Sesungguhnya ajal maut ketentuan tuhan. Kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segalanya.Sepasang suami isteri warga emas yang bakal meraikan ulang tahun hari kelahiran dalam bulan sama pada Julai dan dijadual menunaikan umrah pada Oktober depan, maut dalam kemalangan di Kilometer 192.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), semalam.
Terjunam Ke Dalam Gaung
Mangsa, Abd Talib Akob, 73, serta isteri, Fuziah Mohd Marzuki, 62, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas Mitsubishi Triton dipandu anak mereka, Muhamad Taufik Abd Talib, 34, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam ke gaung.
Insiden yang berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 5.10 petang itu turut menyebabkan Muhamad Taufik parah di bahagian kepala, manakala isterinya, Noor Syafiyana Ahmad Sobri, 32, yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan pula cedera ringan.
Anak ketiga arwah, Muhamed Tarfizam Abd Talib, 40, berkata mereka lima beradik bersama pasangan masing-masing sudahpun merancang untuk mengadakan kejutan majlis sambutan ulang tahun hari kelahiran ibu bapa mereka di sebuah hotel di Kuantan, bulan depan.
“Kami akan ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara, Julai depan.
“Justeru, kami berpakat mahu bermalam di hotel dan membuat kejutan untuk ayah dan emak dengan mengadakan majlis sambutan hari jadi kerana tarikh lahir mereka jatuh pada bulan sama, iaitu ayah pada 3 Julai, manakala emak 18 Julai.
“Ayah dan emak juga dijadual menunaikan umrah pada 10 hingga 17 Oktober depan. Namun, semua hasrat itu tidak kesampaian,” katanya sambil memaklumkan pasangan itu ke Kuantan untuk mengikuti kursus umrah serta membuat pasport.
Ads
Muhamed Tarfizam yang bertugas di Kem Desa Pahlawan, Pengkalan Chepa, berkata mereka mendapat maklumat daripada isteri Muhamad Taufik mengenai kemalangan itu, kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Tercampak Keluar
Beliau berkata, mereka dimaklumkan bahawa ketika Mitsubishi Triton itu terbabas, Abd Talib dan Fuziah yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar.
“Ayah adalah seorang pesara polis. Arwah adalah seorang yang periang dan tidak pernah menyusahkan anak. Malah jika hari hujan, arwah tetap pergi ke surau dengan menunggang motosikal walaupun anak hendak menghantarnya,” katanya.
Kenderaan Hilang Kawalan
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata kemalangan berkenaan hanya membabitkan Mitsubishi Triton itu.
Ads
“Kenderaan dipandu dari arah Kuantan menghala ke Jerantut itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri sebelum masuk ke dalam gaung.
“Akibat kemalangan itu, kenderaan terbabit remuk keseluruhannya. Dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan di lokasi mendapati jalan adalah lurus dan mempunyai dua lorong sehala, namun cuaca hujan lebat ketika kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Kita manusia, bukannya malaikat. Maka tak pelik pun kalau betul Tun M dah berubah seperti yang diluah oleh saudara Mohammed Mohammed Ramzie ini dalam status Facebook miliknya baru-baru ini.
Rata-rata netizen setuju dengan pandangan lelaki ini tentang Perdana Menteri ke-7 dan kalau dicongak memang masa dah tak banyak sedangkan banyak perkara yang beliau nak dibuat dalam usia 93 tahun. Ini satu perjuangan Dr Mahathir Mohamad untuk rakyat.
Rakyat Tolonglah Menilai Dari Lubuk Hati
Tadi buka berita TV3, Tun kata Tun tak setuju polis tangkap budak yang hina tun. Tun kata “biarlah mereka mengkritik, saya tak mau guna kuasa saya buat pada mereka macam tu, sesiapa pun boleh mengkritik saya, akhbar harakah atau akhbar bebas apa pun mereka ada hak, dan saya tak mahu halang media untuk menahan apa-apa luahan dari pelbagai pati punya kritikkan terhadap saya.”
Ini sunnah macam Rasulullah, orang balas dengan kekasaran Nabi balas dengan kelembutan ahklak yang baik. Musuh yang kasar pun akan menjadi lembut, orang yang membenci akan menjadi sayang.
Ya TUN, biar nanti kebenaran dan rakyat yang menilai. Allah kan ada, Allah angkat Tun lagi sekali untuk memimpin bersebab, Allah nak kifarah dosa Tun yang lalu. Allah bagi peluang Tun sampai umur ni pun masih sempat memperbetulkan silap, bagi memulihkan Malaysia. Ini adalah perjuangan yang suci bagi orang yang mahu memimpin dengan telus.
Tun M Dah Berbeza
Saya anak muda menyokong apa yang baik dari PH saya setuju, saya juga tahu salah silap yang Tun lakukan dahulu. Namun kita melihat perubahan Tun sekarang amat beza dari yang dulu. Saya juga mengikuti berita-berita dan the way akhlak Tun handle keadaan dan sesuatu isu, merendah diri dan mahu terima teguran.
