Berdepan ‘anxiety’ Nora belajar kawal diri. Bergelar seorang selebriti sebenarnya bukan mudah, lantaran setiap tindak tanduk menjadi perhatian ramai.
Hanya mereka yang mampu saja boleh berhadapan dengan pelbagai onak duri. Apatah lagi kehidupan hari ini bertambah mencabar dengan kewujudan medium media sosial.
Berbicara tentang anxiety pelakon jelita, Nora Danish akui dirinya juga berhadapan dengan anxiety. Faktor pertambahan usia mengingatkan Nora mengenai kematian dan masalah itu semakin serius sehingga menyumbang kepada anxiety.
Nora seperti mana dilaporkan Harian Metro, berjaya mengawal diri agar kesihatannya tidak memudaratkan.
“Semakin meningkat usia, semakin banyak yang saya fikirkan. Contohnya seperti menaiki kapal terbang banyak benda yang saya fikirkan.
Ads
“Saya tidak menjalani sebarang rawatan untuk berdepan dengan anxiet’, sebaliknya saya belajar untuk mengawal diri menerusi perkongsian di media sosial.
“Tiada kaitan dengan netizen, sebaliknya diri saya sendiri.
“Semakin meningkat usia, semakin banyak yang saya fikirkan,” ungkap Nora yang juga merupakan pelakon utama filem Kan Cheong.
Nora bahagia di samping keluarga tercinta.
Tidak Mahu Lukai Hati Orang Lain
Nora juga akui dirinya tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai satu kelemahan.
Ads
“Saya jenis yang banyak berfikir. Saya enggan menjadikannya sebagai kelemahan sebaliknya perlu pandai menyalurkan apa yang difikirkan itu ke arah yang lebih baik.
“Jika terlalu banyak berfikir ini bukan saja menyakiti hati saya saja malah turut melukai orang yang berada di sekeliling,” sambungnya.
Memang terbaik tindakan pantas dan berani yang dilakukan oleh pemandu grab dan orang ramai dalam menggagalkan cubaan ragut di depan Menara Felda FGV,Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi video Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh pengguna FB Ronel Rekk, kejadian cubaan ragut tersebut dilaporkan berlaku pada Ahad lepas sekitar jam 8.23malam.
Dalam video berdurasi selama 1.13 minit tersebut memaparkan seorang wanita muda berbaju kelawar kuning sedang berjalan di ruang jalan kaki, sebelum berlaku pergelutan dengan dua orang peragut yang sedang menunggang motor.
Namun demikian, tindakan pantas dan berani pemandu grab dengan melanggar motor peragut, disusuli dengan bantuan beberapa orang ramai yang turut membantu mengepung dan menangkap peragut daripada terlepas.Peragut juga berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sikap murni ‘abang grab’ tanpa berfikir panjang akan kerosakan motor yang akan dialami demi membantu mangsa ragut menarik perhatian ramai. Ramai yang bersedia menghulurkan bantuan kewangan untuk menampung kos membaiki kerosakan pada motor tersebut.
Tindakan pantas, berani dan prihatin orang ramai ini wajar dijadikan contoh apabila berhadapan dengan kes jenayah sebegini. Peragut juga diserahkan kepada pihak polis, dalam keadaan sempurna tanpa berlaku pergelutan pertumpahan darah.Biar polis sahaja yang menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka.
Selain membaca dan memahamkan isi kandungan, kita juga sangat digalakkan untuk menghafal ayat-ayat dan surah di dalam Al Quran.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Sebagai seorang pelakon menghafal setiap baris skrip bagaikan satu kemestian dalam melengkapkan watak yang dibawa. Memanfaatkan waktu rehat makan, pelakon versatil dan berbakat besar Noorkhiriah Ahmad Shapie,43 berjaya menghafal Surah Al-Kahfi, Ayat 1-10 di set penggambaraan drama lakonannya “Nikah Cerai Rujuk” baru-baru ini.
Berita gembira tersebut dikongsikan di laman Instagram pelakon ini sendiri. Malah lebih manis, dengan hanya sekali hafalan pelakon ini berjaya menghafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi.
“Tak pernah terjadi dalam hidup akak kat set shooting. Time ni break makan. Sekali abang @gib_idris cakap ‘Jom Nor kita tasmik nak’? Masa ni ramai bukan akak berdua. Memula segan, surah apa je akak hafal..sekali abang Gib cakap jom Al Kahfi Ayat 1-10”
“Akak try my best. Akak sejenis suka cabaran dik..sekali hafal..MasyaAllah akak sendiri terkejut,”
“Inilah suasana kerja akak sekarang..Positif vibe yang sangat kuat..Alhamdulilah Allah permudahkan urusan kerja akak bersama Tok Sidang @jinggo_jspictures Sis @sheilarusly_jspictures @uzairhaqimy69 serta team #nikahcerairujuk.We are One Happy Big Family,” ujar Khiriah.
Ramai yang meninggalkan komen positif, mengucapkan syukur dan turut menjadikan inspirasi atas pencapaian Khiriah ini.
Mingguan Wanita:Alhamdulillah, tahniah Khiriah memanfaatkan waktu rehat dengan berjaya menghafal 10 ayat pertama Surah AlKahfi sebaiknya. Kesungguhannya menghafal ayat-ayat suci Al Quran wajar dijadikan inspirasi buat kita juga.
Isteri ada pakej lengkap, beragama, bijak. Apa alasan LELAKI BERPISAH? Ini pandangan peguam syarie. Jodoh merupakan perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud:
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap dari kalian akan dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama. Kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Kemudian Allah mengutuskan malaikat dan diperintahkan (malaikat tersebut) dengan empat kalimat. Dikatakan kepada malaikat: tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, adakah dia bahagia atau derita…” Riwayat al-Bukhari (3208).
Dalam memilih jodoh, disarankan lelaki memilih berdasarkan empat perkara ini.
Maksudnya: “Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka peganglah dengan yang mempunyai agama. Engkau akan bahagia.” Riwayat al-Bukhari (5090) & Muslim (3708).
Jika isteri sudah memiliki semua perkara di atas, jadi apa lagi ALASAN LELAKI UNTUK BERPISAH?
Mingguan Wanita menghubungi peguam syarie, Elie Shahana binti Embros dari Tetuan Wali Azri & Associates untuk mendapatkan pandangan mengapa pasangan yang nampak sempurna tapi akhirnya berpisah.
Berdasarkan kes yang pernah dipegangnya, peguam syarie ini menjelaskan antara PUNCA yang biasa didengarkan di hadapan Hakim Syarie ialah TIADA PERSEFAHAMAN.
“Banyak pengaduan mengatakan mereka sudah tiada persefahaman lagi dengan pasangan. Ini antara PUNCA CERAI PALING POPULAR di kalangan pasangan walau nampak sempurna di mata masyarakat.
“Biasa hakim syarie akan tanya tak sefahaman bagaimana, dari sudut apa tapi masing-masing memberi alasan tak sefahaman dengan pasangan. Bila dah dua-dua setuju, akhirnya mereka akan bercerai.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
‘Lelaki Curang, Masa Seronok Lupa Anak, Bini.’ Bila Hilang Segala, Baru Ingat Keluarga
Antara sebab lain ialah masalah kewangan.
“Hal ini biasa berlaku di kalangan pasangan muda yang mana kewangan adalah faktor utama mereka berpisah. Banyak kes di mana pasanga bergaji kecil dan tak dapat menampung perbelanjaan keluarga yang semakin bertambah khususnya yang ada anak-anak kecil. Ada ketika hanya suami saja bekerja dan isteri tidak. Mula-mula mungkin boleh terima tapi akhirnya bila sering tak ada duit, jadi gaduh dan akhirnya akan berpisah.
Tambah peguam syarie ini lagi, punca lain perceraian ialah keluarga.
“Biasanya adanya campur tangan mak mentua, ipar duai dan lain-lain. Bukan saja dari pihak lelaki tapi keluarga perempuan juga.
“Ada kes di awal-awal perkahwinan keluarga suka dan merestui perhubungan tersebut. Tapi lama kelamaan mula nampak belang masing-masing dan mula mencucuk anak bahawa mereka tidak sukakan pasangan. Lama-lama kebanyakkannya akan bercerai.
“Punca lain ialah masalah batin. Ada pasangan yang tidak berasa puas berhubungan intim dengan pasangan dan akhirnya memilih bercerai kerana tak nak menanggung dosa jika ada hubungan di luar.
Tambah Elie Shahana lagi, curang juga boleh menjadi sebab mengapa perpisahan terjadi.
“Dalam kes ini, adakalanya kedua belah pihak, baik lelaki mahupun wanita mempunyai pasangan luar. Curang ini tak babitkan lelaki saja tapi perempuan juga.
“Alasan lain cerai ialah tidak baik dengan pasangan. Ada saja jadi punca gaduh dalam rumah tangga selain tak rela dimadukan. Banyak kes isteri tak rela ada orang ketiga dalam hubungan mereka.
“Ada juga kes melibatkan perbezaan politik di mana suami suka parti lain dan isteri sokong parti lain dan hal ini akan membuatkan mereka sering berbalah sehingga ada kes dirujuk ke pejabat agama dan akhirnya bercerai,” katanya memaklumkan ada banyak lagi masalah-masalah simple seperti masalah ubat gigi, sidai tuala dan lain lagi.
Apa pun, jagalah jodoh kita sebelum dijaga oleh orang lain.
KENAPA KENA DIDIK ANAK DARI KECIL? INI PENDAPAT CIKGU KIRANA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!