adibah-noor-meninggal-dunia

Penyanyi, pelakon dan pengacara Adibah Noor meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kira-kira jam 6.30 petang Sabtu ini. Artis kesayangan ramai ini menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 51 tahun.

Menurut sumber arwah dipercayai menghidap kanser ovari dan kini sudah pun berada di tahap empat. Bagaimanapun merahsiakan penyakitnya itu daripada pengetahuan umum.

Adibah Noor Menghembuskan Nafas Terakhir Di Hospital

Berita duka pemergian arwah ini dimaklumkan rakan artisnya, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri pengacara terkenal, Datuk AC Mizal.

Ya, betul arwah sudah meninggal dunia di hospital.”

Datin Emylia yang juga rakan rakan artis yang rapat dengan arwah ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke hospital bersama suaminya.

Baca sini : Adibah Sebakk, Kehilangan Kucing ‘Bobby Kau Hantar Kepadaku 15 Tahun Lalu, Ketika Aku Jatuh Tersungkur’

IKLAN

Kehilangan Sahabat Yang Versatil

Dan perkhabaran ini turut dikongsikan Datuk AC Mizal sendiri.

Allahuakhbar sedihnya. Terkejut dapat berita ini.
Sahabat kita yang versatil, Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia.
Salam takziah dari kami sekeluarga.”

Awal Jun lalu, arwah ada berkongsi sekeping gambarnya yang kelihatan semakin kurus. Dalam perkongsiannya itu juga penyanyi Terlalu Istimewa ini memohon agar warganet mendoakan yang baik-baik untuknya.

Arwah dilahirkan pada 3 September 1970 di Kuala Lumpur. Ketika hayatnya arwah merupakan pelakon, penyanyi, pelawak dan pernah menjadi soerang guru bahasa Inggeris di Petaling Jaya selama dua tahun.

IKLAN

Pernah juga adalah merupakan duta kepada pasaraya The Store.

Antara filem lakonannya adalah Sepet, Buli Balik, Gubra, Mukhsin, Talentime, Jin Noti, Magika, Hooperz, Crayon, Aku Tak Bodoh dan banyak lagi.

Baru-baru ini Arwah juga akui yang sudah tiba masa untuknya menjaga kesihatan. Ternyata, tuhan lebih menyayangi Adibah Noor yang disayangi ramai ini.

IKLAN

Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian hebat kehilangan insan tersayang.

Baca sini : Adibah Makin Kurus, Kawal Pemakanan, ‘Kenapa Nak Saya Sakit Ke, Doakan Yang Baik-baik’

Mingguan Wanita : Al Fatihah, semoga roh arwah Adibah Noor ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Berita Harian, Adibah Noor, budiey.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI