Lagi duit hilang tanpa TAC CIMB, wanita menangis tinggal RM22.90 hingga hujung bulan. Ingatkan isu scammer merembat duit pengguna bank sudah sedikit reda. Ini kerana tidak banyak kes dilaporkan di media sosial sebagai peringatan buat semua agar berhati-hati dengan duit di bank.
Tapi nampaknya scammer sangat bebas hingga tiada rasa takut untuk terus mengambil wang pengguna meskipun tiada TAC diperlukan hingga penyimpan bank di negara ini tertanya-tanya apa sudah jadi dengan sistem keselamatan bank. Masih selamat, biasa-biasa saja atau langsung tak selamat? Satu persoalan yang timbul, walau isu scammer ini dihebahkan secara besar-besar tapi nampaknya ia masih belum menemui jalan penyelesaian.
Satu perkongsian dari pengguna Fb, Tharina Amri yang berkongsi hingga duit dari akaun CIMB dan tinggal RM22.90 saja mencetuskan simpati bukan sedikit. Walau jumlah kehilangan hanya ratus-ratus saja tapi ianya amat besar bagi sesetengah orang.
Dari perkongsiannya, Tharina memaklumkan, selalu dirinya hanya membaca kisah orang-orang kehilangan duit tapi dua hari lalu dia mengalaminya sendiri hingga akaunnya berbaki RM22.90 dan itulah saja wang yang ada untuk berbelanja hingga hujung bulan, katanya yang kemudian membuat emoji menangis.
Kongsinya:- Selama ni tengok orang hok kene. Kali ni aku pulok yg kene. Allahuakbar sekelip mata duit hilang tanpa sampai TAC ke ape. Tu je wehh duit blnje smpai akhir bulasaloh nape la aku smpai kene gininya. Tinggal byk tu je. Memang tak selamat dah simpan dalam acc lening.
Ads
Dari perkongsiannya, didapati wangnya telah dipindah ke akaun penama Paula Mae Bayaca Layyo secara berturut-turut yang jelasnya bukan nama pilihan warganegara Malaysia.
Jika wang berbaki tidak sampai seribu pun menjadi pilihan scammer, nampaknya pengguna perbankan internet harus lebih berwaspada kerana scammer sudah membuat pilihan secara random akaun siapa yang ada tanpa mengira jumlahnya. Sumber fb :- Tharina Amri
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya masih ada lagi yang salah faham tentang adik beradik betul dengan adik beradik tiri. Kalau dari mak dan ayah yang sama dah tentulah ia adik beradik kandung. Tapi macam mana nak tahu adik beradik tiri pula.
Jangan ambil mudah perkara ini sebab ada kaitan dengan mahram dan bukan mahram, boleh berkahwin atau tidak boleh berkahwin.
Hayati perkongsian daripada Ustaz Azhar Idrus tentang beza adik beradik betul dengan tiri.
Dalam perkongsian video ini ustaz Azhar Idrus mengatakan ada 4 jenis adik beradik yang boleh kita bezakan.
1. Adik beradik kandung – Bila mak dan ayah yang sama.
2. Adik beradik satu ayah – Bila ayah yang sama dan mempunyai dua isteri. Hanya mak yang lain.
3. Adik beradik satu mak – Bila mak kahwin ramai..kahwin dan cerai. Setiap bekas suami ada anak.
Kesemua adik beradik (1-3) ini adalah mahram, tidak sah kahwin dan tak batal air sembahyang, tidak wajib tutup aurat (rambut).
4. Adik beradik, mak lain ayah lain – Bila mak kahwin dengan suami yang ada anak. Mak ada anak dan suami baru ada anak. Inilah yang dipanggil adik beradik tiri.
Mingguan Wanita: Baru tahu dan faham. Ingatkan adik beradik tiri bila mak kita kahwin dengan suami lain, ada adik hasil bersama suami baru, dipanggil adik beradik tiri. Salah rupanya.
Tahniah diucapkan buat penyanyi Nora Ariffin di mana beliau antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.
Penyanyi yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian ini juga sebelum ini telah memperoleh pelbagai pengiktirafan.
Datuk Nora Terharu Hadiah Bermakna Buat Dirinya & Arwah Suami
Sempena kurniaan Darjah Kebesaran ini, Nora menerusi entri di akaun Facebook miliknya berasa sangat bersyukur. Tanggal 1 Februari 2021 meninggalkan momen manis buat dirinya.