Tidak semestinya orang itu dia baik, tapi disebabkan dia dalam parti BN atau PH atau PAS, kita tak mahu membenarkan kebaikkan yang dia buat.
Mana-mana sahaja yang baik kita harus kita TEGAK dan benarkan, mana kala yang BURUK, hatta dia orang BN ke PH ke PAS ke maka HARAM kita benarkan.
Tak semestinya kita duk puji individu PH kita orang PH, ohh kalau kita puji kebaikan kebenaran yang orang kafir buat mean kita orang KAFIR?
Ini Mentality segelintir melayu.
Kebenaran tetap kebenaran, hatta seorang pelacur yang datang tegur kita makan tak bismillah pun kita wajib menerima teguran kebaikkan dan benarkan kebenaran dia.
Nabi Juga pernah puji suatu kebaikkan yang di lakukan oleh kafir. Nabi siap bagi makan pada kafir tu hari-hari, baik benar nabi terhadap si kafir tua. So kita nak judge nabi org kafir di sebalik nama islam? Fikirkan saudara ku, jangan sempit kan dada mu dengan ilmu yang sedemikian.
Allah.. Allah… Allah. Moga Tun di beri kesihatan yang baik, dan Allah ampun semua dosa tun sebelum pergi. Aminnn ❤️
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nourul berhijrah ke Bali, nasihat agar simpan kad vaksinasi dengan baik. Individu yang mengambil kedua-dua suntikan vaksin COVID-19 akan diberikan sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera. Selain itu mereka juga diberikan kad vaksinasi.
Nourul kini berhijrah ke Bali, Indonesia bagi memenuhi impian suaminya, Eric Daniel Depp. Penyanyi itu turut membawa tiga cahaya mata mereka iaitu Zachary, 8, Raphael, 6 dan Isabella, 2. Manakala Ayu Nazirah, anak daripada perkahwinan terdahulu bersama Ajai tidak ikut serta.
Nourul Berhijrah Ke Bali, Nasihat Agar Simpan Kad Vaksinasi Dengan Baik
Menerusi hantaran sebuah video dan kapsyen di akaun Instagramnya, penyanyi lagu ‘Kerana Terluka’ itu menasihatkan orang ramai supaya menyimpan kad vaksinasi dengan baik.
Kad berkenaan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin kepada penenerima selepas suntikan vaksin Covid-19.
Menurut Nourul kad vaksinasi yang diberikan sangat penting untuk kegunaan ketika berada di luar negara kerana mereka di sana tidak mengambil kira sijil vaksinasi digital mahupun dalam talian.
BCL sedih & sakit hati dituduh hamil. Allahu sukarnya hidup sebagai ibu tunggal. Terpaksa menanggung gosip yang tidak benar.
Begitulah yang terjadi kepada penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari yang begitu sedih apabila dituduh sedang hamil gara-gara sekeping gambar yang menampakkan perutnya seperti buncit yang tular di media sosial baru-baru ini.
BCL Sedih & Sakit Hati Dituduh Hamil
Mesra dengan gelaran BCL, balu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu kecewa dengan dakwaan tidak berasas itu. Malah BCL juga menganggap isu tersebut sebagai satu tindakan body shaming terhadap dirinya dan ia tidak seharusnya berlaku.
“Saya sedih dan sakit hati apabila menjadi mangsa body shaming mereka, hanya kerana sekeping foto yang menampakkan perut saya kelihatan seperti itu.
“Saya juga manusia biasa dan seperti ibu-ibu yang suka makan tengah malam,” luahnya seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus.
Bakal menginjak 40 Tahun, Perubahan Bentuk Badan
Akuinya tidak semua orang memahami perubahan fizikal yang dilalui seseorang, apatah lagi bagi mereka yang sudah meningkat usia sepertinya.
“Mungkin bentuk badan saya kelihatan seperti itu di foto terbabit kerana sudut foto yang diambil atau keadaan yang disebabkan oleh faktor datang bulan dan lain-lain. Tidak semua orang faham tentang itu.
“Pastinya saya juga ada melakukan senaman, tetapi kenyataannya perubahan bentuk badan itu pasti juga berlaku kerana usia makin meningkat dan bakal menginjak ke usia 40 tahun tidak lama lagi.
“Jadi mana mungkin fizikal saya akan masih sama seperti 20 tahun lalu.
“Tiga tahun saya kelihatan kurus dan kehilangan berat badan yang agak ketara, padahal saya makan banyak.
“Sekarang berat badan saya bertambah, sedangkan tabiat makan saya masih juga sama seperti dulu.
“Melihat perubahan itu, saya berharap mungkin orang akan lebih gembira kerana saya nampak lebih segar dan sihat setelah melewati fasa-fasa sukar dalam hidup. Namun sebaliknya pula yang berlaku,” katanya yang bakal menjayakan Konsert BCL Blossom Intimate di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) Januari depan.
“Al-Fatihah Buiat Arwah Ashraf Sinclair” Komen Warganet
Menerusi hantaran video di Instagram, BCL baru-baru ini telah menziarahi pusara arwah suaminya sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-14. Rakan artis dan peminat BCL turut mendoakan agar arwah Ashraf tenang di sana.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...