‘Tinggalkan 3 orang anak masih kecil.’ Nenek terkejut cucu meninggal ditembak ketika keluar pergi mengurut.
Siapa sangka itulah kali terakhir pertemuan nenek dan cucunya sebelum ditemui meninggal dunia ditembak di dalam kereta. Lebih menyayat hati pabila wanita ini sedang hamil anak ke empatnya.
Tergamak pembunuh itu menamatkan dua nyawa sekaligus seolah-olah tiada langsung rasa simpati pada mangsa yang sedang hamil. Allahuakbar!
Tinggalkan 3 Orang
“Dia hanya beritahu nak keluar mengurut kerana lenguh badan akibat mengandung dan meminta saya menjaga tiga anaknya. Tak sangka dia tidak pulang dan hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditemui,” luah Zawiah Sulong, 68.
Zawiah adalah nenek kepada seorang wanita mengandung yang ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam.
Katanya, cucunya keluar rumah kira-kira 8 malam Jumaat lalu, namun kemudian tidak pulang sehingga keesokan harinya.
Menurutnya, dia sendiri cuba mencari dengan pergi ke rumah rakan-rakan rapat cucunya selain menelefon beberapa kali tetapi tidak dijawab.
“Saya cuba menghubungi ibunya yang tinggal di Kampung Bechah Kelubi, Bukit Panau, Pasir Mas, Kelantan, namun diberitahu anaknya tidak pulang ke sana. Khabar itu meresahkan saya sehinggalah ada saudara memberitahu kereta miliknya tersadai di tepi jalan.
Ads
“Saya segera ke lokasi kejadian dan terkejut melihat orang ramai dan polis, selepas itu barulah saya tahu kejadian sebenar.
Nenek Terkejut
“Mengucap panjang saya melihat cucu kesayangan kaku di dalam kereta dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
“Tiga anak arwah ada dengan saya berusia tiga sehingga 10 tahun dan mereka masih dalam keadaan terkejut, malah yang paling kecil asyik menangis ‘mencari’ ibunya kerana mereka sangat akrab,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Jelas Zawiah, mangsa adalah cucu yang dipelihara seawal usia 10 hari dan sangat rapat dengannya, selain tinggal serumah selepas mangsa bercerai dengan suaminya, Februari lalu.
Cucu Meninggal DiTembak
“Dia cucu yang sangat baik dan peramah, tidak suka keluar malam kecuali jika ada urusan penting sahaja, jadi saya agak terkejut kejadian sebegini terjadi padanya. Dia juga tidak pernah bercerita jika ada bermusuh atau sebagainya.
Ads
“Saya reda dengan apa yang terjadi dan perlu kuat demi terus menjaga anak-anak mangsa yang masih lagi trauma dengan kejadian ini. Insya Allah, selagi nyawa dikandung badan saya akan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagai mana saya membesarkan ibu mereka.
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi sebagai memenuhi permintaan ibu kandungnya sebaik proses bedah siasat selesai,” katanya.
Katanya, dia berharap agar pembunuh cucunya dapat segera ditangkap dan diberi hukuman setimpal selain menjadikan pengajaran buat orang lain supaya berfikir dahulu sebelum bertindak agar tiada nyawa yang menjadi korban.
Mingguan Wanita : Semoga mangsa mendapat pegadilan sewajarnya. Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan semoga mereka kuat berdepan dengan ujian berat ini.
Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz sedih bercampur terkejut, bila mana dirinya dikatakan menjadi punca kes penceraian pasangan Islam di negara ini.
Ini berentetan daripada laporan berita sebuah akhbar yang berkongsi fakta punca remeh kes penceraian pasangan Islam. Antaranya terlalu meminati pelakon Aaron Aziz. Antara lain yang turut disenaraikan adalah isteri suka menghabiskan masa dengan bermain permainan dalam talian PUBG dan rumah bersepah dengan produk Tupperware.
Terbaca kisah sedemikian, pelakon ini memohon agar pasangan terbabit kembali berbaik dan rujuk demi anak-anak dan amanah. Maklumnya yang turut meletakkan tanda pagar, jangan kecam abg.
Aaron Aziz Sedih
Tulis Aaron, “Ya Allah.. saya baca ini saya rasa sedih.. abang sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia. Abang harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah.”
Perkongsian itu mendapat maklumbalas daripada followernya yang pada mulanya terkejut membaca pengisian informasi pada gambar yang dikongsikan. Malah menyangkakan pelakon itu terlibat dalam keruntuhan rumah tangga.
Apabila difahamkan betul-betul, barulah followernya sedia maklum bahawa pelakon terbabit dikaitkan dengan alasan penceraian pasangan.
Menurut laporan itu lagi, masalah rumah tangga di kala pandemik Covid-19 dilihat semakin meruncing. Sehinggakan ada pasangan yang mengalami tekanan disebabkan kekangan kewangan.
Itu juga menjadi punca keruntuhan institusi keluarga di negara ini.