“Assalamualaikum warahmatullah,
بسم الله الرحمن الرحيم
“Alhamdulillaah, Segala puji hanya bagi Allah swt ,
“Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan kurniaan ini.
“Terima kasih juga kepada Kementerian Wilayah Persekutuan di atas pengiktirafan yg diberi.
“Sejujurnya saya amat bersyukur pada Allah swt, terharu, teruja dan gembira di atas penganugerahan ini.
“Ia adalah anugerah dan hadiah yang amat bermakna untuk saya dan juga arwah suami tercinta Johan Nawawi.
Amanah, Tanggungjawab & Peniup Semangat Untuk Aktif Dalam Seni
“Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih kepada anak-anak tercinta, keluarga, saudara mara, sahabat sahabat, peminat peminat, semua pihak media yg telah memberi ucapan, sokongan dan doa kepada saya. “Ini adalah satu amanah, tanggungjawab dan peniup semangat untuk saya terus aktif bergiat dalam bidang seni budaya. “Semoga kita semua diberkati Allah swt. “In Shaa Allah,” tulis Nora.
Tahniah Juga Buat Datuk Habsah Hasan & Datuk Yusry Abdul Halim
Selain Nora, dua karyawan lain iaitu Habsah Hasan dan Yusry Abdul Halim turut tersenarai antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan,
Mereka masing-masing menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.
Datuk Habsah Hassan
Habsah merupakan penulis lirik dan telah menghasilkan 1,300 buah lirik lagu termasuk lagu bertemakan kenegaraan, nasyid dan korporat.
Tidak hanya berbakat dalam penghasilan lirik lagu, figura berusia 72 tahun itu juga berkebolehan menulis skrip, sajak dan kini aktif dalam dunia belakang tabir sebagai penerbit.
Yusry pula cukup dikenali bersama adik-beradiknya menerusi trio KRU dan turut aktif dalam dunia lakonan serta belakang tabir sebagai pengarah drama, filem dan juga muzik video.
Datuk Yusry
Menghargai Sumbangan Besar Penggiat Seni
Seperti mana dipetik menerusi Astro Awani, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.
Menurut Annuar lagi, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik Covid-19.
Biar pun negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ramai yang alpa lalu menjalani kehidupan seharian seperti sebelum ini. Dengan tidak rasa bersalah membawa anak-anak keluar membeli keperluan dan tidak kurang juga melepak di kedai makan.
Beringatlah negara kita masih belum bebas Covid-19, malahan barisan hadapan masih berjuang berhabis-habisan. Jika semua mengambil mudah dan tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan, tidak mustahil PKP akan dilaksanakan semula.
Jangan Ambil Mudah, PKP Mungkin Akan Dilaksana Semula
Kerajaan mendapati masyarakat seolah-olah mengambil mudah kelonggaran diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seolah-olah tiada undang-undang.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada orang ramai mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas, termasuk membawa anak ke pusat beli-belah dan ia tidak sepatutnya berlaku.
Beliau berkata, contohnya semalam beliau menerima video tular mengenai keadaan orang ramai di warung di Kampung Pandan dan menyangkakan ia adalah palsu.
“Jadi, saya menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum beliau mengesahkan ia adalah berita benar.
“Saya nak tekankan bahawa Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa dan apabila kita melonggarkan, rakyat mesti patut kerana bimbang kes baru akan berlaku dan kes positif Covid-19 meningkat.
“Saya beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal PKPB, sebaliknya ia boleh menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri berkata, jika berlaku ketidak patuhan, bukan mustahil, PKP Fasa 1, 2 dan 3 akan diperkenalkan semula.
Bergantung Kepada Rakyat Patuh PKPB
Beliau berkata, jika rakyat mahu terus menikmati PKPB atau mungkin menyaksikan ia ditamatkan, semuanya bergantung kepada pematuhan rakyat.
“Tidak mustahil kembali ke PKP dan pergerakan terbatas semula. Jadi lebih baik rakyat patuh dan PKPB ditamatkan sebelum kita bebas bergerak semula dengan SOP diperkenalkan nanti.
“Pesanan saya, teruskan berada di rumah, patuh kepada undang-undang dan saranan kerajaan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Setelah kita mematuhi beberapa fasa PKP sebelum ini dengan baik, jangan pula bila PKPB dilaksanakan kita menjadi terlampau bebas hingga merosakkan segala usaha yang kita lakukan selama ini. Jadi beringatlah sebelum keadaan bertambah buruk.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...