Hati-hati dengan sebarang tawaran kerja yang ‘menarik’ di luar di negara, kerana mungkin boleh jadi mangsa penganiayaan kejam bagi sendiket penipuan pekerjaan di Myanmar.
Diseksa dan diperlakukan secara zalim tanpa belas kasihan, disuntik dadah, dijadikan pelacur, darah dijual, penjualan organ dan sebagainya. Memang cukup mengerikan.
“Jika badan wanita terbabit gemuk, sindiket akan menyuntik sejenis ubat dan dipaksa makan ubat kurus sehingga turun berat badan sebelum dijadikan pelacur selain ada yang diambil sampel darah dipercayai untuk tujuan penjualan organ,” dakwa seorang ibu mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.
Penganiayaan Kejam
Wanita berusia 56 itu mendakwa, anaknya yang sebelum ini diseksa dengan renjatan elektrik, selain diambil darah dan kemungkinan selepas ini organ anaknya pula akan dijual.
Menurutnya, wanita rakyat Malaysia juga dipaksa bekerja sebagai pelacur, malah jika mereka gemuk akan disuntik sejenis ubat dan diberi ubat kurus sehingga turut berat badan.
“Sindiket kini mula ambil darah untuk jual darah, malah dipercayai untuk penjualan organ. Ada juga mangsa yang diseksa sampai mati.
“Malah, anak saya memberitahu seramai 50 orang rakyat Malaysia yang tiba di sana semalam dipercayai mangsa terbaharu,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan memorandum bersama Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kedutaan Myanmar di sini hari ini.
Ads
Diculik & Suntik Dengan Dadah
Seorang lagi ibu mangsa, 62, mendakwa anak lelakinya berusia 29 tahun diculik di Bangkok pada Julai lalu, sebelum dimasukkan disuntik dengan dadah sehingga pengsan dan diseludup ke Myanmar.
Dakwa wanita itu, anaknya terpedaya dengan tawaran pekerjaan sebagai jurubahasa di Facebook dan pergi ke Bangkok melalui jalan sah.
“Apabila dia sedar sudah berada di KK Park (Myanmar), dipaksa bekerja sebagai scammer untuk tipu orang Asia Tenggara pada siang, manakala malam pula menipu rakyat asing terutama warga China di Amerika Utara.
“Dia (anak) baru-baru ini memaklumkan kemungkinan sindiket rancang untuk berpindah kerana tempat itu (KK Park) kini sudah terdedah dan dikenali,” katanya.
Mingguan Wanita:Jika mendapat tawaran kerja yang luarbiasa ‘menarik’, sebaiknya semak dahulu dan dapatkan kepastian. Jangan mudah terpedaya dan menjadi mangsa pemerdagangan manusia seterusnya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap anak yang dikurniakan merupakan rezeki bagi pasangan suami isteri. Namun, gara-gara melahirkan 5 pasangan kembar, seorang isteri ditinggalkan suami sendiri atas alasan tak sanggup jaga dan terlalu ramai.
Anggap Keadaan Tidak Normal
Seorang wanita dari Uganda ditinggalkan suaminya selepas melahirkan pasangan kembar kelima mereka dengan alasan keadaan tersebut adalah tidak normal, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.
Nalongo Gloria, telah ditinggalkan oleh suaminya, Ssalongo ketika dia melahirkan anak kesembilan dan kesepuluh mereka.
“Tiga hari selepas saya disahkan hamil anak kembar kelima kami, suami saya memberitahu dia tidak sanggup menjaga anak yang terlalu ramai dan menyuruh saya pulang ke kampung halaman.
“Namun, saya tiada tempat untuk dituju kerana saya datang ke Kampala untuk bekerja sebagai pembantu rumah,” kata Gloria.
Sewa Rumah Kecil
Gloria dan anak-anaknya kini menyewa sebuah rumah kecil bersama sebahagian daripada anak-anaknya.
“Saya tidak menyesal melahirkan anak-anak ini walaupun kewujudan mereka dinafikan oleh bapa sendiri.
“Kini, saya perlu memikirkan ke mana mahu pergi apabila tuan rumah memaklumkan dia tidak suka saya dan anak-anak tinggal di sini,” katanya.
Tambah Gloria, beberapa anaknya yang sudah dewasa sudah membawa haluan hidup masing-masing dan dia tidak tahu lokasi mereka yang terkini.
Bila disahkan menghidap kanser Limfoma pada 31 Januari lalu, penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43 tak berhenti kerana sakit sebaliknya tetap meneruskan kerja-kerja dakwah seperti biasa. Februari lalu, ustaz telah menjalani pembedahan membuang sel kanser sebesar 10 x 7 dengan berat 1 kilogram.
Dalam perkongsian video yang dimuat turun Puan Hamizatul Maizan Mohamed, Ustaz Mohamed Hanafiah akui kanser ini adalah hadiah terbesar daripada Allah. Ustaz juga berkongsi 2 tip yang boleh memberi kekuatan kepada pesakit-pesakit yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Cara ini yang beliau praktikkan untuk diri sendiri dan kesannya Ustaz tak merasakan kanser sebagai satu beban. Sebaliknya satu nikmat yang indah daripada Allah.
Tip 1: Syukur
Sepuluh tahun lalu, saya cuma sakit, demam panas dan kerap muntah atau buang air besar berdara. Bila disahkan kanser pada 31 Januari, saya tak rasa apa. Ini adalah hadiah terbesar daripada Allah. Bila hadiah, ini mesti ada sesuatu yang indah daripada Allah. Saya terima hadiah ini dengan hati yang bersyukur.
Bila saya bersyukur, Allah tambah nikmat. Allah tidak berbohong kerana Allah tuhan yang bercakap benar. Nikmat yang Allah beri ini ada kemanisannya.
Suatu malam ketika saya operation buang kanser, saya koma selama 4 hari. Tapi setiap kali orang azan, sya akan tersedar dan mendirikan solat. Kemudian, saya pengsan balik. Ketika koma itulah saya hanya rasa yang saya berada dalam keadaan tawaf. Saya nampak Kaabah.
Sepanjang itulah saya berasa manisnya berada dalam keadaan tawaf. Inilah yang saya kata, hadiah daripada Allah. Hadiah yang sangat indah. Bila saya bersyukur, Allah tambah nikmat. Allah sembuhkan penyakit saya.
Tip 2: Jangan Stress
Barangsiapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih. Ia bukan saja azab di Padang Mahsyar atau dalam kubur. Azab kanser yang Allah beri ini boleh mengundang stress. Terseksa jiwa rasa bagai dalam penjara yang penuh dengan penyeksaan.
Kalau tak nak stress, bersyukurlah. Orang yang bersyukur jiwanya lapang, hatinya tenang. Jangan sekadar jadi orang yang sabar. Kerana orang sabar ada batasnya. Orang yang bersyukur pula ‘they make Allah happy’.
Dia akan gembirakan Allah dengan sifat syukurnya itu. Sebab itu nabi kata, berapa ramai umat aku boleh bersabar bila ditimpa musibah tetapi terlalu sedikit yang bersyukur bila diberi nikmat.
Cita-cita Saya Mati Ketika Dakwah
Saya dah terima 5 kali kemoterapi untuk kanser limfoma. Alhamdulillah saya rasa semakin sihat dan kuat. Mungkin sebenarnya sakit kerana ketika muntah selepas kemo akan ada rasa tak selesa dan lemah.
Cuma ketika ini saya tiada masa untuk fikir bab sakit sebab masih banyak komitmen. Memang Dr tak bagi, tapi saya takkan tinggalkan kerja-kerja dakwah kerana manisnya dakwah.
Mudahkan Kos Rawatan Lanjut Ustaz
Bagi anda yang berhajat mahu membantu memudahkan urusan rawatan Ustaz Hanafiah, salurkan sumbangan ke akaun CIMB 7001645436, Maybank 162405085541 atau BANK ISLAM 14162020096634 (Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek).
Nak Dengar Suara Ustaz Bagi Nasihat, Klik Video Ini
Sumber/Foto/Video; Hamizatul Maizan Mohamed – Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bunuh bayi kemudian lumur garam ke seluruh badan, dimasukkan ke dalam guni sebelum menyembunyikan mayat terdapat di bawah dapur bukanlah satu tindakan yang normal.
Jika seorang ayah dalam keadaan yang normal, pasti dia tidak tergamak melakukan bayinya sedemikian rupa. Tambahan lagi kata polis, berkemungkinan ini punca bayi meninggal dilumur garam.
Ada Kaitan Dengan Ajaran Sesat Jadi Punca Bayi Dibunuh
Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang dipercayai membunuh anak berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi semalam ada kaitan dengan ajaran sesat.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata ia berdasarkan cara bayi lelaki berkenaan dibunuh dengan seluruh badan dilumur garam serta halusinasi yang dialami suspek.
Katanya, sehingga kini suspek berusia 40 tahun itu tidak bercakap untuk diambil keterangan, sebaliknya hanya berzikir dan mendakwa dia mendengar suara malaikat sebelum membunuh anaknya.
“Selain bapa mangsa, polis turut menahan isteri suspek yang juga ibu mangsa berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Wanita berkenaan masih dirawat di hospital memandangkan keadaannya yang masih trauma.
“Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri berkenaan juga negatif,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sini, hari ini.
Bayi Ditemui Mati dan Dilumur Garam
Dalam kejadian pagi semalam, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul.
Kematian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mangsa yang mengalami masalah gangguan mental sebelum disedari jam 11.30 pagi.
Mengulas lanjut, Shafien berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya menunggu keputusan laporan kimia sama ada suspek mempunyai masalah mental atau tidak.
“Berdasarkan laporan bedah siasat yang baru selesai jam 5 pagi tadi, punca kematian bayi berkenaan disebabkan kecederaan di kepala disebabkan hentakan.
“Kecederaan itu berkemungkinan bayi itu jatuh atau dipukul dengan objek tertentu,” katanya yang perintah tahanan reman terhadap suami isteri berkenaan sedang dilakukan di Mahkamah Bachok.
Terpaksa Usung Suspek Ke Mahkamah
Suspek dipercayai membunuh anak lelakinya berusia lapan bulan terpaksa diusung oleh enam anggota polis ke Mahkamah Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Suspek berusia 40 tahun dikatakan enggan keluar dari kereta dan membaca beberapa surah al-Quran dengan alasan untuk berdoa.
Foto: myMetro
Bagaimanapun, selepas 10 minit menunggu, anggota polis terpaksa mengusung suspek masuk ke mahkamah.
Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anaknya dalam kejadian di Kampung Sungai Dua di sini, semalam.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
MW: Semoga kes sebegini tidak berulang lagi, kasihan pada bayi yang diperlakukan demikian. Jika mak,ayah mengetahui atau mengenali sesiapa yang mengalami gangguan mental, berikan nasihat dan minta dia berjumpa pakar untuk tindakan lanjut. Sesungguhnya apa yang berlaku menjadi iktibar buat kita semua.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...