Aaron Aziz atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 45 dan isteri, Datin Diyana Halik bagaimana pun sudah menjangkau 18 tahun melayari perkahwinan. Dan pasangan ini dikurniakan 3 cahaya mata, Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Tahniah diucapkan buat Mohd Noor Murad, 36 tahun atau lebih popular dengan nama pentas Mamat Sepah dan isteri yang baru saja menyambut ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini.
Pelawak yang berasal dari Johor ini mendirikan rumahtangga dengan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam iaitu Diana Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Nana pada tanggal 1 Mac 2020.
Mamat Sepah & Isteri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama
Mamat meluahkan rasa syukur dan berkongsikan perasaannya selepas setahun melayari kehidupan rumah tangga dengan isterinya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu.
Perkongsian yang cukup mencuit hati dan berunsur lawak memberi maksud yang mendalam diluahkan oleh Mamat buat isterinya yang begitu jelita. Malah Mamat juga mengimbas kembali detik pertemuan dengan isteri tercinta.
“ I SUREENDER “Pertemuan buat kali pertama di balai polis seksyen 9 Shah Alam pada tahun 2016 membuatkan aku terus di gari, di tembak dan di lokap kan di hati @_cik_nana.
Banyak Liku-Liku Yang Dilalui
“Tanpa sedar hari ni genap setahun hari pernikahan kami. Walaupun rasa macam semalam je ia nya berlaku tapi banyak liku-liku yang di lalui bersama.
“Sesungguhnya penat kahwin dengan polis pempuan kalau korang nak tau. Sebb dia akan perhatikan setiap gerak geri kau hingga kau rasa “seperti kena tahan kat roblock tapi kau tak paakai seluar” Itu akan mmbuatkan kau lebih dewasa dan berhati-hati dalam melangkah ke depan.
Nana merupakan seorang anggota polis.
“SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKAHWINAN YANG PERTAMA UNTUK ISTERI KU TERSAYANG @_cik_nana. SEMOGA KITA BERTEMU DI SYURGA..DOAKAN KAMI,” tulis Mamat.
MW mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Macam-macam isu yang viral pasal bawa anak-anak pergi beraya, ada pecah TV, kucing mati dan terbaru semua ikan dalam kolam mati sebab ditabur dengan makanan ikan yang banyak melampau.
Hah, kalau dah jadi nak salahkan siapa ya? Tetap nak kata anak-anak itu memang fitrah bermain atau kita boleh fokus kepada isu mak ayah yang patut mainakan peranan kalau bawa anak beraya rumah orang. Ini yang masih panas di laman media sosial.
Tak tuju kepada anak-anak yang jenis hiperaktif tetapi isu ini patut direnungkan seketika untuk elak daripada kejadian seperti ini berulang lagi dan lagi!
Nak tahu kes ikan mati secara berjemaah itu, jemput baca perkongsian daripada saudara Aman Mokhtar ini…
Tular Kes Ikan Mati Dalam Kolam
Sebelum ini heboh pasal anak kucing mati kena rendam dalam air dan tv plasma tuan ruman jatuh dan pecah. Dua-dua pasal kes datang beraya bawa anak-anak yang hyperactive tapi tak pantau.
And now 1 of my friend on IG ikan-ikan dalam kolam dia banyak mati sebab kes yg sama, bawa anak datang beraya tak pantau jaga. Ini kes tabur sebalang makan kat ikan mcm tu je pastu ikan tak makan dan effect kat air kolam. Esoknya 20 ekor semua terapung mati.
Tegurnya lagi, tak salah bawa anak-anak kecil beraya rumah orang tetapi janganlah sampai terlepas pandang pantau anak sedang buat apa…
Please lah ya yang ada anak-anak kecik tu terutamanya, jaga elok-elok dan pantau seketat yang mungkin. Kalau boleh ikat tangan anak tu dengan tangan sendiri. Nak bawa anak-anak kecil boleh tapi jangan sedap nak penuhkan perut sendiri je pastu membawang rancak sampai anak sendiri tak terpandang perangai kat tempat orang.
Ikan-ikan kolam ni bukan murah nak beli, last gambar tu ikan tu dah ready nak bertelur tapi dah sampai ajal. Kesian tuan rumah, lain kali kalau tau anak tu dah perangai buas sangat dan sendiri tak reti nak control, better tinggal jelah anak kat rumah. Jangan nanti menyusahkn orang lain.
Ini datang beraya rumah orang tau, ada adab mengunjung, bukan kat padang bola boleh terkinja-kinja.
“Rumah orang bukan PLAYZONE”!!!
Dari Sudut Pandang Netizen
Apabila tular kes ini semalam, maka ramailah netizen mula meninggalkan komen di status Facebook lelaki tersebut. Ada yang setuju dengan teguran itu dan ada juga sebaliknya.
Apa pun cara mak ayah, pastikan anak-anak terkawal apabila berjalan ke rumah orang ya. Tak kisahlah rumah adik beranak sendiri, teguran patut kena buat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!