anak.
“Biarpun bermasalah, saya dan Puteri Sarah bersikap profesional mengenai anak dan memberi kerjasama.
“Alhamdulillah, saya dapat berjumpa anak-anak,” ungkap Syamsul yang akui telah banyak kali berjumpa dengan Syaikhul dan Summayyah.
Puteri Sarah Tidak Hadir Wakilkan Peguam
Manakal Puteri Sarah pula tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Peguam juga memaklumkan Puteri Sarah juga memaklumkan bakal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz dibuat suaminya.
“Kami ambil maklum tuntutan (nusyuz) diterima pada 24 Mac lalu. Kami akan memasukkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan tersebut,” katanya
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...